Salam semua…
Penulis hairanlah dengan pandangan ustaz kita yang seorang ini. Memanglah kita mesti menghormati pandangan orang lain kerana tiap-tiap orang mempunyai taraf pendidikan serta pengalaman hidup yang berbeza-beza.
Akan tetapi apabila seseorang yang terasa dirinya mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan orang ramai, beliau sepatutnya menjaga pertuturannya takut-takut nanti apa yang diucapkan itu boleh mempengaruhi orang lain malah jika tidak dikawal dengan baik, ianya boleh merosakkan keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.
Pada pandangan penulis, sebagai seorang yang rasional dan berpelajaran tinggi, kenapa beliau memilih untuk membuat kenyataan yang seolah-olah menyokong atau menyetujui cara peralihan kuasa kerajaan melalui tindakan ganas rakyat seperti di Mesir? Sebenarnya, suasana politik di Mesir tidak sama dengan suasana politik di Malaysia.
Perlukah kita mengorbankan nyawa beratus atau beribu-ribu rakyat Malaysia yang tidak berdosa semata-mata inginkan peralihan kuasa secara kasar dan ganas seperti di Mesir?. Kalaulah itu yang rakyat mahukan, kenapa tidak melalui proses pilihan raya umum sahaja?
Sekali pandang, corak politik ganas ala demontrasi di Mesir dilihat dapat mengembalikan kuasa rakyat. Akan tetapi, dua kali pandang ianya telah banyak menyusahkan rakyatnya sendiri dan juga rakyat yang menumpang di negara berkenaan.
Suasana politik yang tidak menentu seperti di negara jiran kita di Thailand dan di Filipina telah banyak mengorbankan nyawa dan memusnahkan harta benda. Suasana politik ganas yang tidak menyenangkan ini telah banyak menginsafkan kita bahawa hanya melalui proses pilihanraya yang bebas dan adil sahaja dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian rakyat di sesebuah negara.
Ikuti kenyataan Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini.
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.
TV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.
"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.
“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.
Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.
Kuku besi
Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.
"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.
Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.
"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.
Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .
Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang
merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.
8 comments:
Tidak Mustahil - memang betul. Kalau Karpal Singh jadi Agong, Lim Kit Siang Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim - Presiden Repablik Malaysia.
mgkin boleh terjadi di kelantan,selangor atau p.pinang. Apa akan jadi kalau rakyat negeri itu tak puashati pemerintahan MB negeri tersebut dan minta tukar MB secara paksa? Bersetujukah N.ajis, LGE, dan kalid gaga dgn cara itu? Blogger2 tlg tanya En.Asri dan MB ngri2 tu dan minta depa komen sket.
Pirah jangan nak sama Mesir dengan Malaysia. Di Negara kita Kerajaan telah mendapat kepercayaan rakyat terutama orang melayu dan berusaha membasmi kemiskinan hanya Pembangkang saja yang nafi usaha baik yg dibuat Kerajaan , apa yg kerajaan buat semua tak betul mereka saja yang betul dah muak dengan telatah Pembangkang jangan nak sama dato' Sri Najib dengan Hosni Mubarak.
Kalau bab ni si totok akan sokong 100% kenyataan Dr Asri ni. tapi kalau sentuh sikit pasal mereka punyalah mengamuk. Hipokrit!!!
Dr Asri buat
Lawak Antarabangsa.
Ini Malaysia. Sosial Budaya tidak sama seperti di Mesir.
Kah.. kah.. kah...
Sejuta manusia boleh buat andaian itu dan ini.
Ini Malaysia, negara bertuah, rakyat hidup aman damai, yang miskin dibantu, semua rakyat diberi ilmu. Cuma cakap-cakap kosong politik yang menafikan keamanan dan kesejahteran rakyat Malaysia.
Lawak bodoh dari salah seorang terpelajar di Malaysia iaitu Dr MAZA. Tapi perjuangan Dr Asri kearah menghayati Al-Quran dan Sunnah, aku sokong 100%.
Dia ni pun dah mula nak melalut dah. dia kaitkan dengan kebebasan bersuara sebab dia kena tahan ceramah tanpa tauliah. Itu yg dia tak puas hati sampai sekarang. Bukan nak terima dgn dada terbuka.Kadang-kadang nampak macamlalang dia ni. Org macam ni bahaya, boleh jadi sesumpah gak.
Dia ni pun dah mula nak melalut dah. Dia kaitkan dnegan isu kebebasan bersuara yg kononnya disekat. Kan dia kena tahan sebab ceramah tanpa permit. sampai sekarang dia tak puas hati. Kadang-kadang dia ni macam lalang. Ditiup angin, condong sana condong sini. Macam sesumpah gak. Bahaya orang macam ni.
Apa pun jgn mudah terpengaruh dengan dakyah dia.
pada pendapat saya sekali pandang macam pandangan dia ni memihak kepada PR. PR pulak akan terlompat2 keriangan kononnya Dr.Asri sokong diaorg. Tetapi sebenarnya dia nak bagi tau kita, manalah tau takdir Allah Taala Nuar and the gang dapat memerintah Malaysia ni, pada masa tu tentulah kezaliman seperti di Mesir akan berlaku, Nuar and the Gang pasti akan mengukuhkan kedudukan dgn memanipulasi pilihanraya. Jadi masa nilah kita pulak buat revolusi. Itulah yg dimaksudkan Dr. Asri pada fikiran saya.Sebabnya Dr.Asri pernah sound Nuarkan... :)
Post a Comment