Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur
forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin (RPK) dari senarai
peserta forum itu.
Muhyiddin berkata, keengganan ketua pembangkang itu
untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday menunjukkan bahawa Anwar
bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.
"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang
asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar
dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja
Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan
rahsia-rahsianya.
"Jadi, kalau Anwar betul anak jantan, dia patut
ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja
Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada)
sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya
kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO Wilayah
Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini hari ini.
Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi
membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web
WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment