Sunday, March 04, 2012

Anuar Ibrahim Yang Tidak Lagi Se Popular Anuar Zain...



Salam semua®…
Dalam entri penulis semalam, penulis ada memberi sedikit komentar tentang sikap tidak cerdik DS Anuar sebagai pemimpin tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat yang sengaja menyusahkan diri dan partinya dengan sengaja membuat kenyataan melulu yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai kepada beliau, PKR dan PR secara keseluruhannya.
Penulis ada berkata, “Ribut tidak, tsunami pun tidak, tiba-tiba sahaja mereka kalut dan sengaja menyibukkan diri dengan mensensasikan isu-isu sensitif misalnya sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada LGBT, mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan kegiatan homoseksual di negara ini sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk dan yang terbaru isu perlindungan keselamatan ke atas negara Israel.”  
Penulis sebenarnya cuba memahami apakah tujuan  sebenar DS Anuar yang begitu berani membuat kenyataan penuh kontroversi berbanding dengan pendapat umum yang rata-rata menolak kumpulan yang menyokong LGBT, mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan kegiatan homoseksual di negara ini sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk dan yang terbaru isu perlindungan keselamatan ke atas negara Israel.
Apakah faedah yang DS Anuar dan PKR dapat daripada kenyataan beliau di atas?
Apa yang penulis perhatikan, kenyataan beliau di atas, bukan sahaja menaikkan kemarahan orang ramai malah, beliau secara peribadi telah diserang dan dikritik bertalu-talu oleh ramai orang termasuklah rakan-rakan beliau di dalam Pakatan Rakyat.
Kalau tidak, dalam reaksi spontannya kepada wartawan, takkanlah Nik Aziz sampai sanggup menyuruhnya (DS Anuar) menarik balik kenyataan beliau dalam isu perlindungan keselamatan Negara Israel baru-baru ini.
Apa yang penulis perhatikan, kebanyakan respons yang diberikan oleh rakan-rakan beliau dalam PR  mengatakan bahawa, kenyataan-kenyataan beliau tersebut adalah pendapat peribadi dan bukanlah kenyataan politik yang mewakili PR secara keseluruhannya. Malah, Isteri beliau yang memegang jawatan Presiden PKR sendiripun takut untuk membuat sebarang kenyataan balas menyokong tindakan suaminya mengenai isu-isu tersebut.
Maknanya mereka sendiri secara diam-diam tidak bersetuju dengan kenyataan DS Anuar tersebut  dan tidak mahu diri dan parti mereka terus terbabit dan terpalit sama dengan kenyataan politik yang tidak menguntungkan mereka.
Jadi, betullah seperti kata DS Najib di Sungai Petani semalam. Beliau secara sinis berkata, “Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula banyak menimbulkan masalah serta membuat kenyataan tidak tentu arah dan menyifatkannya sebagai "Parti Kalut dan Ribut".
Sambung DS Najib lagi, ‘Masalah video tak selesai, masalah Jabatan Agama Islam Pahang pun tak selesai... DAP pula 'Depa Ambil Peluang', dia cari peluang saja, kalau nak masa depan terjamin lebih senang sokong Barisan Nasional (BN).
Apa pula reaksi DS Anuar tentang gelaran Parti Kalut dan Ribut  ini….


No comments: