Tuesday, December 07, 2010

PERSOALAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN MINDA KELAS KEDUA




 

Salam semua...

Rencana menarik dari Utusan Malaysia bertarikh 07/12/2010.

Tindakan telus SPRM membanteras gejala rasuah.

SELEPAS berlaku gelombang besar dalam pemberian subsidi diesel kepada nelayan yang diselewengkan dan didedahkan media arus perdana, hari ini rakyat negara ini dikejutkan pula dengan satu berita besar melibatkan seorang pemimpin negeri yang dikenali dan disegani ramai.

Mungkinkah penahanan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo semalam memberi satu tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini bekerja keras mahu merampas semula negeri Selangor dari tangan pakatan pembangkang melalui pilihan raya umum ke-13.
jika diperhalusi, kes itu sedikitpun tidak menjejaskan keutuhan kerajaan bn, sebaliknya akan meningkatkan lagi kepercayaan rakyat kepada bn untuk menerajui semula selangor yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

Laporan akhbar menyebut Mohamad Khir ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta, dua tahun lalu.

Bolehlah kita anggap beliau sebagai jerung besar yang tidak terlepas daripada ditahan kerana melakukan kesalahan. Justeru, dakwaan banyak pihak terutama pembangkang yang menuduh kerajaan Pusat hanya menangkap ikan bilis tidak benar sama sekali.

Ini kerana penahanan Mohamad Khir telah membuktikan sebaliknya, sekali gus menjelaskan betapa telusnya kerajaan melalui SPRM menjalankan tugas demi membanteras rasuah yang menanah di dalam negara.
Penahanan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Panjang itu jelas menunjukkan SPRM tidak mengikut telunjuk kerajaan Pusat dan tidak memilih bulu dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan oleh masyarakat. 

Tentu ramai yang terkejut dengan penahanan tersebut memandangkan selama ini, Mohamad Khir dikenali sebagai antara ADUN BN yang lantang dan keras mengkritik ketelusan Kerajaan PKR Selangor terutama dalam isu pasir.

Memang diakui Mohamad Khir, seorang ADUN BN yang lantang bersuara di Dewan Undangan Negeri terutama dalam isu pasir di Selangor. Keberanian itu berjaya mewujudkan gelabah barisan kepimpinan Kerajaan PKR Selangor dan tentulah pemimpin seperti Mohamad Khir ini mahu terus 'disimpan' oleh kerajaan pusat bagi menjadi peluru yang diharap dapat memporak-perandakan pakatan pembangkang.
tetapi semua itu tidak berlaku kerana kerajaan pusat telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada sprm untuk menjalankan tugas mereka. ia sekali gus membuktikan sprm tidak menerima tekanan daripada kerajaan pusat untuk menentukan kes mana yang boleh dibawa ke mahkamah dan kes mana yang perlu 'disimpan' dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum. 

Ia juga tidak berlaku kerana kerajaan Pusat lebih rela kehilangan seorang pemimpin daripada kehilangan rakyat. Rakyat perlu diutamakan dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan. Mendahulukan rakyat dan menjuarai rakyat dalam apa saja isu adalah perjuangan kerajaan pusat dari dahulu sehinggalah sekarang dan selamanya.

JADI, JIKA ADA PEMIMPIN KECIL MAHUPUN PEMIMPIN BESAR MELAKUKAN RASUAH, MEREKA PASTI TIDAK AKAN TERLEPAS DARIPADA DIKENAKAN TINDAKAN. 

Apa yang berlaku ini diharap dapat membuka mata rakyat bahawa setiap kesalahan akan menerima balasan yang setimpal. Cuma, dalam kes ini, Mohamad Khir belum diputuskan oleh mahkamah sama ada bersalah atau tidak. 

Jadi, sebelum mahkamah membuat keputusan, janganlah kita awal-awal lagi menjatuhkan hukuman kepadanya. Biarlah mahkamah menentukannya. Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat, kita perlu menerimanya sebagai satu pengajaran dan dengan hati yang lapang.

Ulasan dari saya:

Saya pernah memberi sedikit komentar tentang isu ketelusan ini. Walaubagaimanapun sehingga kini ianya masih belum terjawab tentang keikhlasan kerajaan dalam mengambil tindakan yang sama ke atas mana-mana ahli atau pemimpin parti-parti pembangkang yang nyata telah melanggar perlembagaan negara.

Sila baca di sini.
  
Sepatutnya perasaan takut untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli atau pemimpin parti-parti  pembangkang ( siasatan SPRM ke atas mereka telah lama berjalan) menunjukkan bahawa kerajaan agak berhati-hati dan terlalu memilih dalam mengambil tindakan.

Misalnya pendedahan blogger terkenal saudara Kickdefella satu ketika dulu. Masih belum terungkai lagikah?

Kenapa perlu takut kepada mereka yang benar-benar bersalah? Apa yang nyata orang ramai melihat kerajaan sekarang ini hanya berani membawa kes-kes yang remeh-temeh misalnya berkenaan isu moral  kes liwat DSAI.

Tindakan kerajaan secara berpilih-pilih dan takut untuk kehilangan sokongan dari rakyat melalui cara sebegini adalah tidak betul sama sekali.

Kita sebagai rakyat biasa mahukan keadilan yang hakiki tanpa berpihak kepada mana-mana parti samada yang bersalah itu dari parti kerajaan ataupun dari parti pembangkang.
MAKNANYA, JIKA ADA PEMIMPIN KECIL MAHUPUN PEMIMPIN BESAR  DARI KALANGAN PARTI  PEMERINTAH ATAU PARTI PEMBANGKANG MELAKUKAN RASUAH ATAU APA-APA KESALAHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG NEGARA, MEREKA SEMESTINYA TIDAK AKAN TERLEPAS DARIPADA DIKENAKAN TINDAKAN. INILAH  YANG RAKYAT MAHU! 

Kalau lagu ni kata orang Penang,  barulah adil namanya…

Soal samada salah atau tidak salah itu terserahlah kepada Mahkamah yang menentukannya.
  
Apa yang penting kita mahu pengajaran dari kes yang dibawa itu betul-betul telus agar orang ramai tidak kira orang bawahan ataupun orang atasan perlu berhati-hati dan tidak menyalahi apa saja peruntukan yang sedia ada dalam Perlembagaan Negara.

No comments: