Wednesday, November 17, 2010

Hendak Jadi Ketua Menteri Mesti Ada Ilmu?


Salam semua…

Baru2 ini kita telah digemparkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah LGE telah mengarahkan MMC Gamuda menghentikan serta merta pembinaan landasan keretapi berkembar di negeri ini kerana lebih sayangkan rakyat yang berkemungkinan besar terpaksa mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah.
Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun arahan itu akan ditarik balik jika syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mengorek laluan air serta membayar pampasan kepada rakyat yang ditenggelami air.

Baginya, kepentingan rakyat perlu diutamakan daripada syarikat kroni Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kerja pembinaan tanpa membina sebarang laluan untuk air mengalir dengan baik.
Apa yang peliknya sebelum ini beliau telahpun bersetuju supaya menarik balik arahan henti kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar selepas MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) menjelaskan bayaran sebanyak RM4 juta kepada kerajaan negeri.

Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, jumlah keseluruhan RM4 juta itu adalah caj yang dikenakan kepada MMC-Gamuda JV berhubung caruman perparitan, bayaran denda, bayaran kerja tanah dan bayaran pelan rancang.

Wow besarnya RM4 juta tu…Jadi kenapa tiba-tiba beliau hendak tangguhkan pula projek berkenaan setelah bayaran RM4 juta berkenaan telah dibuat pada kerajaan negeri? Alasan spontan  beliau kerana takut  mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah bukanlah jawapan yang berdasarkan fakta dari kajian ilmiah para professional yang dilantik oleh kerajaan negeri?

Yang lawaknya arahan spontan beliau yang tidak bersandarkan kajian  ilmiah berkenaan terbawa-bawa sepertimana alasan dangkal MB Kedah  tempohari.

Sebagai kontraktor besar yang mempunyai kepakaran di dalam teknologi pembinaan  serta terkenal di dalam dan diluar negara, MMC Gamuda akhirnya menjelaskan ianya tidak bersangkut paut langsung?

Teringat saya akan artikel yang dipaparkan oleh



“Ini KM Lim Guan Eng sedang berusaha membuatkan pembinaan landasan berkembar di Pulau Pinang menjadi antara yang mahal dalam sejarah.

Tindakan menyuruh kontraktor memecahkan landasan yang baru dibina adalah BODOH, TIDAK EKONOMIK, MERUGIKAN WANG dan penuh dengan citra politik bolak-balik pembangkang yang sememangnya menghalalkan cara demi matlamat.

Mereka berfikir bahawa jurutera pembinaan adalah bodoh, seperti MB Kedah yang menuduh pembinaan landasan keretapi berkembar menjadi punca banjir di Kedah sehingga MMC Gamuda menjelaskan bukti ianya tidak bersangkut paut.

Pihak kontraktor projek mega seperti ini tidak pernah lalai dari memastikan aliran semulajadi dikekalkan dan berbekalkan peralatan dan perisian canggih, mereka mampu mengadakan laluan air untuk menampung aliran air saat hujan paling lebat sekalipun.

Masalah Pulau Pinang Darul Sampah belum pernah selesai dan Guan Eng masih lagi menutup mata atas sikap rakyat yang memenuhkan parit dan tali air dengan sampah.
Jangan merosakkan harapan sebahagian besar penduduk di utara untuk menikmati perkhidmatan tren elektrik selewat-lewatnya hujung 2013.

Tolak DAP di Pulau Pinang kerana mereka ini memudaratkan rakyat atas topeng kebajikan.”

Komen saya pula;

Kan saya dah kata, LGE dan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang ini memang tidak cerdik dan kompeten. Beliau lupa bahawa projek besar ini dibuat bukannya untuk faedah rakyat negeri Pulau Pinang sahaja akan tetapi ianya melibatkan banyak negeri-negeri sebelah utara Malaysia.

Tujuan kerajaan membina  projek berkenaan semata-mata ingin meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara disamping mengurangkan kos pengangkutan rakyat. Mengurangkan kos pengangkutan bermakna kos sara hidup dan kualiti hidup rakyat akan bertambah baik. Menangguh atau memberhentikan projek mega tanpa alasan teknikal yang kukuh  ini akan memberikan impak yang besar ke atas ‘running cost’ yang terpaksa ditanggung oleh Kontraktor berkenaan.

Tak kanlah perkara ‘basic’ yang sekecil inipun LGE  pun tak tau. Ataupun beliau sendiri mempunyai niat yang tidak baik kepada kerajaan? 

Kalaulah beliau sendiri tak kompeten dalam hal-hal sebegini. Janganlah beliau malu-malu. Nasihat saya rajin-rajinlah belajar dekat Taiko-Taiko besar yang ramai tinggal dan berniaga di Pulau Pinang tu!
LGE…LGE…yang sudah tu sudahlah. Kalau rasa diri tu tidak kompeten, berilah peluang dekat orang lain pula.

Bukan senang woi nak jadi Ketua Menteri…sedikit sebanyak nak kena ada ilmu…..

No comments: