Showing posts with label DSAI. Show all posts
Showing posts with label DSAI. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

DS Anwar kata, “Saya mesti beri dia (DS Najib) amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi……(Baca seterusnya…)


Salam semua®…

Aik..siapa yang serang peribadi siapa ni? Baru semalam penulis paparkan artikel tentang betapa buruknya perangai DS Anwar bila beliau sanggup mengejek peribadi DS Najib di depan orang ramai dengan membuat tohmahan bahawa  DS Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah. Baca di sini.

Mungkin beliau rasa malu agaknya, tup-tup hari ini, hujan tidak, ributpun tidak, DS Anwar  membuat ‘spin’ dengan menuduh DS Najib pula menyerang peribadinya. Beliau berkata,

“Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa.” Beliau berkata lagi,

“Siapa pemimpin Umno? Najib? Apa jadi kepada Altantuya? Apa jadi di Port Dickson?” kata DS Anwar.

DS Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada DS Najib menggunakan media untuk membuat serangan peribadi.

Sumber – The Malaysian Insider  (Baca di sini.)

Apa yang nyata gelabah DS Anwar semakin kuat sekarang ini. Tambah-tambah lagi PRU13 sudah semakin hampir. Cakap-cakapnya sudah tidak lagi konsisten. Air mukanya pula, tidaklah setenang dulu.

Yang lawaknya, hanya beliau  sahaja yang boleh serang peribadi DS Najib. Orang lain (DS Najib) tidak boleh?. 

Penulis  bukanlah bertujuan untuk menyalahkan beliau, cuma melaporkan apa yang beliau cakap. Itu saja.

Kadang-kadang tingkah-laku beliau ini, amat-amatlah melucukan…..

Monday, March 26, 2012

“Dia (DS Anwar) rasa akan kalah di tempat sendiri," Kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Salam semua®…
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui terkejut dengan tindakan penyokong pembangkang yang menghalang beliau daripada menghadiri program Gelombang Biru anjuran Barisan Nasional (BN) di Politeknik Seberang Perai (PSP), kelmarin.
Menurut beliau, tindakan itu mungkin diambil oleh penyokong pembangkang yang berasa terancam kerana BN mengadakan program di kubu kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
"Saya pun hampir-hampir tidak hadir selepas dinasihati tetapi Alhamdulillah semuanya selamat. Saya rasa dia (Anwar) mula berasa kedudukannya semakin terancam. Dia rasa akan kalah di tempat sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Gelombang Biru Pilihan Raya Umum Ke-13 peringkat Parlimen Permatang Pauh, di sini kelmarin.- Utusan
Komen Penulis:
Apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mungkin ada kebenarannya.
Gambar di bawah ini mungkin salah satu contoh di mana sokongan orang-orang Melayu Pulau Pinang ke atas DS Anwar merosot teruk.
Berbanding dengan ceramah politik beliau semasa di PRU 12 dulu, sokongan dan kehadiran orang-orang Melayu di setiap ceramahnya di kubu kuatnya sendiri, sudah tidak mendapat sambutan lagi.
Anda lihatlah sendiri (gambar rujukan daripada Malaysiakini).


Gambar terbaru DS Anwar semasa  berceramah di Machang Bubok, Pulau Pinang. Tengok, siapa yang datang? Mana perginya pemuda-pemuda Melayu Pulau Pinang?

DS Anwar Buat Lawak Serang Peribadi DS Najib. Adakah Beliau Terdesak Di Saat Akhir?...



Salam semua®…
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi bahawa ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang.

Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah.

Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung.

Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup. – Malaysiakini.

Komen Penulis:
Mengambil pendekatan mengejek peribadi DS Najib di depan orang ramai, bukanlah etika dan peradaban yang baik bagi seseorang pemimpin.
Belumpun sempat disuruh berdebat secara langsung dengan DS Najib, DS Anwar telah menunjukkan sikap tidak professional beliau dengan mengejek DS Najib dengan tujuan untuk memalukan dan menjatuhkan maruah PM di depan orang ramai.
Mungkin perkara inilah yang ditakutkan oleh DS Najib bila berdebat dengan DS Anwar kerana dalam keadaan DS Anwar yang terdesak sekarang  ini, apa-apapun boleh terjadi.
Kalaulah beliau boleh memalukan DS Najib di depan orang ramai seperti mana yang beliau lakukan di atas, maka tidak mustahil beliau tergamak melakukan perkara yang sama semasa perdebatan jika dibenarkan.
Itulah perangai DS Anwar yang sebenarnya. Rakyat perlu menilai semua ini.
Jangan tersilap memilih pemimpin!....
lannkb

Monday, March 19, 2012

Isu DS Anuar Takut: Raja Petra Perlu Segera Dibawa Pulang Ke Malaysia….


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin (RPK) dari senarai peserta forum itu.

Muhyiddin berkata, keengganan ketua pembangkang itu untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.

"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi, kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini hari ini.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype. -BERNAMA

Saturday, January 28, 2012

DS ANUAR SEMAKIN DITOLAK RAKYAT…


Salam semua®…
Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam di Sungai Petani hari ini membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari depan sempena perayaan Thaipusam.
  
Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini.
  
"Bimbang kerana lebih 100,000 orang akan hadir...apa akan berlaku sekiranya pergaduhan antara parti politik. Siapa akan bertanggungjawab terhadap keselamatan orang ramai dan penganut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
  
Dorai Singam berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan daripada PKR berhubung kehadiran ketua umum parti itu ke kuil berkenaan selain e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.
  
"Mereka tidak memohon kebenaran daripada pihak pengurusan kuil. Untuk ceramah dan masuk kuil kita tidak akan benarkan...hari itu hari keagamaan untuk sembahyang, bukan untuk ceramah-ceramah politik dan kita tidak mahu apa-apa ceramah dalam kawasan kuil sebab jawatankuasa tak jemput dan bantah sekeras-kerasnya," katanya.
  
Katanya beliau berharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran Anwar ke kuil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.-Malaysiakini
P/S – Ramai rakyat sudah faham kerana perjuangan DS Anuar sebenarnya untuk kepentingan agenda politik bagi membela dirinya dan bukannya  perjuangan untuk membela rakyat.
Pejuangan untuk keadilan juga banyak tertumpu kepada dirinya dan bukannya untuk keadilan rakyat. Sebilangan besar rakyat tanpa mengira kaum sudah muak dan rasa tertipu.
Sebaliknya, walaupun ditohmah dengan pelbagai isu, kerajaan BN di bawah DS Najib tetap bekerja bersungguh-sungguh  dan masih lagi relevan di hati rakyat.
Buktinya …seperti yang dinyatakan oleh saudara S. Dorai Singam di atas.

Thursday, January 26, 2012

KALAU NAK JADI PM PERLU PANDAI MENJAWAB SEGALA KRITIKAN DAN BUKANNYA SAMAN MENYAMAN..



Salam semua®…
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

''Kalau Anwar betul-betul mahu cari kebenaran, saya cabar dia saman 'orang rapat' beliau yang sekarang secara terbuka dan jelas menyatakan Anwar telah lakukan kesalahan moral dan tidak layak menjadi pemimpin.

''Anwar sepatutnya saman orang seperti Shazryl Eskay yang secara terbuka mendakwa Anwar dalam video lucah dahulu atau Nallakaruppan yang secara terbuka sebut Anwar peliwat.

''Saman juga Ummi Hafilda yang secara jelas sebut skandal Anwar. Anwar tidak berani saman mereka kerana Anwar tahu dakwaan mereka benar dan banyak lagi pekungnya akan dibuka jika kes dibawa ke mahkamah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi antara terawal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Mengenai saranan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar oleh beberapa pihak, Ezam berkata, ia dilihat bertujuan menghina institusi Perdana Menteri di negara ini.

Katanya, tidak wajar sama sekali seorang seperti Anwar disaran berdebat dengan seorang Perdana Menteri.

''Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu berkenaan tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,'' tegasnya.-Utusan

P/S – Kalau nak jadi PM, seseorang itu perlu bijak dan berani menjawab segala isu dan bukannya bertindak melarikan diri sambil menutup segala kritikan dengan menyaman orang atau organisasi tertentu.
Sikap suka menyaman  bukanlah budaya seorang Melayu yang berani malah ianya lebih dayus jika mengambil sikap suka memilih-milih.
Jika sikap sebegini ditiru oleh DS Najib misalnya, maka habislah semua pemimpin parti pembangkang kena saman dan pemikiran rakyat akan menjadi tepu kerana takut bersuara walaupun ingin bercakap kepada perkara-perkara yang benar.
Kredibiliti dan integriti seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang PM perlulah seiring dengan tingkah lakunya bila berhadapan dengan pelbagai kritikan terutamanya yang menuntut kepada penjelasan.
Selagi kita di pihak yang benar dan mempunyai fakta untuk berhujah, apa yang hendak ditakutkan?
Ayuh jawab sajalah…tak perlu saman-saman.

Saturday, January 21, 2012

Tindakan Penguatkuasaan seperti mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh kata DS Anuar. Maknanya kelakuan maksiat secara sorok boleh pula? Biar betul….



Salam semua®…

Penulis nak tergelak bila membaca tentang maklum balas daripada DS Anuar tentang isu kenyataan beliau dalam temubual dengan BBC baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, DS Anuar berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," Kata DS Anuar.

Walaupun, Ds Anuar kata tidak boleh, tapi sebagai seorang Islam  yang patuh kepada syariat Islam selain menyanjung tinggi adat-adat Melayu, penulis kata boleh!.  Kalaulah semua orang ikut cakap beliau maka, ramailah pasangan yang haram bersekedudukan secara tersembunyi, tidak akan kena tangkap basah! maka apa saja laporan daripada orang ramai selepas ini, tidak boleh diambil kira. Dan yang pasti selepas ini, semua Unit Pencegahan Maksiat di Malaysia terpaksalah pula kena tutup !  

Sebagai contohnya, mana mungkin jika tindakan seorang isteri atau suami memberitahu orang ramai bahawa isteri atau suaminya yang berlaku curang dengan berselingkuh dengan orang lain sebagai satu tindakan mengendap atau merobek privasi orang, maka ianya sama sekali tidak boleh ! seperti kata DS Anuar.

Betulkah kenyataan DS Anuar ini?

Kalau hendak berkata sesuatu tu, yang melibatkan orang lain,  memanglah semuanya betul dan logik bagi pihak beliau sahaja.

Cuba bayangkan kalau yang berlaku curang tadi adalah isterinya atau anak menantunya, persoalannya mahukah DS Anuar berkata bahawa tindakan beliau sendiri atau sesiapa sahaja yang membantunya  sebagai mengendap atau merobek privasi isteri atau keluarga?

Peruntukan undang-undang sedia ada sebenarnya wujud untuk melindungi semua mangsa dan keluarga mangsa supaya mereka tidak diabaikan haknya dalam undang-undang dan ianya tidak mengira sama ada seseorang itu mempunyai pertalian saudara ataupun tidak.

Yang salah, tetap bersalah dan yang menjadi mangsa pula, kenapa perlu kita  menafikan hak mereka di sisi undang-undang?

Jadi kenyataan DS Anuar bahawa  undang-undang yang ada iaitu seksyen 377 kanun keseksaan ini memang archaic (lapok) kerana digunakan untuk aibkan orang dan digunakan untuk musuh politik adalah tidak tepat sama sekali.

P/S - Yang sebenarnya untuk diri sendiri ke, ataupun untuk orang lain?.Sekadar bertanya..

Ikuti laporan penuh daripada Malaysia kini:

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Katanya, pindaan tersebut perlu dibuat bagi memastikan supaya ianya tidak digunakan untuk menghina seseorang khususnya terhadap musuh dalam politik.

"Memang undang-undang yang ada 377(B) ka, C ka, ini memang archaic (lapok). Digunakan untuk aibkan orang. Digunakan untuk musuh politik.

"Ada saya sebut undang-undang Islam, undang-undang syariah. Ada saya sebut pertahankan sodomy, tidak. Saya kata, undang-undang yang ada.

"(Orang) tanya saya, bila kita berkuasa, boleh kita pinda. Ya, saya akan pinda. Apa pasal tidak boleh pinda undang-undang yang ada sekarang. Kita pinda supaya pastikan ia tidak bermaksud untuk menghina orang," katanya.

Anwar turut menempelak pihak tertentu yang mempertahankan undang-undang yang didakwanya "jumud" digunakan untuk memfitnah seseorang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya malam tadi bagi mengulas kontroversi wawancaranya dengan rangkaian penyiaran British (BBC) yang dilaporkan minggu lalu sehingga beliau dituduh menyokong homoseksual.

Rangkaian itu meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi’ terhadap kumpulan itu dan menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

“Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan,” kata Anwar dalam temubual dengan BBC itu.

Bercakap di majlis kesyukuran sempenan pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 9 Januari lalu, Anwar menegaskan kenyataannya bahawa Islam dan bukan Islam menyokong perkahwinan lelaki dan perempuan menjawab perbuatan seks bebas, homoseksual dan lesbian.

Anwar yang juga bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, umat Islam tidak boleh menghukum seseorang melakukan "perselingkuhan" kecuali ianya dilakukannya di hadapan umum.

"Orang berkata, itu kalau di tempat persendirian? Kamu tahu mana?... Bukan mengendap atau merobek privasi orang, tidak boleh," tegasnya di hadapan tetamu yang hadir di kediamannya di Segambut Dalam, malam tadi.

Selain beberapa pemimpin PKR, turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, yang turut serta bersolat maghrib, solat hajat, solat Isyak serta majlis bacaan Yassin sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar daripada tuduhan tersebut. (Selanjutnya baca di sini  ).

Sunday, January 15, 2012

MESEJ YANG JELAS UNTUK PEMIMPIN PAS DARIPADA SESEORANG YANG KONONNYA AKAN DITABAL SEBAGAI PERDANA MENTERI…


Salam semua®…

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.-Mingguan Malaysia .

P/S – Tunggu komen ikhlas daripada Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi tentang kenyataan DS Anuar di atas. Kalau boleh masukkanlah juga tentang pengajaran  dan hukuman  daripada Allah ke atas umat Nabi Lut yang melanggari perintah Allah kerana mengamalkan budaya homoseks sebagai budaya mereka.

Sebagai seorang muslim yang telah dipilih sebagai pemimpin parti Islam, perkara ini wajib diperjelaskan kepada orang ramai bahawa apa yang dibawa dan menjadi pegangan  DS Anuar Ibrahim selama ini sebenarnya telah menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenarnya.




Tuesday, May 10, 2011

GELARAN PANDI KUTTY KE ATAS PM BUKTI ANUAR BUKAN PEMIMPIN ISLAM YANG BAIK KERANA IANNYA BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM….


Salam semua®…
Sikap biadab Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup secara celupar menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pandi kutty membuktikan ketua pembangkang itu tidak layak diangkat sebagai pemimpin.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin  berkata, cercaan tersebut sangat kurang ajar dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang bercita-cita besar seperti Anwar.
Sehubungan itu, beliau mendesak Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi seluruh rakyat Malaysia.
"Ini satu perbuatan cukup biadab dan kurang ajar. Kenyataan itu menggambarkan keperibadian buruk Anwar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Anwar dalam ceramah di Dewan Hamzah, Klang, Selangor, Sabtu lalu, didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang membawa maksud anak babi dalam bahasa Melayu.
Mengulas lanjut, Khairy percaya kenyataan biadab dan celupar yang keluar dari mulut Anwar sejak kebelakangan ini adalah kerana ketua pembangkang itu berada dalam keadaan tertekan.
Katanya, tekanan itu berpunca daripada pelbagai siri pendedahan mengenai masalah moralnya termasuk dikaitkan dengan aksi seks dalam rakaman video bersama seorang pelacur dari China.
Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam sidang akhbar di sini berkata, Anwar perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum menggelar Perdana Menteri dengan panggilan yang tidak masuk akal serta tidak bertamadun itu.
"Masalahnya dia (Anwar) tidak tengok dirinya dalam cermin. Dialah pandi kutty, bukan Perdana Menteri. Saya harap mereka (pembangkang) akan jadi semakin bertamadun. Tolonglah jadi matang. Kita matang bukan gila, jadi tidak payah layan dia," katanya.-Utusan
P/S – Dalam Islam kita diajar supaya menghormati dan patuh kepada pihak pemerintah. Lebih-lebih lagilah kepada  pemimpin Islam. Amat mendukacitakan jika penggunaan ungkapan pandi kutty yang terkeluar daripada mulut Anuar yang juga merupakan seorang pemimpin Islam.
Negara kita sekarang ini bukan sahaja berhadapan dengan masalah  moral pemimpin malah, kita sekarang tanpa segan silu diajar pula dengan peradaban yang kurang baik ditonjolkan pula oleh seseorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tidak malukah beliau?  Kita tunggu apa reaksi Nik Aziz dan Hadi Awang dalam isu ini….

Monday, May 09, 2011

SALAHUDIN (AYUB, NAIB PRESIDEN PAS) MINTA SAYA BUKA BAJU, TUNJUK TETAPI USTAZ (DATUK SERI TUAN GURU ABDUL) HADI AWANG KATA TAK PAYAH," KATA ANWAR. CERITA MENARIK BACA SETERUSNYA….



Salam semua®…
"Ehhh kenapa semua pandang kat perut saya," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memulakan ceramahnya di Kuala Ibai dekat sini baru-baru ini dalam siri jelajah seluruh negara beliau.
Ia disambut gelak ketawa para hadhirin di majlis itu. Dari isu yang serius iaitu tuduhan menjadi pelaku dalam video seks menjadi santai.
Inilah caranya Anwar, yang menghadapi pelbagai tuduhan tidak baik dari musuh politiknya dalam apa yang digelar sebagai 'gutter politic' atau politik longkang yang sangat hina itu.
Sejak dari awal isu video seks datang, Anwar menegaskan beliau bukanlah lelaki yang menjadi pelaku dalam video seks itu.
"Muka macam saya tetapi perut bukan saya," kata Anwar dalam satu sidang media sebaik sahaja video itu mula didedahkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara oleh Trio Umno.
Sebelum inipun, inilah caranya Anwar menghadapi isu ini. Beliau menjadikan tuduhan yang serius ini dengan rileks tetapi penuh kepedihan untuk pihak yang menuduh beliau.
"Muka macam saya, tetapi bila lihat perut bukan saya. Ada yang suruh saya tunjukkan, Salahudin (Ayub, Naib Presiden PAS) minta saya buka baju, tunjuk tetapi Ustaz (Datuk Seri Tuan Guru Abdul) Hadi Awang kata tak payah," kata Anwar dalam majlis itu.
Dalam keceriaan menghadapi tuduhan itu, Anwar mengaku beliau tertekan dengan tuduhan yang dihadapkan kepada beliau itu.
"Saya ada perasaan, ada anak-anak, ada Azizah (Datuk Seri Wan Azizah, isteri beliau)," kata Anwar di Kuala Terengganu itu.
Bagi Anwar, politik mengaibkan orang dengan fitnah ini adalah sesuatu yang beliau tidak akan biarkan dan akan lawan.
Anwar membawa cerita dalam sejarah kerajaan Melayu sebelum ini yang antara lain sangat menitip beratkan agar pihak pemerintah atau raja-rajanya tidak sesekali mengaibkan rakyatnya.
"Jangan sesekali aibkan rakyat kamu. Kalau kamu aibkan juga, mala petaka atas kamu. Tetapi nampaknya Umno melanggar perinsip pertama muafakat antara kerajaan dengan rakyat ini.
"Lihatlah dalam pilihan raya akan datang, rakyat akan tumbangkan kamu," kata Anwar dengan disambut sorakan gemuruh para penyokongnya yang mendengar ucapan beliau malam itu.
Bagi Anwar, tindakan pihak musuh politiknya sangat tidak sesuai dengan keperluan negara sebenarnya.
Yang diperlukan negara sekarang adalah pengurusan ekonomi yang baik agar manafaatnya dirasai oleh rakyat tetapi media Umno sibuk memainkan isu video seks dan mendakwa beliau pelakunya.
Bagi beliau, negara terus menghadapi masalah apabila pemimpinnya sibuk mengkayakan kroni dan anak beranak masing-masing.
"Tun Dr Mahathir, umur dah 85 tahun masih sibuk lagi, anak dia Mokhzani, antara orang Melayu paling kaya di Malaysia. Najib, baru tiga tahun jadi PM, adik dia, Nazir, antara Melayu paling kaya di negara ini.
"Bagaimana mereka ini dapat kumpul harta sebanyak itu?" soal Anwar.
Sehubungan itu, beliau mahu Pakatan Rakyat  khasnya PAS perlu menang di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang untuk membuat perubahan.
"PAS kena menang di Terengganu sebab kita nak ubah bukan untuk membalas dendam. Saya jamin, kita tidak akan telanjangkan dia sebagaimana saya kena. Saya hanya nak buktikan kepada rakyat, kita boleh buat," kata Anwar dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Antara perubahan yang dijanjikan Anwar adalah royalti minyak 10 peratus untuk rakyat Terengganu, penurunan segera harga minyak runcit, penurunan kadar tarif elektrik dengan mengkaji semula perjanjian dengan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) dan sebagainya.-Harakahdaily.

Saturday, May 07, 2011

MARAH ANUAR PADA UMNO MENJADI-JADI DAN YANG TERKINI, KATA ANUAR: “BILA SAYA DATANG, ORANG TENGOK MUKA SAYA... ADA YANG TENGOK PERUT SAYA... INI CELAKA PUNYA UMNO,”…BACA SELANJUTNYA……


Salam semua®…
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan BN supaya tidak terus “memperbodohkan” rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui “pembohongan” semata-mata untuk berkuasa, lapor TV Selangor.
Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa dalam siri jelajahnya malam tadi, Anwar berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang diramalkannya sebelum bulan Ramadan ini.
“Saya benci sikap pimpinan Umno yang anggap orang Melayu bodoh. Asal baca Utusan Malaysia dia anggap bodoh semua. Jangan berikan maklumat palsu. Semua kenaikan harga dan kos barangan naik jangan beritahu. Maknanya dia anggap rakyat ini bodoh,” katanya.
“Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,” katanya secara berseloroh.
Malah ujar Anwar, serangan bertali arus Umno terhadap beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan sikap cemas BN yang semakin hilang kepercayaan rakyat.
“Sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.
Pergunakan media
“Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas,” katanya di hadapan kira-kira 4,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di Kuala Terengganu.
Tegas Anwar, rakyat terutamanya orang Melayu diperbodohkan dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.
“Kenapa saya kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.
“Sebab itu, saya kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya,” katanya.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah.
“Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes.
“Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh,” katanya.
Anwar juga berkata, Umno juga akan memperalatkan apa sahaja termasuk agama bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh mencabar kepimpinan parti itu.
“Kes (liwat) saya, bila saya minta dibawa ke mahkamah syariah tidak dibenarkan, malah menteri agama Umno yang halang saya untuk dibicarakan di mahkamah syariah.
“Jadi ini macam mana? Bila saya mahu cabar di mahkamah syariah mereka halang saya,” katanya merujuk kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
“Sudah tiga tahun tapi tiada apa yang berlaku, saya tidak buat tapi kata saya buat,” tambah Anwar.
Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.
Mahkamah akan menentukan sama ada Anwar akan dipanggil membela diri ataupun sebaliknya pada 16 Mei ini.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008-Malaysiakini
P/S-Siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya…