Salam
semua®…
Pejabat
Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan PKR bahawa kerajaan telah
membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
Dalam satu kenyataan yang dihantar malam ini, PMO berkata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaannya yang palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi perdana menteri.
Menurutnya, tiada dana awam digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu, sebaliknya telah dibayar sendiri oleh perdana menteri dan keluarganya.
Rafizi, dalam satu sidang akhbar petang tadi, mendakwa mempunyai bukti yang kerajaan telah membiaya majlis pertunangan anak perempuan perdana menteri itu.
Pengarah strategi PKR itu membuat dakwaan tersebut dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.
Rafizi mendakwa, kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada media itu, majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.
Bernama melaporkan pada tahun lalu bahawa pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev itu dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana pada malam tersebut.- Malaysiakini.

Komen penulis.
Sekali lagi, sikap tidak professional dan tuduhan
membabi-buta Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang membuat dakwaan kononnya kerajaan
telah membiayai majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak (DS Najib).
Ianya merujuk kepada satu tempahan jamuan
bankuet daripada Hotel Shangri La yang didakwa menyediakan katering untuk
majlis berkenaan.
Amat mengejutkan seluruh dunia, beliau (Rafizi)
telah mengambil risiko yang tinggi dengan membuat dakwaan bahawa kos berjumlah
RM409,767 itu telah dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa
"menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi," kata Rafizi.
Sebaliknya, Pejabat Perdana Menteri (PMO)
semalam menafikan dakwaan Rafizi bahawa kerajaan telah membiayai majlis
pertunangan anak perempuan Perdana Menteri, DS Najib.
Apa ini semua ?.....
Bagi penulis, tuduhan berunsur fitnah ini
amatlah serius kerana ianya terang-terang bertujuan ingin menjatuhkan
kreditibiliti dan memalukan DS Najib selaku PM Malaysia.
Beliau perlu diambil tindakan yang
sewajarnya kerana telah dengan sengaja membuat fitnah tanpa terlebih dahulu
mendapat fakta yang betul.
Jahatnya pemuda yang bernama Rafizi ini…..
Inilah sikap buruk yang selalu ditonjolkan
oleh pemimpin parti PKR. Malah, kalau kita perhatikan, pemimpin tertinggi
mereka langsung tidak merasa sebarang rasa bersalah dan tertekan jika ada
pemimpin bawahan mereka yang terang-terang melakukan kesilapan daripada segi
fakta. Mungkin ini adalah salah satu
budaya yang perlu diamalkan oleh mereka jika mereka mahu menang dalam PRU ke 13
nanti.
Macam PAS pula. Asalkan ianya strategi
politik bagi melemahkan musuh, maka ianya dibolehkan?....rosak...rosak...
Soal salah atau tidak satu-satu fakta yang ingin
disiarkan oleh pemimpin bawahan mereka kepada orang ramai tidak menjadi hal langsung
kepada pemimpin tertinggi mereka. Apa yang penting setiap pemimpin PKR mesti
ada isu yang boleh dibawa walaupun isu berkenaan terang-terang akan menonjolkan
kebodohon mereka.
Apa yang penulis lihat, mereka sentiasa
berfikir siang dan malam semata-mata untuk mencari kesalahan musuh mereka (
individu dan kerajaan), padahal sumber berita yang mereka siarkan biasanya tidak
benar walaupun ianya telah menyakiti dan
memalukan orang lain.
Sebagai buktinya, penulis ingin merujuk
kembali tuduhan melulu Rafizi ke atas keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang
mendakwa mereka memiliki Farmhouse Supermarkets, di Singapura.
Serkap jarang dan ‘home work’ yang lemah
oleh Rafizi berkenaan tuduhan berkenaan, akhirnya telah memalukan dirinya
sendiri dan PKR.
Tuduhan beliau tersebut telah mendapat
respons segera daripada CapitalMalls Asia Ltd, Singapura yang akhirnya membuat
penjelasan media menafikan Farmhouse Supermarkets dimiliki keluarga Datuk Seri
Shahrizat Jalil yang akan mengendalikan pasar raya itu di pusat membeli-belah
The Star Vista.
"Ia bukan Farmhouse... (Penyewa) merupakan sebuah syarkat besar di Singapura dan mereka akan beroperasi di kebanyakan pusat membeli-belah," kata jurucakap bagi pemaju hartanah Singapura kepada berita portal terkenal, The Malaysian Insider.
CapitalMalls, yang memiliki dan menguruskan pusat membeli-belah The Star Vista dan lebih 90 yang lain, terlebih dahulu meminta portal berita berkenaan mengesahkan dakwaan dibuat Rafiza adalah tidak tepat.

Daripada dua contoh fitnah di atas. penulis
berpendapat, pentadbiran PKR sekarang ini mengalami krisis integriti yang teruk
di kalangan pemimpin-pemimpin mereka. Ini tidak termasuk lagi kenyataan kisah
benar seperti yang diceritakan secara lisan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) kepada
media tentang isu fitnah ke atas DS Rosmah yang belum lagi dijawab balik atau
diperjelaskan oleh DS Anuar Ibrahim sehingga kini.
Kesimpulan yang penulis katakan di sini ialah
betapa bezanya budaya yang dibawa oleh UMNO di bawah DS Najib dan
pemimpin-pemimpin terdahulu. Apa yang kita perhatikan, tiap-tiap pemimpin mereka
ternyata lebih berhemah dan amat berhati-hati bila ingin mengemukakan satu-satu
isu. Lebih-lebih lagilah, bila ianya ada unsur-unsur tuduhan yang melibatkan
maruah dan integriti seseorang.
Betulkah pemimpin UMNO tidak segelojoh
pemimpin PKR?
lannkb
No comments:
Post a Comment