Sunday, December 19, 2010

Karpal Singh Berlakon Lagi...



Salam semua…

Penulis terpanggil sekali lagi melihat telatah saudara Karpal Singh yang kita tahu cuba menipu semua rakyat Malaysia. Dan yang terbaru seperti yang dilapurkan oleh laman blog APA YANG TERSIRAT bertarikh 19/12/2010, beliau yang merupakan peguam utama kes liwat saudara Anuar Ibrahim menafikan pula keterlibatan saudara Anuar Ibrahim dalam kes liwat dengan mengatakan ianya satu fitnah.

Selanjutnya baca di sini.

Kenyataan terbarunya sama sekali bercanggah dengan pendedahan yang dibuat oleh saudara Zulkifli Noordin bahawa Karpal Singh sebenarnya tahu akan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Okt 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya Kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.


Tambahnya lagi Karpal Singh juga pernah membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal bila beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.

Baca di sini.

Berdasarkan bukti lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22/10/1997 di atas ternyata Karpal Singh telah cuba menipu semua rakyat Malaysia. Dan kenyataan terkininya juga adalah ternyata amat dusta dan memalukan.

Nampak sangat saudara Karpal Singh tidak berlaku jujur pada dirinya serta kepada orang ramai. Semuanya adalah kerana beliau telah diberikan tugas utama semata-mata untuk membebaskan saudara Anuar Ibrahim.

Jadi mudahlah bagi DAP dan pakatan rakyat yang lain untuk menakluk Putrajaya daripada pemerintahan BN.
Kotornya mainan politik DAP dan PKR ini….

Ini terbukti seperti kenyataan terbarunya bahawa  “ Pakatan Rakyat tidak harus membentuk kerajaan pusat jika memenangi pilihan raya umum ke-13 tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merupakan Ketua Pembangkang dan ketua umumnya.”

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu”.

Penulis menyeru kepada semua pembaca supaya mengutuk sekeras-kerasnya sikap talam dua muka dan penipu saudara Karpal Singh ini.

Lagak beliau seolah-olah beliau tengah berlakon dalam filem Hindi yang mana hero utamanya adalah Anuar Khan, Jet Lim KS sebagai pelakon jemputan Hong Kong dan  termasuklah beliau sendiri yang mungkin akan tercalun sebagai pelakon pembantu terbaik Bollywood 2010.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya ceritanya…..

No comments: