Wednesday, December 22, 2010

JANJI PAKATAN RAKYAT JANJI TIN KOSONG?



Salam semua…

Belumpun habis cadangan hangat-hangat taik ayam 100 hari pakatan rakyat hendak cuba perintah Malaysia, tup-tup terkeluar berita dalam Berita Harian hari ini bahawa 15 Ahli Forum Penyelarasan Umat (FORUM) kecewa kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih enggan bertemu mereka untuk membincangkan isu tanah Lot 21 dan Lot 22 di Jelutong untuk dijadikan perkuburan Islam.

Mereka bersama-sama dengan pertubuhan NGO Islam yang lain menunggu hampir sejam di KOMTAR masih gagal berjumpa dengan Lim Guan Eng. Katanya bukan sehari dua mereka tunggu malah  sudah bertahun . Mereka menambah lagi surat temujanji yang dihantar kepada Lim Guan Eng semuanya langsung tidak berbalas.

Sikap sombong Lim Guan Eng berterusan bila beliau enggan berjumpa dengan mereka sebaliknya hanya melantik wakil bagi dirinya mengambil surat bantahan daripada pertubuhan tersebut.

Keadaan yang memalukan ini amatlah berlawanan dengan janji-janji mereka di konvensyen pakatan rakyat ke 2 baru-baru ini yang mana mereka ( pakatan rakyat ) berjanji menyuburkan demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat serta keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

Penulis berpendapat kesemua pemimpin pakatan rakyat termasuklah Lim Guan Eng ini hanya pandai bercakap serta berjanji itu dan ini tapi realitinya penghayatan mereka ke atas semua cadangan yang telah mereka lontarkan kepada rakyat baru-baru ini sebenarnya umpama tin-tin kosong yang hanya kuat berbunyi bila diketuk.

Inilah bahananya bila satu-satu cadangan dasar dibuat secara tidak ikhlas dan tergesa-gesa kerana bermatlamatkan untuk menagih undi pilihanraya. Bila nawaitu mereka tidak ikhlas maka dengan sendirinya apa yang mereka cakap adalah tidak serupa dengan tindakan yang mereka buat.

Sedarlah wahai Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang lain. Janganlah berterusan membuat lawak bodoh. Gerak-geri dan pertuturan anda akan sentiasa diperhatikan dan semestinya selari dengan apa yang telah anda janjikan sebelum ini.

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak janji buruk lakunya….


No comments: