Wednesday, March 09, 2011

DATUK MD. ALWI CHE AHMAD: NIK AZIZ PUN TURUT MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN NEGERI KETIKA PAS KELANTAN MENGHADAPI PILIHAN RAYA KECIL (2 X 5 = 5 X 2).


Salam semua…
Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bahawa UMNO menggunakan jentera kerajaan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau diibaratkan sebagai ‘tepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pemimpin Pas itu perlu cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.
Ini kerana kata beliau, Nik Abdul Aziz turut menggunakan jentera kerajaan negeri ketika Pas Kelantan menghadapi pilihan raya kecil.
Tegas beliau, Nik Abdul Aziz sepatutnya belajar menerima kekalahan kerana ia adalah adat pertandingan, bukannya mengeluarkan tuduhan-tuduhan liar seperti itu.
“Tanya dia, dia guna kereta rasmi tak, dia guna penerangan negeri tak, dia guna Exco-Exco dia tak masa pilihan raya kecil (DUN Manek Urai dan DUN Galas).
“Dia kena tanya diri sendiri dulu sebelum mengata orang. Kerajaan mempertahankan diri. Kita kenalah guna apa sahaja yang kita ada sama seperti dia, cuma kalau salah dan melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada untuk bertindak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- Utusan
P/S – Oh begitukah ceritanya..Haji Hadi pun perlu tahu tentang hal ini. Memang PAS cakap tak serupa bikin. Lain kali kalau nak tuduh orang, kenalah ‘check’ kita dulu. Memang betul seperti kata Datuk Md. Alwi Che Ahmad, ‘tepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’. PAS…PAS….ubahlah cara berhujah…nampak sangat kebodohan mereka….
Perangai buruk ini, bukanlah amalan Nabi.....


3 comments:

Anonymous said...

hehehe 2x5 jugak rupanya

Anonymous said...

ORANG GILA AKAN CAKAP GUNA BAHASA GILA LA

ULAMA TAK KAN CAKAP MACAM DIA - DIA BUKAN ULAMAK PUN MAMAT SEKOR NI

Anonymous said...

SALAM.....
SAYA NI SEORANG RAKYAT KELANTAN..
DULU NIK AZIZ NI GELARAN DIE ORG PANGGIL 'USTAZ' JE SEBENARNYE...
TAPI SKRG X TAU LA KENAPA NAIK PANGKAT JD 'TUAN GURU'...
HMMM....TINGGI KEMUNGKINANNYE DIA SENDIRI YG BAGI GELARAN 'TUAN GURU' TU PADA DIRI SENDIRI, SBB SETAU SAYA X ADA PON PENGIKTIRAFAN SEDEMIKIAN DI BERI KAT DIE NI..