Tuesday, December 14, 2010

Kasihanilah Saudara Anuar Ibrahim...



Salam semua...

Saya sebenarnya tidak pandai membaca tingkah-laku samada seseorang itu beriman atau tidak berdasarkan pemerhatian ke atas air muka.

Tapi bila ramai orang bercakap pasal hal berkenaan dan dari pemerhatian saya sendiri, air muka saudara Anuar kita semakin keruh dari hari ke hari. Ini menandakan tidak ada ketenangan di dalam dirinya.

Mana perginya sahabat-sahabat beliau dalam ABIM dulu atau mungkin dalam PAS? Dekati dan kasihanilah beliau kerana gagal mendapat nasihat yang baik dari kawan bergelar sahabat.

Beliau sekarang ini berada di dalam persekitaran yang akan memudaratkan lagi dirinya...

Nasihatlah beliau supaya;

1) Mempercepatkan perbicaraan kes liwatnya. Kalau beliau dipihak yang benar apa perlunya beliau takut? Semua orang tahu bahawa tabiat orang-orang bersalah selalunya suka melewat-lewatkan kes dan hukuman.

2)Dampingilah alim ulama dan carilah mana-mana peguam yang beriman yang sentiasa mengajar kita memohon kebenaran dan petunjuk daripada Allah SWT. Dan jauhilah peguam-peguam yang nyata tidak beriman kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagilah yang pernah membuat ungkapan "Over my dead body"....

3)Pergilah mengerjakan umrah atau haji dan mintalah pertolongan dan petunjuk daripada Allah SWT.

4)Kasihanilah kepada  anak-anak serta kaum kerabat beliau yang lain kerana terpaksa menanggung aib sampai bila-bila. Bercakap benar dan bersedia mengakui kesilapan lampau sekurang-kurangnya akan menutup kata-kata keji yang boleh merosakkan ukhuwah sesama Islam yang tidak berdosa.

5)Dan yang paling penting, cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah SWT jika kedudukan beliau berada di sebaliknya.

Sekian.

No comments: