Salam
semua®…
Penulis amat
bersetuju dengan saranan Presiden ABIM, Amidi Abd Manan yang menggesa semua
pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala keganasan politik.
Kelakuan
buruk itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip “negara
barakah” yang mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral bila
mereka berhadapan dengan seteru politik
masing-masing.
Berbanding
dengan parti pemerintah yang sibuk dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan
lawatan kerja mereka bertemu dengan rakyat. Ramai rakyat melihat DS Najib dan
anggota kabinetnya sekarang ini lebih
banyak bekerja dari bercakap yang bukan-bukan.
Malangnya,
pemimpin-pemimpin parti pembangkang pula lebih banyak menggunakan pendekatan menginjak-injak
lawan serta mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian yang mempunyai unsur-unsur
fitnah dalam ceramah politik mereka.
Ribut
tidak, tsunami pun tidak, tiba-tiba sahaja mereka kalut dan sengaja menyibukkan
diri dengan mensensasikan isu-isu sensitif misalnya sokongan tidak berbelah
bagi mereka kepada LGBT, mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan kegiatan
homoseksual di negara ini sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai
lapuk dan yang terbaru isu perlindungan keselamatan ke atas negara Israel.
Betul
seperti kata Mufti Selangor, "Itu
(keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang
sihat...menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politik ini menuju ke keredhaan
dan keberkatan Allah”.
Mengikut laporan Utusan hari ini, sebuah pertubuhan
bukan kerajaan, Alternative Action Team (AAT) semalam telah membuat laporan
polis berhubung kata-kata kesat terhadap kaum India yang dikeluarkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Bagan Pinang, Negeri
Sembilan pada 2009.
Laporan itu dibuat Presidennya, B. Kalai Vanar di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2 petang, selepas
menonton dua rakaman ceramah yang disiarkan dalam laman Youtube minggu lalu.
Malah,
lebih teruk daripada itu, ada di antara mereka yang sampai sanggup menyamar
menjadi wartawan berita dengan terbang
ke negara jiran bagi mendapat bahan berita. Korek lubang sana, gali lubang sini
semata-mata untuk mencari bahan berita sensasi yang boleh membongkar
keaiban seteru politik mereka.
Malangnya,
akibat terlalu gelojoh dan tersilap
korek, wartawan yang tidak berpengalaman
ini akhirnya tersipu-sipu malu bila berita sensasi yang ingin disampaikan
akhirnya ternyata tidak tepat dan mendapat bantahan pula daripada pihak yang
berkepentingan.
Paling
terkini pula tentang tuduhan serkap jarang pemimpin terkanan PAS yang kononnya
Kementerian Belia dan Sukan membiayai program kendalian bekas Pesuruhjaya Pas
Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang rancak berjalan di seluruh negara ketika
ini.
"Pada
saya dakwaan ini hanya menunjukkan yang beliau mempunyai masalah otak dan
memerlukan rawatan psikiatri. Dakwaan itu adalah pembohongan tidak berasas yang
bersifat kebudak-budakan”, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Penulis
hendak tanya kepada semua pembaca, apakah ini kualiti pemimpin yang ada di
kalangan parti-parti politik pembangkang kita sekarang ini?...
1 comment:
Mereka memilih jalan menjadi musuh negara dari jadi pembangkang yang sihat.
Musuh negara harus di benteras!
Post a Comment