Salam semua…
Penulis tertarik untuk memberi sedikit komen dalam isu kontroversi terbaru berhubung isu pemakaian dan aktiviti yang kurang sesuai di perkarangan sebuah masjid di Cheras yang melibatkan anggota parlimen Serdang, Teo Nie Ching.
Dalam entri penulis yang lepas, penulis ada menyeru kepada pemimpin-pemimpin pembangkang supaya mereka belajar untuk memahami dan menghormati perbezaan pendapat di kalangan rakyat yang terdiri dari berbilang kaum. Mungkin secara tidak sengaja mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza. Tidak semestinya mereka mesti bermusuhan sepanjang masa. Sebaliknya mereka mungkin boleh menjadi rakan kerja dan jiran yang baik di antara satu sama lain.
Dari satu sudut yang positif, semangat 1 Malaysia yang cuba ditunjukkan oleh YB Teo Nie Ching ini amatlah membanggakan dan perlu dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain terutamanya daripada kalangan pemimpin bukan Melayu. Penulis berkata demikian kerana amat jarang kita tengok keterlibatan pemimpin-pemimpin bukan Melayu menganjurkan apa-apa aktiviti sosial setempat yang melibatkan penyertaan orang-orang Melayu secara santai disamping memupuk perasaan kasih sayang di antara kaum berbilang bangsa.
Ciri-ciri merendah diri di kalangan pemimpin-pemimpin seperti yang ditunjukkan oleh YB Teo Nie Ching ini yang sanggup turun padang berdampingan dengan masyarakat Melayu amat mengharukan perasaan penulis pada mulanya. Ianya juga menepati ciri-ciri RENDAH HATI dan PENERIMAAN yang merupakan di antara nilai-nilai terpenting dalam gagasan 1 Malaysia yang dianjurkan sendiri oleh kerajaan seperti berikut:
1. RENDAH HATI
• Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan
sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.
• Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
• Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
• Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya secara positif.
• Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.
• Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
• Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
• Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
• Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
• Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan
dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
PENERIMAAN
• Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang
ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
• Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
• Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
Sebaliknya dari sudut negatif pula, penulis berpendapat YB Teo Nie Ching mungkin mendapat nasihat yang salah daripada sahabat-sahabat Melayu beliau di dalam pakatan PR kerana telah bersetuju menganjurkan aktiviti senaman berkenaan di perkarangan Masjid di samping percampuran di antara peserta lelaki dan perempuan. Inilah punca kepada salah faham yang berlaku dan akhirnya menimbulkan kontroversi yang sepatutnya tidak berlaku jika beliau mendapat nasihat yang betul daripada orang-orang yang arif dalam hal-hal ini.
Kontroversi tentang isu di atas juga mungkin tidak akan berlaku jika tidak ada percampuran di antara peserta lelaki dan wanita dan dilakukan pula di lapangan yang sesuai serta jauh dari perkarangan Masjid.
Keadaan menjadi bertambah parah dan bercelaru bilamana YB Teo Nie Ching pula cuba mensensasikan selain mempolitikkan isu ini bilamana keluar komen beliau di dalam Malaysiakini bertarikh 30/12/2010. Sila baca petikan di bawah;
Baju Ketat: Keluarkan senarai ‘OK tak OK, kata Teo:
Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu.
Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.
"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.
"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.
Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.
Wakil rakyat DAP itu berkata, ini kerana, hampir 30 tahun tinggal di Malaysia, berdasarkan pelbagai persoalan sekitar umat Islam dan bukan Islam, beliau menjadi semakin keliru.
"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau? Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid? Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran? Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?" soalnya bertalu-talu.
"Sekiranya Datuk Seri Najib (Razak) dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain cannot be bothered untuk menjawab soalan-soalan saya, mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini?" tegasnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, selepas kontroversi memasuki surau di Kajang Ramadan lalu, Teo didakwa masuk ke perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong dengan memakai baju ketat dan melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid.
Memetik sebuah blog, harian berbahasa Melayu itu dilapor mempersoal sama ada Islam yang diperjuangkan PAS di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain, seperti Kelantan yang mengasingkan kaunter bayaran berlainan jantina.
Blog tersebut, Ruang Bicara Faisal juga dilaporkan menyindir sama ada tahun depan mungkin masjid itu boleh menganjurkan pesta tari-menari dalam kawasannya sebagai sebahagian acara sambutan Maal Hijrah.
Teo: Utusan tak layak beri ajaran agama
Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Teo berkata, walaupun Najib memberikan pelbagai saranan kepada media dalam sebuah konvensyen akhbar Cina pada 20 Disember, dalam masa yang sama, Utusan "memainkan isu agama dan kaum yang sempit dan bahaya."
"Adalah jelas sekali bahawa Utusan Malaysia bukanlah penggalak kesederhanaan tetapi penggalak ekstremisme, tetapi adakah perdana menteri ataupun menteri dalam negeri akan mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia?" katanya.
Mempertahankan tindakannya, Teo yang juga pembantu setiausaha publisiti DAP menjelaskan, tindakannya menyertai program masjid itu bertujuan merapatkan hubungan antara komuniti.
"Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"
Mengambil peluang itu, beliau mengkritik Utusan yang didakwanya hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman ekstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.
"Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.
Kesimpulan penulis:
Kita lihat perkara yang sebenarnya baik kerana ada ciri-ciri 1 Malaysia di dalamnya dengan tiba-tiba telah bertukar menjadi isu politik. Kerana apa? Semuanya kerana sikap pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang suka menangguk di air yang keroh.
Sebagai pemimpin PR, belajarlah memahami ini semua. Janganlah asyik menyusahkan rakyat dengan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
Anggaplah semua itu sebagai cabaran untuk pemimpin PR mencari dasar yang lebih baik daripada parti pemerintah bagi menyatu-padukan kaum-kaum di Malaysia.
No comments:
Post a Comment