Monday, December 13, 2010

Mentaliti Menteri Setaraf Negara Tidak Membangun?




BERA 12 Dis. - Rakyat diminta menanam sendiri sayur-sayuran sebagai cara menjimatkan perbelanjaan dapur sekali gus mengurangkan kesan kenaikan harga barangan itu di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain menjimatkan perbelanjaan dapur, ia secara tidak langsung dapat menurunkan harga barangan tersebut di pasaran apabila permintaan terhadapnya berkurangan.

''Melalui Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA) yang dijalankan sejak tiga tahun lalu dapat membantu rakyat menjimatkan perbelanjaan harian.

''Jika semua rakyat menyahut kempen FOMCA itu ia bukan sahaja menjimat perbelanjaan harian tetapi boleh membantu kerajaan mengurangkan import sayur-sayuran yang mencecah bilion ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmi kempen tersebut di Kompleks Rakan Muda Bera, di sini hari ini.

Teramat sedih dan pilu bila membaca cadangan balas dari Pak Menteri di atas. Saya tidak mahu berbalas komen apa-apa lagi dengan Pak Menteri ini. Memang nyata taraf pemikiran beliau tidaklah sama dan sebaik pemikiran kita.

Betul sepertimana kata pepatah Inggeris “Please do not work hard but work smart”.

Bila sudah jadi begini, rasanya kewibawaan Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, bekas menteri di potfolio yang sama lebih terserlah dan diterima ramai.

No comments: