Salam semua…
Sungguhpun isu yang dibawa oleh PAS di bawah ini dikira sudah lama akan tetapi ianya perlu
ditepis agar kerajaan tidak termakan dengan taktik mereka.
HarakahDaily pada 18 November 2010 melaporkan,
“Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.
Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.
Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).
Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.
Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.
Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.”
Komen saya;
Kerajaan perlu berhati-hati melalui gerakan politik halus dari PAS ini. Mereka sebenarnya sudah kehabisan idea untuk memburukkan kerajaan. Kejayaan BN merampas balik DUN Galas sebagai bukti PAS tidak mampu menandingi BN dalam isu-isu semasa. Mereka sebenarnya sengaja mengadakan desas-desus rombakan kabinet yang entah dari mana sumberpun kita sendiripun tidak tahu.
Taktik mereka sebenarnya ingin mencari kelemahan kementerian yang terlibat di dalam rombakan menteri jika ada. Sudah semestinya bila ada pertukaran, ianya memerlukan masa lama bagi menteri yang terlibat samada yang dinaikkan pangkat, ditukarkan hatta ada yang sampai digugurkan kembali kepada posisi terbaik mereka.
Tambahan pula jika menteri-menteri yang terlibat itu merupakan orang-orang penting di dalam komponen BN, maka fokus untuk memantapkan jentera parti dari peringkat atas hinggalah ke bawah sedikit sebanyak akan terganggu.
Keadaan ini akan merugikan kerajaan dari segi masa dan percaturan strategi politik. Sebaliknya suasana sebegini merupakan peluang terbaik bagi mereka mencipta isu-isu ke arah menonjolkan kelemahan kerajaan. Sejarah yang lepas-lepas telah banyak mengajar kita bahawa mereka (pembangkang) akan sengaja mereka cipta fitnah ke arah menteri-menteri yang baru dilantik, ditukar atau yang digugurkan semata-mata untuk menagih sokongan orang ramai.
Tambahan pula PRU13 yang semakin hampir, rombakan kabinet rasanya tidak perlu dilakukan sekarang.
Apa yang diperhatikan, menteri-menteri kabinet yang berada di dalam kerajaan sekarang sudah dikira mantap kecualilah pimpinan UMNO negeri serta komponen BN yang lain di peringkat bawahan (akar umbi di tiap-tiap negeri).
Penjelajahan atau balik turun padang di antara DS Najib dan timbalannya seperti yang hebohkan sekarang, rasanya boleh membantu dalam mencari pemimpin-pemimpin bawahan yang boleh buat kerja serta disenangi rakyat jelata.
P/S- Presiden MIC dan MCA bagaimana pula? Takkan tak mahu join sama...
P/S- Presiden MIC dan MCA bagaimana pula? Takkan tak mahu join sama...
Sekian.
No comments:
Post a Comment