Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Monday, January 30, 2012

ZAIRIL KHIR JOHARI KATA, “ORANG MELAYU SEKARANG SUDAH MAMPU MENILAI SERTA TIDAK TERAGAK-AGAK UNTUK MENYOKONG DAP.” BETUL KE?


Salam semua®…
DAP hari ini menegaskan Umno sudah tidak layak membela nasib masyarakat Melayu di negara ini kerana parti politik Melayu itu dikatkan mengamalkan dasar pemerintahan yang berat sebelah. Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari menjelaskan, pemimpin Umno sebenarnya telah melemahkan masyarakat Melayu, dan orang Melayu sekarang sudah mampu menilai serta tidak teragak-agak untuk menyokong DAP.
"Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menganaktirikan sesiapa pun, yang melemahkan orang Melayu adalah pucuk pimpinan Umno yang mahu mengekalkan kuasa melalui kebergantungan orang Melayu kepada Umno. Dalam erti kata lain, kuasa Umno adalah kemudaratan orang Melayu.
"Kerana itu, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP yang mengutamakan rakyat Malaysia dan menawarkan siasah baru yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang saksama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Zairil, Umno hanya tahu mengamalkan satu jalan penyelesaian iaitu dalam bentuk skim cepat kaya dan menguntungkan kroni mereka seperti Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan syarikat-syarikat pengendali tol lebuhraya, skandal RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdingd (FGVH) yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.
Menurut Zairil lagi, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim giat melaksanakan program-program kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan masyarakat yang paling memerlukannya.
"Dasar yang dilaksanakan ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan dan disia-siakan oleh Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan mereka.
"Bagi hal-ehwal agama Islam pula, kerajaan Umno - Barisan Nasional (BN) hanya memperuntukkan RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lebih lima kali ganda," katanya.
Tambahnya, peruntukan besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak perkuburan Islam, pembangunan Sekolah Agama Rakyat,elaun-elaun untuk pega wai masjid, guru KAFA, para Huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam.
"Program-program seperti ini sekiranya  mengikut fitnah Umno, dikatakan tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang. Tidakkah ini membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?" soalnya.
"Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno merasa bahawa warga Melayu di Pulau Pinang berada dalam keadaan tertindas dan tidak maju, bukankah itu salah kerajaan BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun di Pulau Pinang?" soalnya lagi.
Isu penyertaan beberapa orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini sedang hangat dibicarakan, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin Umno.
Kenyataan  terbaru, yang dikeluarkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dilihat seperti telah menyindir bahawa DAP tidak pernah membela kepentingan orang Melayu, manakala Ketua Puteri Umno pula menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang menganaktirikan masyarakat Melayu di sana.
"Tuduhan pemimpin-pemimpin Umno ini jelas palsu kerana sejarah jelas membuktikan bahawa DAP adalah parti yang membela sesiapa sahaja yang ditindas, tanpa mengira warna kulit atau agama," tegas Zairil menepis dakwaan tersebut.- The Malaysian Insider
P/S – Sedap betul kata-kata anak lelaki Khir Johari, iaitu Zairil Khir Johari yang  berhujah kononnya orang Melayu sekarang sudah mampu menilai serta tidak teragak-agak untuk menyokong DAP. Katanya lagi, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP.
Betul ke? Penulis masih ingat lagi cabaran yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO supaya pemimpin DAP menunjukkan bukti dalam bentuk angka berapa ramaikah orang Melayu yang sudah masuk parti DAP?
Malangnya, sampai sekarangpun tidak terjawab. Tapi, depa dah dok kalut kata orang Melayu sekarang ini tak teragak-agak untuk menyokong DAP.  
Agaknya cakap-cakap saudara Zairil ini cuma ingin menyedapkan hati penyokong  DAP saja kot.   
Kalau tak caya, mai la tengok sendiri kat Penang la ni, apa yang parti DAP dah buat kat orang Melayu sini. Selama lebih 3 tahun perintah, sebiji rumah kos rendah untuk orang Melayu langsung tak boleh buat. Nak sokong DAP lagu mana? Cuba mai cerita dekat cek sat!
Kalau nak tau, ramai orang Melayu Penang dari dulu sampailah la ni, dah tau sangat yang parti DAP tu rasis. Hari-hari depa dok jaga dan tengok nasib kaum Cina saja.
Jadi, jangan dok mimpi dan pandai kata-kata orang Melayu akan sokong DAP. Kalau tak caya, pi tanya Mamu Musa kat BM!.....

Friday, April 22, 2011

BETUL KE PARTI DAP MENGGUNAKAN NAMA-NAMA SYARIKAT KONTRAKTOR BUMIPUTERA BAGI MEMPEROLEH PROJEK SEDANGKAN KEUNTUNGAN DIPEROLEH MENJADI MILIKNYA?...BACA SETERUSNYA KERANA SEMUA ORANG PERLU TAHU…



Salam semua…
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock semalam.
Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.
"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.
"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.
Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.
Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.
Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.- Utusan Malaysia
P/S – Paku dulang paku serpih, mengata orang depa yang lebih. Cakap tak serupa bikin. Pentadbiran negeri yang zalim kepada rakyatnya.


Monday, April 18, 2011

“SAYA UCAPKAN TAHNIAH KEPADA DAP KERANA MEMBAWA POLITIK PERKAUMAN KE SARAWAK. SEKARANG KITA DENGAN JELAS MELIHAT MASYARAKAT CINA MENOLAK HUBUNGAN PELBAGAI KAUM. MEREKA KINI DIJANGKITI VIRUS PERKAUMAN YANG MENJADI ASAS PERJUANGAN DAP,”- TUN DR MAHATHIR.


Salam semua…
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.
Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.
“Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP,” tulisnya.
“Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yang didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.”
Pada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia.
“Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN,” katanya.- Malaysiakini.
P/S-Memang betul seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir. Perjuangan parti DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang (LKS)  anak beranak adalah parti rasis yang cenderong kepada perjuangan untuk orang-orang Cina sahaja tanpa memperdulikan perjuangan untuk pelbagai kaum di Malaysia.
Walaupun ada beberapa kerat ahlinya dari kalangan kaum India, tetapi hakikatnya selama ini orang ramai melihat DAP itu Cina dan Cina itu DAP.
Berbanding dengan BN, banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh DAP  hanya tertumpu dan memberi banyak faedah  kepada kaum-kaum Cina sahaja.
Kepentingan orang Melayu setempat selalunya dipandang sinis malah langsung dipinggirkan sama sekali lebih-lebih lagilah jika YB DAP yang berkhidmat di satu-satu kawasan yang dimenangi oleh mereka dalam satu-satu pilihan raya.
Setelah sekian lama orang-orang Cina DAP tinggal bersama-sama dengan orang-orang Melayu Islam di Malaysia, berbanding dengan kaum-kaum Cina dan India dari komponen BN,  kenapa pemimpin-pemimpin Cina DAP  masih lagi meraba-raba untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara yang sensitif bagi orang-orang Melayu Islam misalnya isu memasuki ruang solat masjid dalam keadaan yang tidak sempurna, memberi derma hasil dari judi kuda pada orang-orang tua Islam, menjadi penganjur kepada tilawah dan hafazan Al-quran dan lain-lain lagi.
Jawapan yang paling tepat ialah golongan Cina DAP yang diketuai oleh LKS ini dari dulu lagi adalah rasis kerana dengan sengaja menjauhi kelompok-kelompok orang-orang Melayu Islam di Malaysia. Keadaan nampaknya akan bertambah parah kerana mereka sekarang ini telah berjaya membawa politik perkauman ke Sarawak pula.
Memang tepat kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia akan menghadapi bahaya kerana akan terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yang didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara.
Penulis teringat kenyataan media LKS satu ketika dahulu  yang mendakwa Tun Dr Mahathir sebagai rasis nombor 1 dalam negara ini.  Bagi penulis kenyataan  ini adalah tidak tepat sama sekali kerana semua orang tahu bahawa Tun Dr Mahathir telah banyak berjasa kepada semua kaum di  Malaysia. Jasa Tun Dr Mahathir kepada peniaga-peniaga Cina melebihi apa yang telah dibuat oleh LKS kepada kaumnya sendiri.
Jasanya bukan sahaja diiktiraf oleh semua orang Malaysia malah oleh semua pemimpin dunia!!!
Berbanding Tun Dr Mahathir, siapa lah LKS di mata dunia? Kerana Tun Dr Mahathirlah orang-orang Melayu , Cina dan  India di Malaysia hidup aman damai serta senang-lenang.
Sebaliknya LKS akan dikenang di dalam sejarah politik tanah air sebagai pemimpin politik yang rasis yang mementingkan kepentingan kaum orang-orang Cina sahaja.
Negara Malaysia akan hancur  dan menjadi kucar-kacir jika orang ramai memberi peluang dan sokongan padanya untuk memerintah Malaysia.
Oleh yang demikian, janganlah kita perjudikan keamanan dan kemakmuran yang kita sedang dan telah kecapi sejak sekian lama dengan pemimpin seperti LKS yang teramat nyata rasisnya dari dahulu sampailah sekarang.

Friday, February 25, 2011

KENYATAAN YANG PALING MENYAKITKAN HATI. BACA DI SINI.

                                                      Gambar Hiasan


Salam semua…
Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma.
Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah berkata pelajar tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita...
Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkang, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.
Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.
Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.
“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.
Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.
Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.
Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.- Petikan daripada Malaysiakini, 25/02/2011.Klik di sini.
P/S – Anda boleh menilai sendiri apakah maksud dan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada kita. Adakah akhbar mereka adil-adil belaka?

Thursday, February 17, 2011

SAKSIKAN 'LAKONAN' HEBAT KIT SIANG DAN KARPAL SINGH…


Salam semua…
Kerajaan perlu berhati-hati dengan 'lakonan' serta tindakan dua pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang dan Karpal Singh 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu Ops Lalang yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.
Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, ini kerana, ia hanya helah supaya kerajaan mengenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka.
Menurut beliau, jika perkara itu berlaku, Kit Siang dan Karpal serta pemimpin pembangkang lain akan menggunakan isu penahanan ISA sebagai umpan meminta simpati rakyat.

"Ia amalan biasa pembangkang. Mereka akan cuba mencari peluang untuk menjolok kerajaan dengan isu-isu sensitif.
"Kalau dikenakan tindakan ISA atas kenyataan yang dikeluarkan, inilah peluang mereka untuk menghentam kerajaan bagi mencari simpati rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati dalam berhadapan dengan keadaan sebegini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai serangan Kit Siang dan Karpal terhadap Dr. Mahathir bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada 1988.
Kenyataan dua pemimpin DAP itu mendapat reaksi beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menyifatkan serangan berkenaan sebagai tindakan desperado'bagi menutup kelemahan pembangkang.
Beliau turut mencabar kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut supaya bertanyakan mengenai isu Ops Lalang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim juga tidak ketinggalan menghentam Karpal sebagai orang yang tidak layak menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong kerana Pengerusi DAP itu sendiri pembohong dalam kes liwat Anwar.
Mengulas lanjut, Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR berkata, pembangkang terutama Kit Siang dan Karpal sebenarnya sudah ketandusan isu untuk diketengahkan dalam melemahkan kerajaan dan perkara yang dilakukan itu hanya untuk publisiti murah.
"Sudah tiada isu, mereka akan bangkitkan pula isu-isu lama. Inilah kerja mereka," katanya.
Beliau menyokong cabaran Zulkifli agar Kit Siang dan Karpal merujuk kepada Anwar berhubung Ops Lalang.
Mengulas isu sama, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Abdullah Mansor berkata, Kit Siang dan Karpal perlu 'mencermin' diri sebelum menuduh Dr. Mahathir sebagai pembohong.
Menurutnya, Dr. Mahathir bukan 'kaki pembohong' dan tidak akan mereka-reka cerita seperti yang didakwa dua pemimpin pembangkang itu.
"Perkasa memandang serius tuduhan Kit Siang dan Karpal. Kita tuntut mereka ini mohon maaf kepada Dr. Mahathir.
"Karpal sendiri pun boleh dipertikaikan terutama dalam isu liwat membabitkan Anwar. Dulu dia pernah dedahkan perlakuan liwat Anwar, kini membela Anwar pula," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar memberitahu, apa yang dilakukan oleh Kit Siang dan Karpal hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kononnya mereka handal dalam semua perkara.
"Apa yang penting, mereka asyik hendak mencari jalan untuk bergaduh. Itu sahaja matlamat mereka. Sudah tidak ada modal, mereka cari apa jua isu yang boleh dibuat bergaduh.
"Kalau hendak tunjuk handal pun, kenalah profesional. Jangan bersikap seperti budak-budak atau orang sudah nyanyuk," katanya.-Utusan Malaysia, 17/02/2011

Thursday, February 10, 2011

KERAJAAN DAP PULAU PINANG BERTNDAK KEJAM LAGI, KALI INI KE ATAS PENIAGA KECIL MELAYU DI JURU, PERAI PULAK…….

                                               Dengan Ihsan Blog MIM

Salam semua…
TV 3 semalam telah menyiarkan slot berita bergambar mengenai kekejaman Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui penguatkuasaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bertindak kasar ke atas salah seorang peniaga di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Tindakan memalukan itu berpunca daripada sikap Kejam penguatkuasa MPSP yang merobohkan gerai-gerai makanan dan minuman haram mereka  yang telah lama beroperasi di situ.
Hari ini pula khabarnya, satu demonstrasi aman oleh peniaga-peniaga kecil Melayu telah diadakan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang bagi membantah operasi penguatkuasaan MPSP tersebut.
Penulis rasa sedih kerana selalunya alasan yang diberikan oleh penguatkuasa MPSP terhadap peniaga-peniaga malang sebelum ini seperti di Tanjong Tokong, Bandar Perda dan yang terbaru di Taman Pelangi, Juru ini adalah kerana mereka telah melanggar peraturan dan undang-undang Kerajaan Tempatan iaitu Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Syeksyen 72 Akta 133) – yang membolehkan Notis Meruntuh dikeluarkan dan dilaksanakan.
Tidak seperti di tempat-tempat lain di Malaysia, apa yang peliknya di Pulau Pinang ini, hanya peniaga-peniaga Melayu Islam sahaja yang menjadi sasaran penguatkuasaan samada oleh MPPP (di Pulau Pinang) ataupun MPSP (di Seberang Perai).
Orang ramai terutamanya orang-orang Islam Pulau Pinang termasuk penulis sendiri tertanya-tanya kenapa sikap berat sebelah Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menguatkuasakan peraturan ini hanya tertumpu kebanyakkannya di kawasan tempat orang-orang Melayu Islam mencari rezeki mereka sahaja dan tidak di kawasan-kawasan orang Cina berniaga?
Penulis serta orang ramai bukanlah iri hati atau sengaja ingin menyusahkan peniaga-peniaga kaum lain dengan sengaja menghasut penguatkuasa kerajaan tempatan supaya bertindak balas, malah jauh sekali ingin mengganggu atau menutup periuk nasi mereka.
Sebenarnya tidak salahpun penguatkuasaan peraturan ini kerana semua orang kena patuh kepada undang-undang. Undang-undang digubal sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan semua orang. Tetapi, masalahnya di sini,  bila kerajaan DAP Pulau Pinang ingin menguatkuasakan satu-satu undang-undang, biarlah pendakwaan dan penguatkuasaannya mestilah adil tanpa mengira daripada mana asal-usul kaum mereka.
Di seberang Perai sendiri misalnya, cuba pergi sendiri atau intai-intai bagaimana ramainya peniaga-peniaga kecil Cina beroperasi secara haram (sebelah malam) di sepanjang Jalan Raja Uda Butterworth. Kenapa penguatkuasaan oleh MPSP tidak dijalankan secara adil ke atas gerai-gerai haram mereka?
Memang betul dan tepatlah seruan Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang baru-baru ini, bilamana beliau secara sinis memberi amaran kepada kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, supaya beliau (LGE) perlu bersikap lebih adil kepada peniaga-peniaga Melayu Islam di Pulau Pinang.
Sikap beliau yang sering menindas dan berat sebelah itu bukanlah ciri-ciri sebenar malah jauh terpesong daripada beberapa contoh amalan terpuji daripada Khalifah Umar yang selalu beliau ucapkan kepada orang ramai.


Friday, January 14, 2011

BILA MASA PULA RONNIE LIU DAH TUKAR JADI USTAZ PAS?



Salam Penulis…

Penulis rasa Parti PAS di bawah bimbingan Nik Aziz Nik Mat dan Khalid Samad sepatutnya bertanggung -jawab di atas kesalahan tarbiyah mereka ke atas pemimpin-pemimpin DAP. Dan yang terbaru tentang isu kecelaruan yang dicetuskan oleh  exco  parti DAP Selangor. Mereka telah berani membuat fatwa sendiri ke atas orang Islam apabila Ronnie Liu tanpa berfikir panjang berkata umat Islam  dibolehkan bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ) telah diarahkan ditarik balik katanya.

Kenyataan beliau bagaimanapun telah mendapat bantahan daripada exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Ikuti perbalahan mereka seterusnya sepertimana yang telah dipaparkan oleh berita Malaysiakini bertarikh 14/01/2011 (Klik di sini. ).

“Dua exco kerajaan negeri Selangor mempunyai penakrifan berbeza berhubung larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

Jika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali (kanan) mempunyai definisi yang berlainan.

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Liu (kiri) juga semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Namun, menurut Hasan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor , di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, peruntukan dibuat tidak membenarkan orang-orang Islam melibatkan diri di dalam urusan penjualan minuman keras.
Kekang maksiat

“Di dalam undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terdapat persyaratan yang boleh menggunapakai peraturan yang serupa di dalam urusan pemberian lesen kepada pengusaha-pengusaha penjualan minuman keras tersebut,” katanya.

Hasan berkata kedua-dua peruntukan itu dengan sendirinya boleh digunakan untuk mencegah orang-orang Islam daripada terjebak dengan hal-hal yang berkaitan dengan minuman keras yang diharamkan oleh agama Islam.

“Perlu disebutkan larangan ini terkhusus kepada orang-orang Islam tanpa melibatkan orang-orang yang bukan Islam. Oleh itu tidak perlu ada kebimbangan daripada mana-mana pihak tentang perlaksanaan peraturan-peraturan seperti di atas,” katanya.

Beliau juga berkata penguatkuasasan yang dijalankan oleh MPSJ itu merupakan antara usaha mengekang kegiatan maksiat melibatkan minuman keras yang begitu menjadi- jadi terutamanya yang melibatkan masyarakat Islam di negeri ini.

Beliau berharap semua pihak menerima pendekatan berkenaan dengan dada yang terbuka dan tidak ada mana-mana pihak yang tampil mempolitikkan isu tersebut.”

P/S – Penulis nampak hanya Datuk Hasan Mohamed Ali sahaja yang bertungkus-lumus menegakkan perkara yang benar dan selari dengan syiar Islam. Khalid Samad pula nama saja dari PAS tapi….asyik melePAS saja...

Thursday, January 13, 2011

Ng Wei Aik – Menyesal, Janji Tak Buat Lagi Dah?


Salam semua…

Penulis tak tahu samada kata-kata  kekesalan  Ng Wei Aik, YB Komtar, Pulau Pinang yang bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar baru-baru ini dibuat dengan rasa ikhlas atau tidak.

Peliknya, adakah patut sambil beliau menyesali tindakannya, beliau boleh ‘top-up’ dengan berkata beliau berniat baik ketika menyertai anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang merampas kerusi dan meja di kedai itu.

Hang cerita sat dekat chek, lagu mana hang kata hang berniat baik. Hang jangan dok tipu la,  satu Malaya tengok hang dalam TV. Orang yang ada niat jahat saja buat lagu tu! Baru naik jadi YB dah nak tunjuk samseng. Bila dah tengok muka sendiri dalam TV, baru nak kesal. Apa punya YB, terlebih sudu dari kuah!.

Ikuti paparan tentang cerita rasa kesal daripada Ng Wei Aik yang penulis ambil dari Utusan Online bertarih 13/01/2011 untuk  tatpan semua pembaca:

GEORGE TOWN 13 Jan. — Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lepas, berkata beliau berniat baik ketika menyertai anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang merampas kerusi dan meja di kedai itu.

"Jangan buat serangan tanpa meneliti niat murni di sebaliknya, saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kehadiran saya semasa tindakan penguatkuasaan MPPP diambil dan ini telah memberi suatu gambaran yang tidak tepat dan menyimpang daripada tujuan sebenar.

"Mulai hari ini, saya tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana tindakan penguatkuasaan yang bakal diambil oleh MPPP atau pihak berkuasa pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama


Tuesday, January 11, 2011

KERAJAAN DAP P, PINANG AMAL DASAR MIRIP APARTHEID?


Salam semua…

Penulis sampai hari ini masih lagi tidak faham kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng bertindak berat sebelah dalam melayan peniaga-peniaga Cina dengan kaum-kaum yang lain di Pulau Pinang. Mereka dengan sengaja dan tidak ada perasaan malu menjalankan pemerintahan mirip dasar  Apartheid yang satu ketika dulu pernah diamalkan di negara di Afrika Selatan.

Oleh kerana amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan semua kerajaan di dunia termasuklah Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Yang hairannya, amalan yang buruk itu jugalah cuba disuburkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang. Dan yang terbaru, kejadian tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan oleh pemimpin mereka,  Ng Wei Aik  ke atas pengusaha nasi kandar India Muslim adalah salah satu contoh yang nyata bahawa tindakan mereka adalah serupa dengan amalan dasar Apartheid.

Apa yang menghairankan penulis kenapa tindakan yang sama tidak dikenakan ke atas peniaga-peniaga kaum Cina yang beroperasi tidak mengikut peraturan.

Ikuti paparan menarik yang penulis ambil dari Utusan Online bertarikh 11/01/2011 (atau klik di sini.   ).

PULAU PINANG 10 Jan. - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik mengetuai operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar di Gat Lebuh Maccalum di sini disifatkan 'pilih bulu'.

Ini kerana, wakil rakyat DAP itu tidak mengambil tindakan serupa terhadap banyak lagi premis makanan di negeri ini khususnya di Georgetown yang turut meletakkan kerusi meja di kaki lima jalan.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, lebih dikesalkan, ada juga di kalangan pemilik restoran meletakkannya di atas jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi tiada tindakan diambil.

Menurutnya, orang ramai dapat melihat sendiri premis-premis makanan di Georgetown yang banyak beroperasi tidak mengikut peraturan secara berleluasa, seolah-olah tidak diganggu langsung oleh pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
"Rakyat mungkin tertanya-tanya kenapa tindakan sama tidak dikenakan terhadap pengusaha kedai makan lain di sekitar Georgetown.

"Kalau peniaga-peniaga sebegini mengganggu lalu lintas dan pengguna kenderaan, ambil tindakan sama tanpa mengira latar belakang kaum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Nor Suhaili menambah, beliau tidak pasti sama ada pemilik restoran berkenaan ada menerima notis amaran daripada MPPP sebelum ini.

"Kalau MPPP sudah keluarkan notis, maka kita akur dengan tindakan tersebut.
"Namun, jika ia tidak dikeluarkan, ia amat bertentangan dengan konsep 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat yang diuar-uarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini.

"Seakan-akan tidak nampak keadilan sosial diperjuangkan oleh mereka dan ini menafikan hak pemilik restoran untuk menikmati kehidupan aman selaras dengan konsep tersebut," katanya.

P/S – Penulis nak tunggu siapa dikalangan rakyat negeri Pulau Pinang berani bertindak seperti Nelson Mandela.

Calon-calonnya adalah….Dato' M@$@


(Sisipan malam)

Monday, January 10, 2011

ALAHAI BAIKNYA LIM KIT SIANG BERBANDING NAJIB?



Salam semua…

Penulis ingin berkongsi maklumat tentang luahan rasa saudara Lim Kit Siang yang terlalu marah pada Utusan Malaysia. Katanya “semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.”





Beliau juga menambah bahawa “ Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.”

Lapuran penuh komen sinis Lim Kit Siang pada Utusan dan DS Najib penulis paparkan di bawah  yang mana artikel asalnya penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 10/01/2011. Klik di sini.

“Rakyat di Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".

“Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melaikan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.

Minggu lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.

Lim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga didakwa bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan PKR supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.”

Ulasan penulis:

Betul ke Lim Kit Siang apa yang kamu kata tu?  Penulis nak bertanya kepada semua orang Malaysia, siapakah yang sebenarnya memecah-belahkan rakyat?

Dalam menjawab persoalan ini, penulis teringat akan kata-kata Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah,  Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti berikut;

“Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?”

Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.

Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.

Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, PIHAK BERKUASA TELAH MENDAPATI BAPAKNYA, LIM KIT SIANG SEBAGAI SALAH SEORANG PEMIMPIN DAP PADA MASA ITU, TERLIBAT DALAM UCAPAN-UCAPAN MENGHASUT DAN MENGAPI-APIKAN SEMANGAT PERKAUMAN. KERANA ITU TELAH DITAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DALAM NEGERI SEHINGGA BULAN OKTOBER 1970.

Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”

P/S – Lim Kit Siang boleh menipu orang ramai, akan tetapi beliau tidak boleh menipu sejarah. Tuduhan jahat yang dibuat ke atas Utusan Malaysia dan DS Najib sebenarnya berpatah balik dan terkena pula pada batang hidungnya.

Thursday, January 06, 2011

KENAPA DAP KEJAM?




Salam semua...

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas isu tindakan biadap kerajaan DAP Pulau Pinang ke atas pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar baru-baru ini.

Penulis amat hairan  kenapa kerajaan DAP  Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng terlalu emosional sehingga sanggup membangkitkan isu perkauman di kalangan rakyatnya?

Adalah amat mendukacitakan kita kerana ianya tidak langsung menunjukkan sikap 1 Malaysia yang cuba diterapkan oleh kerajaan persekutuan.

Penulis rasa marah dengan sikap pemimpin mereka yang tidak habis-habis lagi memainkan sentimen perkauman mereka. Terasa benar suasana yang agak berlainan jika dibandingkan dengan suasana semasa pemerintahan BN dulu.

Ternyata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang terdahulu  lebih bijak mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan masalah rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum. Kini hidup orang-orang selain kaum Cina di Pulau Pinang seolah-olah berada di Singapura dan di Hong Kong. Mereka sekarang ini hidup dalam ketakutan kerana boleh digertak pada bila-bila masa. Kejadian terbaru adalah bukti sikap hipokrit kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mana perginya saudara Anuar Ibrahim yang katanya ingin mengubah nasib rakyat negeri Pulau Pinang? Apa yang penulis nampak, sejak Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, suasana hidup rakyatnya makin lama makin tertekan. Kesamarataan rakyatnya dalam memajukan ekonomi mereka telah diganggu-gugat dan dimonopolikan hanya oleh kaum-kaum tertentu yang mendapat sokongan 100 peratus daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, sebelum apa-apa tindakan yang sesuai diambil ke atas mereka, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu dengan segera meminta maaf kepada kaum India Muslim Pulau Pinang kerana telah mengeluarkan kata-kata cemuhan ala rasis baru-baru ini.

Penulis paparkan di sini petikan yang penulis ambil daripada Utusan Malaysia Online bertarikh 06/01/2011 untuk tatapan dan penilaian pembaca. Klik di sini.

PULAU PINANG 5 Jan. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memandang serius tindakan ala samseng, kasar, biadab serta membangkitkan isu perkauman yang didakwa dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar serta pekerjanya semasa operasi penyitaan di premis itu, Ahad lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, tindakan Setiausaha DAP negeri itu jelas telah mengguris hati kaum India Muslim kerana ia secara tidak langsung mampu menggugat perpaduan antara kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama.

Kata beliau, soal hak, kedudukan agama dan budaya sesuatu kaum di negara ini sememangnya telah termaktub dalam Perlembagaan dan ia perlu dihormati semua pihak dan tidak wajar dipertikaikan.
"Kami sangat kecewa dengan tindakannya itu. Sepatutnya sebagai seorang manusia dan wakil rakyat, dia kena berlembut dan jangan bangkitkan isu sensitif seperti itu. Ia sudah keterlaluan.

"Justeru, Kimma dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Prisma) serta pengusaha kedai sedang berbincang untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya dan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai pengajaran kepada mereka," kata Faruk ketika dihubungi di sini hari ini.

Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.
Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan.
Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang lain ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.
Wei Aik juga didakwa telah mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pengusaha restoran berkenaan, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42.

Bagaimanapun, Faruk berkata, pihaknya memberi peluang Wei Aik dan kerajaan DAP Pulau Pinang meminta maaf terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.
"Kalau mereka enggan, kita tidak teragak-agak untuk mogok dan menyaman mereka. Segala bukti yang diperlukan seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian semuanya ada dalam simpanan kami.

"Dengan bukti yang ada, dia (Wei Aik) tidak boleh lagi berbohong dan menafikan tindakan yang telah dilakukannya," kata Faruk.

Sementara itu, Syed Kassali berkata, sejak insiden kekecohan itu, perniagaannya semakin merosot apabila ramai pelanggan enggan datang ke situ lagi kerana takut.

"Mungkin mereka masih trauma dengan apa yang terjadi. Saya tidak sangka jadi kambing hitam dalam perkara ini. Saya tolong orang yang kemalangan, tapi ini balasan yang saya dapat.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana yang paling penting, kami hanya mahu cari makan," katanya.


Tuesday, January 04, 2011

Kerajaan DAP Bertindak Samseng Ke Atas Peniaga Nasi Kandar Di Pulau Pinang

                                                                Gambar Hiasan


Salam semua…

Penulis ingin berkongsi maklumat dengan pembaca semua tentang kekejaman berterusan kerajaan DAP  Pulau Pinang kali ini terhadap kaum India Muslim Pulau Pinang pula.  Khabarnya mereka dengan angkuh dan tanpa rasa peri kemanusiaan telah mengasari peniaga serta menyita gerai peniaga nasi kandar kepunyaan Syed Kassali Mohamad Aliyar di Gat Lebuh MacCalum. Sila baca petikan di bawah yang penulis ambil daripada Berita Harian Online bertarikh 04/01/2011. Klik di sini.
 
GEORGETOWN: Peniaga nasi kandar, Syed Kassali Mohamad Aliyar, hari ini membuat laporan polis mendakwa Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik, mengasarinya dan menyita peralatan di gerainya tanpa sebarang notis malam tadi.

Pemilik gerai "Nasi Kandar Mohamad Aliyar" di Gat Lebuh MacCalum itu membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani di sini.

Bercakap kepada pemberita, Syed Kassali mendakwa tindakan Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar dan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menyita peralatan di gerainya pada 11 malam tadi itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Beliau mendakwa beberapa pekerjanya turut dihamburkan dengan kata-kata berunsur perkauman.

Sementara itu, Ng, pada satu sidang media, berkata gerai nasi kandar itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak Mei tahun lalu dan pernah diberikan notis sebanyak empat kali.

Beliau menafikan dakwaan Syed Kassali bahawa kakitangan MPPP telah menyita peralatan dalam gerai itu dan menurutnya hanya barang-barang yang diletakkan di kaki lima dan di atas jalan raya berhampiran gerai nasi kandar itu disita.

"Tindakan yang diambil itu adalah untuk kepentingan orang ramai, malah jalan raya juga perlu bebas daripada sebarang halangan yang menyukarkan semua pihak," katanya dan menurutnya tindakan itu diambil mengikut ketetapan Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan. – BERNAMA

P/S - Penulis tak sabar tunggu reaksi macho YB Senator Dato’ Musa Sheikh Fadzir tentang isu ini.

Monday, January 03, 2011

LIM GUAN ENG NAK 'TUNE ' KEPALA RAKYAT NEGERI PULAU PINANG?

                                            Sebenarnya Kepala Hang Dah Kena Tuned!                                       


Salam semua..


Penulis terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini di Tasek Gelugor Pulau Pinang sepertimana yang telah disiarkan oleh harakah daily bertarikh 02/01/2011. Klik di sini.

TASEK GELUGOR, 2 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama 'nasi goreng basi' kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat.

Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri.

Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai.

"Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu," ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi.

Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.

Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.
Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar.

"Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ulasan penulis.

Penulis hairan kenapa Lim Guan Eng (LGE)  hendak marah pula? Memang betulpun pertanyaan UMNO tentang pengesahan penerimaan wang haram judi kuda oleh kerajaan DAP Pulau Pinang belum lagi terjawab. Apa yang basinya, ‘fresh’ lagi ma? Wang tersebut khabarnya telahpun dipulangkan oleh UMNO kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, akan tetapi mungkin kerana mereka tersangat malu kepada orang ramai, sehingga sekarang tiada pengesahaan penerimaan secara resmi dikeluarkan oleh mereka.

Mana satu betul, nasi goreng UMNO ke ataupun nasi goreng ala DAP yang sebenarnya basi?
Patutlah mereka arif sangat pasal basi-basi ni, tengok saja cakap-cakap mereka selalunya berputar-putar dan terlebih goreng, patutlah jadi basi cepat. Contohnya lihat saja kenyataan LGE di bawah;

“Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat.”

Sepatutnya tujuan mana-mana kerajaan dalam mengadakan berbagai program yang paling penting sekali mereka perlu berkerja keras untuk menjana ekonomi ataupun pendapatan rakyat terlebih dahulu! Ini tidak, mereka pandai  pusing ayat jadi program propaganda bagi menjana perubahan pemikiran rakyat terlebih dahulu, lepas tu baru nak fikir tentang ekonomi rakyat. Kemudian tu nak  gula-gula orang Pulau Pinang pulak kononnya nak bagi  kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini.

Sebenarnya dah lama dah.  Dah nak masuk tahun ke 3 pun tapi, habuk pun tarakkk….Cakap saja lebih. Itulah cara LGE perintah negeri Pulau Pinang kalau orang negeri lain nak tahu.

Sememangnya kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah LGE ni kuat penipu. Depa belanja duit rakyat pi sana pi sini (Australia dan China) bawa YB-YB  PAS dan PKR sekali  katanya nak cari pelabur baru.  Sebenarnya bukanlah mereka ikhlas sangat nak tolong memakmurkan rakyat. Tup-tup dah terlajak kata, tersembur dan  terkeluar cerita mereka cuma berkerja untuk ‘tune’ kepala rakyat Pulau Pinang sahaja! Patutlah  Salleh Man dan Mansor sayang sangat dekat LGE, rupa-rupanya kepala depa dah kena ‘tuned’.  Jahat sungguh kamu LGE nih!