Thursday, November 18, 2010

Maksiat Makin Menjadi-jadi Di Pulau Pinang, PAS Di mana?...


Salam semua…

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam diluluskan di seluruh Pulau Pinang pada 2009.

Saya ada terbaca dalam artikel bahawa kata-kata berkenaan datangnya sendiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, saudara Chow Kon Yeow.

Katanya lagi, berikutan pemberian lesen baru itu, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengutip hasil sebanyak RM880,677.

Wow ! besarnya hasil haram ini…seram bulu rema saya…

Kalau nak tau, aktiviti terkutuk ini berlaku berleluasa terutamanya di Penang Road dan di Chulia Street serta  di beberapa buah hotel di sekitar Bukit Mertajam.

Kalau nak tau, keadaan ini akan menjadi bertambah terok bila kerajaan negeri meluluskan sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam di seluruh Pulau Pinang pada 2009.

Saya juga ada terbaca artikel di laman blog yang menceritakan  bahawa;

“MEREKA INI MENJALANKAN DASAR SEPERTI RONNIE LIU DI SELANGOR.
LIHAT SAHAJA APA YANG TELAH BERLAKU DI BEBERAPA BUAH PUSAT HIBURAN DI BANDAR BARU PERDA.

HIBURANKAH INI SEKIRANYA SEKS DIJADIKAN LANDASAN PERNIAGAAN YANG LUMAYAN.HOTEL MURAHAN MILIK KAUM CINA BOLEH MENAWARKAN PAKEJ SATU JAM PENGINAPAN UNTUK PASANGAN REMAJA ISLAM MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS.

DALAM HAL INI PAS HANYA PANDAI BERKOKOK, TAPI EKOR BERTABURAN TAHI.” Kata penulis blog berkenaan.

Saya secara peribadi nak tanya apa yang PAS dah buat di dalam kerajaan Pakatan Haprak ini?

Kes hasil haram judi kuda masih belum selesai sekarang kita dihidangkan pula dengan cerita hasil dari rumah urut di P. Pinang.

Bagi kerajaan DAP di bawah LGE, agaknya menutup rumah urut bukanlah satu jalan penyelesaian untuk mengurangkan maksiat di kalangan orang Islam.

Kerana bagi mereka perbuatan itu halal dan tidak berdosa bagi agama mereka. Akan tetapi ianya seolah-olah mencabar agama kita dan juga krebiliti orang Islam di P.Pinang khasnya.

Di dalam hal ini, di manakah aktivis agama dari PAS dan PKR yang selama ini melaungkan mereka berjuang untuk agama?

Mana perginya kata-lata bergema dari Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi? , Ustaz Idris?  Ustaz Haron Taib?, Ustaz Salleh Man,  Ustaz Anuar Ibrahim?...maaf saya tersasul pula, maksud saya Datuk Sri Anuar Ibrahim?

Adakah ini antara cara untuk Pakatan Haprak ini mendapatkan sokongan daripada rakyat terutamanya daripada kaum bukan Islam?

Adakah mereka ini sudah kehabisan modal hinggakan rumah urut pun dijadikan sumber pendapatan serta modal isu politik mereka untuk menagih undi terutamanya dari kaum bukan Islam?

Mungkin alasan mereka nanti ialah, DAP  mengambil berat akan kesihatan batin rakyat  P.Pinang dengan mewujudkan lebih banyak lagi rumah-rumah urut.

Saudara Anuar Ibrahim pun pernah mengurut di Thailand, siap ada gambar lagi. Jadi, apa salahnya? Mungkin itu antara alasan mereka?

Apa yang pasti saya amat kesian kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin DAP dan  saudara Anwar Ibrahim.

Dilihat penyokong-penyokong PAS yang kini membabi-buta menyokong DAP  dan Anuar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita katakan sebagai taksub.

Segala-gala perkara yang dibuat oleh DAP dan Anwar Ibrahim adalah benar kata mereka, dan bagi mereka selaku Murshidul Am PAS tak mungkin TGNA berbohong pada pengikut-pengikutnya.

Kita tunggu dan lihat apa reaksi pemimpin PAS dan PKR tentang isu ini….

No comments: