Thursday, December 09, 2010

DR CHUA SOI LEK BERKECIL HATI?

                                                                      Presiden MCA


Salam semua...

Saya amat tertarik tentang satu artikel yang diboleh dibaca melalui laman blog celahgelegar.blogspot.com bertarikh 08/12/2010. Selanjutnya baca di sini.

Kalau diperhatikan sejak beliau keluar dari kabinet kerajaan, Dr  Chua Soi Lek sebenarnya mempunyai banyak masa terluang untuk  beliau berehat dan tidak hairanlah kenapa sejak akhir-akhir ini beliau bertindak seolah-olah sealiran dengan parti pembangkang.

Persoalannya sebab apa beliau sanggup berbuat sedemikian? Berbanding pimpinan tertinggi MCA yang lain, mungkin beliau merasakan dirinya agak terpinggir kerana beliau langsung tidak memegang sebarang jawatan dalam kabinet DS Najib walaupun  berstatuskan Presiden MCA. Perkara ini amat malang malah ianya jarang berlaku dalam sejarah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Tidak hairanlah mengapa beliau agak berani dalam berkata-kata agar ungkapan-ungkapan tertentu dari UMNO antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula diperli agar tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya. Selain menganggap UMNO bertindak seolah-oleh sebagai “Big Brother” kepada pimpinan komponen BN yang lain.

Yang hairannya kenapa beliau berseorangan dalam mengenengahkan perkara-perkara ini? Tidak kepada pimpinan MCA mahupun komponen BN yang lain?

Orang ramai termasuk saya mungkin beranggapan bahawa wujudnya masalah komunikasi yang besar di antara beliau dengan pimpinan tertinggi UMNO hinggakan beliau sanggup mengatakan pimpinan BN bertindak seolah-olah sebagai “Big Brother”?.

Kemungkinan itukah yang menyebabkan beliau perlu memberontak? Perkara ini perlu direnung balik oleh DS Najib selaku presiden BN. Jika tidak ditangani dengan baik ianya berkemungkinan akan berjangkit  kepada pimpinan komponen BN yang lain.

Apa yang diperhatikan juga beliau nampaknya semakin berani berkata-kata jika dibandingkan ketika beliau memegang jawatan Menteri Kesihatan di dalam kerajaan yang lalu.

Adakah perkara yang terjadi ini mungkin disebabkan oleh salah strategi DS Najib kerana tidak memberi peluang kepada beliau sekali lagi bertugas dalam kabinet kerajaan?

Oleh yang demikian ianya sedikit sebanyak telah memberi  banyak ruang dan masa untuk beliau melayan tuntutan halimunan-halimunan yang kebanyakannya mempunyai hati dan jiwa seperti DAP walaupun pada zahirnya berpura-pura sebagai penyokong kuat kepada parti MCA.

Tidak hairanlah tindakan berani beliau sekarang ini dilihat seolah-olah semacam ada arahan dari suara-suara ghaib yang sentiasa berkeliaran di sekelilingnya.

Apa yang pasti, orang-orang penting dan berkebolehan seperti beliau sepatutnya perlu diberi tugas berat dalam kabinet kerajaan agar beliau betul-betul menjiwai tanggungjawab sebagai pimpinan tertinggi BN dan juga negara.

Kalau dulu dalam kabinet kementerian kesihatan, tiap-tiap minggu beliau kena menyanyi lagu negara ku. Lama-kelamaan barulah ada jiwa satu Malaysia. Jadi bagi menghilangkan suara-suara ghaib tadi, persekitaran beliau yang bebas sekarang ini, perlu diubah agar beliau sentiasa bersama-sama dengan pimpinan BN dan anggota kerajaan dalam satu batalion yang kuat bagi menghadapi musuh.

Jika beliau dalam kabinet kerajaan, tentunya no 2 dan no.3 beliau adalah pegawai kanannya yang berkemungkinan terdiri dari orang-orang Melayu. Bila hari-hari mereka bersamanya takkanlah dia berani hendak buat ‘statement’ macam tu lagi kot!

Jadi selepas ini, soal hendak kutok balik kerajaan tu, rasanya tidak akan timbul lagi kerana beliau terpaksalah kena fikir habis-habis kalau tidak,  hari-hari bila hendak berhadapan dengan pegawai-pegawainya, susahlah beliau hendak buat kerja.

Ini perkara ‘basic’, mungkin DS Najib sudah terlepas pandang. Kadang-kadang tu Pak-pak menteri ni kena belajar dan banyak baca buku tentang tingkah laku manusia...
.
Sebagai penutup bicara di alam maya ini, sila renung ungkapan dari falsafah red Indian di bawah;


"Kalau nak jinakkan kuda liar, kita kena bawa kuda tu masuk ke dalam air. Kita tidak boleh lepaskan dia, sebab kalau sudah terlepas susah nak jinakkan semula."

1 comment:

Anonymous said...

kalau dah namnya cina tu cina jugak..tak kira dari parti mana...