Friday, December 17, 2010

PAS PARTI YANG PENUH DENGAN RETORIKA?

Sekadar Hiasan - Tiada Tindakan?
 

Salam semua…

Saya rasa terpanggil untuk mengulas tentang komen Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad kepada Perdana Menteri melalui Harakah Daily bertarikh 17/12/2010. Seterusnya baca di sini.


Ianya berikutan kenyataan yang dibuat oleh DS Najib yang dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 16/12/2010 seperti berikut;


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan semata-mata.

 Perdana Menteri berkata, apakah dengan menggantung slogan yang memaparkan betapa indah bahasanya akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

 "Ada pihak cenderung dengan slogan 'Untuk membangun bersama Islam' dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya. 

''Tetapi itu merupakan slogan serta kata-kata yang digantung pada pagar dan pokok.
''Tentu sekali, bagi kita yang boleh berfikir secara rasional tanpa perasaan emosi, bahawa itu tidak akan membawa kepada perubahan kepada umat Islam," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, perubahan kepada umat Islam akan hanya menjadi kenyataan kalau pengisiannya itu dapat diperjuangkan oleh kita sendiri.
Beliau menambah, kerajaan hari ini telah melakukan pelbagai usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah bagi umat Islam menjalani ibadah dengan lebih selesa.

Najib berkata, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan perbelanjaan berjuta-juta ringgit setiap tahun antaranya ialah membina masjid dan surau, menambah elaun imam dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

''Alhamdulillah, apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan hari ini adalah untuk mengisi keperluan kerohanian umat Islam," ujarnya.

Mengenai peranan masjid di negara ini, Perdana Menteri berkata, umat Islam mampu menjalani ibadat dengan lebih selesa dan selamat, jauh lebih baik berbanding daripada beberapa negara lain di dunia ini.
Najib berkata, pembinaan begitu banyak masjid di seluruh Melaka merupakan antara nikmat pembangunan yang dibawakan kerajaan ketika ini yang sentiasa prihatin dengan segala kehendak dan aspirasi rakyat.
Katanya, dalam memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum kekal terpelihara, kerajaan juga tidak lupa membangunkan rumah ibadat bagi kaum lain meliputi kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, kemudahah kesihatan dan pendidikan.

"Semua infrastruktur sokongan ini dibina bagi memenuhi keperluan semasa demi menjamin tahap kehidupan yang lebih baik dan berkualiti kepada rakyat," katanya.

Sila baca pula paparan yang saya ambil dari Arkib Utusan Malaysia bertarikh 26/05/2010 seperti di bawah;

KOTA BHARU 25 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar dukacita kerana Kelantan menjadi 'juara' dalam pelbagai perkara yang tidak bermoral.
Beliau menyifatkan gejala itu memperlihatkan gambaran masyarakat negeri ini masih jahil dan jauh daripada kehidupan beragama di sebalik status negeri yang mengeluarkan ramai ulama.

"Sungguh mendukacitakan dalam negeri ini yang merupakan tempat lahirnya ramai ulama dan tempat berkembangnya institusi pondok, kita juga menjadi juara dalam pelbagai perkara tidak bermoral.
"Apa yang masyhur semuanya di sini. Yang tinggi (jumlah penghidap) HIV nombor satu pun di sini, yang ulama pun di sini, pelik sungguh," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan majlis Taklimat Kesedaran Keganasan Rumah Tangga dan HIV/AIDS di Dewan Besar, Balai Islam Lundang di sini hari ini.
Lebih 300 imam, penggiat masyarakat, pendakwah halaqat dan wakil pertubuhan bukan kerajaan hadir dalam sesi taklimat yang disampaikan wakil dari Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kesihatan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia.

Wan Ubaidah berkata, antara perkara yang dikesalkan adalah rekod Kelantan sebagai negeri nombor satu yang paling ramai mencatat jangkitan HIV/AIDS pada 2008.

Katanya, pada tahun itu, 47 peratus daripada 72,041 kes jangkitan di seluruh negara adalah kes dari negeri ini dan ia juga merupakan peningkatan lebih empat peratus daripada tahun sebelumnya.
Jelasnya, peningkatan kes itu bukan sahaja akibat daripada pengambilan najis dadah tetapi hubungan seksual yang berlaku dengan pasangan yang menagih sama ada menerusi ikatan perkahwinan atau tidak.
Sehubungan itu, katanya, institusi masjid perlu dimanfaatkan sepenuhnya dan para penggeraknya perlu memainkan peranan mengekang kegiatan tidak bermoral yang berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat.

"Masjid perlu kita jadikan satu institusi untuk membaiki keadaan, kalau tidak ia akan menjadi serupa dengan gereja yang hanya penuh pada Ahad sebagaimana masjid dilimpahi hanya pada Jumaat," katanya.
Katanya, para imam perlulah melaksanakan apa sahaja aktiviti terutamanya dalam membendung apa sahaja kegiatan tidak bermoral yang begitu berleluasa dalam masyarakat kita.
"Masalah kebejatan sosial yang berlaku sekarang bukanlah kerana kesilapan lelaki atau wanita tetapi ia masalah bersama.

"Kita janganlah mengajar tentang hukum fiqah dan solat semata-mata, tetapi kalau boleh peluang itu digunakan untuk menerangkan dan menyebar maklumat tentang bahaya dadah dan pergaulan bebas kalangan anak muda," katanya.

Kesimpulan;

Daripada  kenyataan saudara Ustaz Idris Ahmad serta dua petikan dari lapuran media di atas, tuan-tuan semua bolehlah buat pertimbangan sendiri siapakah yang bercakap benar. Ustaz Idris Ahmad kah atau DS Najib?

Tepuk dada tanyalah Iman anda…….posted by remgold at 22:56 on 16-Oct-2010
 

No comments: