Friday, December 03, 2010

Parti Pakatan Rakyat Nak Untung Lebih Melalui Kenaikan Tarif Air


Salam semua...

Kalau kita perhatikan kesemua negeri-negeri di bawah pakatan rakyat seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang isu air ini rasanya semacam telah dieksploitasikan oleh mereka...

Mungkin mereka nampak sumber pendapatan negeri dari hasil air ini akan menguntungkan mereka? Berniaga air ini sememangnya laku. Hari-hari orang menggunakan air.

Hendak ambil hasil pendapatan dari tenaga eletrik, sama sekali  tidak boleh kerana semuanya dimonopoli oleh TNB yang merupakan hak kerajaan persekutuan.

Jadi, tidak hairanlah  pendapatan dari hasil air ini menjadi salah satu sumber yang terpenting dalam menjana hasil pendapatan kepada kerajaan negeri.

Di  Pulau Pinang dengan masalah pengurusan PBA yang tidak kompeten  menyebabkan hasil pendapatan negeri telah jatuh dengan teruk. Klik di sini

 
Dan juga di sini








Dan  terbaru di negeri Kedah  yang baru-baru ini kita digemparkan dengan malapetaka banjir besar.  



Sikap kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS yang bertindak secara kejam menaikkan tarif air katanya dari 25% sehinggalah ke 100% sangat mendukacitakan ramai rakyat negeri kedah. Klik sini.

Yang hairannya, di negeri-negeri ini, Allah tidaklah menjadikan negeri mereka kering kontang! jadi kenapa isu menaikkan tarif air timbul?

Adakah mereka cuba memperbodohkan orang ramai?

Memang sahlah puak-puak pakatan rakyat ini tidak kompeten. Itulah jawapan yang paling tepat untuk mereka.

Pemimpin-pemimpin  pakatan rakyat ini sebenarnya malas bekerja, malas memikirkan bagaimana cara terbaik bagi menjana aktiviti ekonomi di dalam negeri mereka. 

Sikap selalu mengharapkan kerajaan pusat membantu bagi meningkatkan peluang pelaburan ekonomi negeri menjadikan mereka kurang berminat dan tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat yang majoritinya telah mengundi mereka di dalam PRU ke 12 yang lalu.


Kerja harian mereka hanyalah pergi dan balik kerja mengikut waktu pejabat seperti orang-orang lain juga. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa mereka kurang berminat untuk memakmurkan negeri mereka.

Yang lawaknya, habis-habis isu air juga yang mereka beri perhatian...Macamlah tidak ada perkara lain yang hendak mereka fikirkan.

Tidak malukah pemimpin-pemimpin pakatan rakyat kepada semua rakyat Malaysia?

Sebelum PRU12 dulu janji-janji mereka kepada rakyat menggunung macamlah mereka hendak takluk dunia.


 
Akhirnya rakyat juga yang merana kerana terpaksa tanggung kenaikan tariff air ini.

Memang hampeh betullah parti pakatan rakyat ni......


No comments: