Salam semua…
Petikan menarik dari Utusan Online.
Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Mufti Kelantan
KOTA BHARU 30 November, 2010 – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.
Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.
"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. – Utusan
Ulasan saya;
Isu ini timbul berikutan berlakunya insiden yang menyedihkan di mana seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam telah memanipulasikan Surah Al-Imran semasa beliau berhujah di Kongres PKR baru-baru ini.
Apa yang menyedihkan kita, tidak ada seorangpun yang berstatuskan Ustaz dikalangan ramai ahli-ahli PKR yang hadir menegur kesilapan pembahas berkenaan. Malah, sebagai pemimpin tertinggi PKR, DSAI dan isterinya seolah-olah bersetuju dengan terjemahan Al-Quran yang dibuat oleh perwakilan berkenaan.
Diberitakan juga di dalam laman-laman blog bahawa ada ketikanya semasa berhujah Kesavan bertanya kepada semua perwakilan kalau-kalau tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak. Tidak ada langsung yang membantah malah semua perwakilan PKR yang hadir ketika itu menjawab betul tanpa merasa jijik dan jelek melihat ayat Quran diperlekehkan oleh orang bukan Islam.
Na’uzubillah himin za lik….
Teramatlah mendukacitakan kita kerana sebagai pemimpin tertinggi parti PKR yang beragama Islam, kegagalan DSAI, isteri dan anaknya menegur kesilapan perwakilan tersebut secara spontan telah memberi pertunjuk kepada kita bahawa mereka anak beranak sebenarnya tidak faham maksud terjemahan dari Surah Al-Imran berkenaan.
Adakah ini yang Presiden PKR banggakan sehingga sanggup memuji suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadikannya pemimpin rakyat?
Alangkah malunya…adakah ini juga balasan segera dari Allah kepada hamba-hambanya yang berterusan membohongi rakyat?
Nasihat saya kepada DSAI dan keluarga, banyak-banyaklah bertaubat serta kembalilah ke pangkal jalan….
Sekian
No comments:
Post a Comment