Saturday, December 04, 2010

KE ARAH PERUBAHAN MINDA KELAS PERTAMA


Salam semua…

Saya merujuk kepada artikel menarik daripada azlishukri.blogspot.com bertarikh
04/12/2010. Saya secara peribadi pada mulanya terasa seram sejuk bila membaca artikelnya. Maklumlah orang muda, darahpun muda. Namun apa yang penting beliau merupakan pelapis-pelapis PIMPINAN  UMNO yang berani serta mempunyai wawasan.

Selanjutnya baca di sini.

Sebagai  rakan seperjuangan di alam cyber ini, diri saya rasa terpanggil untuk menambah sikit lagi komen sebagai menyokong pendapat saudara Azli di atas.

Saya faham perasaan saudara Azli, begitulah keadaannya kalau pemimpin UMNO tidak mahu berubah...

Saya dari dulu lagi masih tidak faham dengan prinsip hidup sesetengah Pak Pak Menteri  dari UMNO  ini.

Mereka ini suka sangat mencampur aduk di antara tugas seorang ketua atau pegawai kerajaan dengan tugas mereka dalam parti.

Bila rasa diri ada 'conflict of interest' jadi lagu tulah sampai bila-bila. Kata orang Penang Pi Mai Pi Mai Tang Tu lah jugak!

Bila tidak ada 'conflict' baru mereka berani hendak buat tindakan. Contohnya, tidak perlulah saya beritahu kerana semua orangpun dah tahu.

Sebaliknya, bila ada 'conflict' mereka tidak berani buat tindakan walaupun perkara atau perbuatan yang dibuat itu benar-benar menyalahi dari segi undang-undang.

Sepatutnya kita perlu patuh pada undang-undang kerana ianya adalah salah satu dari 5 Rukun Negara kita.






Kalau penasihat undang-undang UMNO sendiripun kata ada kes, maknanya memang betullah tu...soal samada salah atau tidak salah itu terserah kepada Mahkamah yang menentukannya.

Apa yang penting kita mahu pengajaran dari kes berkenaan agar orang ramai tidak kira orang bawahan ataupun orang atasan perlu berhati-hati dan tidak menyalahi apa saja peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Negara.

Sebagai penjawat awam dan berstatus menteri, mereka mestilah menjadi contoh dengan mendahulukan undang-undang dari perasaan takut  atas kemungkinan 'conflict' yang  ada.

Persetankan perasaan takut kepada perkauman dan kepartian bila bercakap pasal undang-undang.

Yang bersalah tetap bersalah tidak kiralah samada beliau seorang pemimpin parti pembangkang hatta seorang Perdana Menteri yang mewakili UMNO sekalipun.

Mentaliti takut untuk bertindak kerana wujud perasaan 'conflict' perlu dibuang jauh-jauh kalau kita hendak sampai ke status negara maju.

Inilah puncanya kenapa perkara-perkara seperti yang dirungkaikan oleh saudara Azli seperti di atas terus berlarutan dan diulangi dengan tanpa rasa takut oleh mereka-mereka yang cuba mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman negara.

Oleh yang demikian, berubahlah  dari sekarang…..

No comments: