Saturday, March 03, 2012

Kualiti Pemimpin Di Kalangan Parti Politik Pembangkang Di Malaysia Di Tahap Kritikal…



Salam semua®…
Penulis amat bersetuju dengan saranan Presiden ABIM, Amidi Abd Manan yang menggesa semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan gejala keganasan politik.
Kelakuan buruk itu boleh diatasi sekiranya rakyat berpegang kepada prinsip “negara barakah” yang mengangkat tinggi prinsip, nilai akhlak, etika dan moral bila mereka  berhadapan dengan seteru politik masing-masing.
Berbanding dengan parti pemerintah yang sibuk dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan lawatan kerja mereka bertemu dengan rakyat. Ramai rakyat melihat DS Najib dan anggota kabinetnya  sekarang ini lebih banyak bekerja dari bercakap yang bukan-bukan.
Malangnya, pemimpin-pemimpin parti pembangkang pula lebih banyak menggunakan pendekatan menginjak-injak lawan serta mengeluarkan kata-kata kesat atau cacian yang mempunyai unsur-unsur fitnah dalam ceramah politik mereka.
Ribut tidak, tsunami pun tidak, tiba-tiba sahaja mereka kalut dan sengaja menyibukkan diri dengan mensensasikan isu-isu sensitif misalnya sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada LGBT, mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan kegiatan homoseksual di negara ini sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk dan yang terbaru isu perlindungan keselamatan ke atas negara Israel.  
Betul seperti kata Mufti Selangor,  "Itu (keganasan politik) politik yang tidak sihat, kita perlu politik yang sihat...menuju untuk membangunkan negara dan biarlah politik ini menuju ke keredhaan dan keberkatan Allah”.
Mengikut laporan Utusan hari ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Alternative Action Team (AAT) semalam telah membuat laporan polis berhubung kata-kata kesat terhadap kaum India yang dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 2009.

Laporan itu dibuat Presidennya, B. Kalai Vanar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2 petang, selepas menonton dua rakaman ceramah yang disiarkan dalam laman Youtube minggu lalu.

Malah, lebih teruk daripada itu, ada di antara mereka yang sampai sanggup menyamar menjadi wartawan berita  dengan terbang ke negara jiran bagi mendapat bahan berita. Korek lubang sana, gali lubang sini semata-mata untuk mencari bahan berita sensasi yang boleh membongkar keaiban  seteru politik mereka.
Malangnya, akibat terlalu gelojoh dan  tersilap korek, wartawan  yang tidak berpengalaman ini akhirnya tersipu-sipu malu bila berita sensasi yang ingin disampaikan akhirnya ternyata tidak tepat dan mendapat bantahan pula daripada pihak yang berkepentingan.
Paling terkini pula tentang tuduhan serkap jarang pemimpin terkanan PAS yang kononnya Kementerian Belia dan Sukan membiayai program kendalian bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang rancak berjalan di seluruh negara ketika ini.
"Pada saya dakwaan ini hanya menunjukkan yang beliau mempunyai masalah otak dan memerlukan rawatan psikiatri. Dakwaan itu adalah pembohongan tidak berasas yang bersifat kebudak-budakan”, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Penulis hendak tanya kepada semua pembaca, apakah ini kualiti pemimpin yang ada di kalangan parti-parti politik pembangkang kita sekarang ini?...

1 comment:

Anonymous said...

Mereka memilih jalan menjadi musuh negara dari jadi pembangkang yang sihat.

Musuh negara harus di benteras!