Salam semua…
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap mahukan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, memberi penjelasan berhubung kenyataan yang konon dikeluarkannya mengenai ‘undi PAS masuk syurga.’
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, setakat ini Harussani masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap suratnya yang memintanya memberi penjelasan berhubung penulisannya dalam sebuah akhbar arus perdana mengenai kenyataan sedemikian. “Setakat ini dia tak jawab lagi surat itu, jadi saya akan tanya balik (kepada Harussani) kenapa tak jawab, dia kata tak akan beri penjelasan sebab katanya kalau beri (jawapan pun) Nik Aziz tidak berubah. “Ini bukan soal berubah atau tidak berubah, masalahnya saya nak tahu dia ambil mana (kenyataan kononnya Nik Aziz mengeluarkan undi PAS masuk syurga)... jangan sebab dengar dari satu kampung, lepas itu dia pun cakap begitu,” katanya selepas kuliah Jumaat di sini, semalam.
Sebelum ini, sebuah akhbar bahasa Melayu melaporkan Nik Aziz menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani berhubung kenyataan yang konon dikeluarkannya mengenai ‘undi PAS masuk syurga’ seperti disiar akhbar berkenaan pada 6 Mac lalu.
Nik Aziz dalam suratnya memohon supaya Harussani memberi penjelasan berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar arus perdana yang menyatakan dirinya ada mengeluarkan kenyataan ‘undi PAS masuk syurga.’
Berikutan itu, Harussani dalam reaksinya dilapor sebagai berkata, beliau tidak perlu memberi sebarang penjelasan kepada Mursyidul Am PAS berkenaan.- Berita Harian
Ulasan Penulis:
Kalaulah Nik Aziz mahukan penjelasan tentang maksud mengenai ‘undi PAS masuk syurga ‘, beliau bolehlah rujuk kembali kenyataan-kenyataan beliau sendiri tentang isu ini dan juga rumusan terbaik yang penulis ambil daripada seorang penulis yang bernama Aman Bin Daud (orang Kelantan) satu ketika dahulu tentang kenyataan songsang daripada Nik Aziz.
Lihat beberapa kenyataan yang mengelirukan daripada Nik Aziz tentang isu ini:
1. “Menentang kepimpinan PAS, adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
2. ‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Islam ini tidak boleh bawa ke syurga,– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
3.“Islam di bawah UMNO tidak tidak boleh ke syurga.– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Golongan yang pertama menyakini Pas adalah sebuah gerakan Islam kesinambungan daripada perjuangan Rasulullah s.a.w. Golongan ini menyakini menjadi ahli Pas adalah fardu ain dan menjadi jalan ke syurga. Golongan ini berpegang dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: bahawa ummatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang ke syurga. Golongan pertama di dalam Pas ini meyakini bahawa satu golongan itu adalah mereka yang menyertai Pas.
Golongan ini meyakini masuk Pas adalah tiket ke syurga, tidak sempurna iman sekiranya tidak menyertai Pas bahkan berdosa dan tidak diakui umat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya tidak menyertai Pas. Barangsiapa yang menyisihkan diri daripada jamaah Islam Pas maka ia akan terjeremus ke dalam neraka. Inilah fahaman golongan pertama ini.
Golongan ini terdiri daripada ulama Pondok, pelajar pondok, lepasan universiti yang tidak memahami realiti semasa dan tidak memahami hakikat politik negara. Golongan ini juga terdiri daripada muallaf Pas yang baru berjinak-jinak dengan usrah dan ceramah pemipin Pas. Golongan inilah yang sanggup mengkafirkan golongan yang lain selain daripada ahli Pas, Mereka inilah yang akan melenting sekiranya pemimpin Pas ditegur seperti ditegur oleh Sheikh Kickdefilla. Bagi golongan ini, pemimpin Pas dikira manusia suci dan hampir-hampir bertaraf maksum dan tidak boleh dikritik.
Golongan inilah yang terpengaruh dengan dakwaan Pas mahu menubuhkan negara Islam walaupun Nik Aziz membuat pengakuan kepada DAP tidak akan buat Negara Islam, mahu melaksanakan hukum hudud, perjuangan UMNO adalah sekular dan perjuangan kebangsaan Ashabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah. Walaupun pada zahirnya golongan sebegini tidak lagi membuat dakwaan secara terbuka bahawa UMNO adalah kafir tetapi pada hakikatnya mereka ini masih percaya bahawa menyertai UMNO boleh membawa kekufuran.
Golongan ini juga boleh jadi terdiri daripada ulama, pendakwah yang kononnya pendakwah bebas tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak terdedah kepada hakikat sebenar apa yang ada di dalam Pas. Mereka tertipu dengan menyangka pemimpin Pas adalah benar-benar berakhlak dengan akhlak Islam dan ikhlas melaksanakan ajaran Islam.
Inilah sebenarnya golongan yang rugi di dalam Pas. Mereka mendapat dosa percuma(dosa kering) kerana mengkafirkan orang UMNO bahkan kerugian kerana tidak mendapat apa-apa habuan dunia seperti mana pemimpin Pas lain yang mendapat nikmat berumah besar, berkereta besar hasil jualan balak menerusi kroni dan komisyen dalam projek-projek yang dilaksanakan juga melalui derma-derma jihad yang diselewengkan kerana tidak pernah diaudit. Bahkan pemimpin Pas dapat menambah bini yang muda-muda, selepas dihisap madunya lalu dicerai begitu sahaja tanpa memberi nafqah dan sebagainya dan digantikan pula dengan bini baru.
Sebahagian daripada golongan muallaf Pas ini telah meninggalkan Pas apabila mereka mendapat hidayah dan berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin utama Pas tidak sama dengan apa yang disyarahkan. Golongan pertama ini bertaraf tukang karut atau tukang sabung ayam sahaja di dalam Pas. Mencari sesuap nasi dengan mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum bersandarkan laporan di dalam kitab suci mereka iaitu Harakah.
Golongan kedua pula ialah meraka yang mencari makan di dalam Pas. Pas adalah satu komoditi dan industri bagi mereka. Pas adalah flatform untuk mencari rezeki. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada ulama yang menggunakan ilmu untuk mencari sesuap nasi. Begitu juga dengan golongan profesional yang mahu menjadi tempat tumpuan lantaran ilmu yang ada. Golongan ini juga terdiri daripada golongan peniaga yang mencari makan dengan Pas dan kerajaan Pas. Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku selain merebut peluang untuk menambahkan harta.
Golongan kedua ini berselindung di sebalik kewarakan golongan pertama. Mereka memperalatkan ulama yang bodoh politik tetapi hanya bijak berfatwa. Golongan ini menyalurkan maklumat yang salah kepada golongan pertama sehingga golongan pertama berani memfatwakan sesuatu isu di kedai-kedai kopi. Inilah golongan bertaraf tok dalang wayang kulit. Golongan ini menjadi perancang dan pengurus bagi golongan pertama yang akan menjadi pelaksana.
Golongan ketiga ialah mereka yang merasa sudah banyak melakukan dosa dan bagi mereka menyertai Pas adalah satu cara menyucikan dosa. Ada salah seorang bekas pegawai kanan kerajaan apabila ditanya kenapa menyertai Pas selepas bersara mereka menjawab “mahu buat bekal mati”. Golongan yang sesat seperti ini merasakan dosa mereka terampun apabila bersama orang yang bergelar tuan guru. Mereka merasa akan terampun segala dosa jika menderma kepada parti Pas, konon-kononnya derma Jihad. Golongan desperate kerana dosa ini tersalah langkah. Kecetekan ilmu agama membuatkan mereka menjadi alat golongan kedua dalam menyalurkan dana untuk diagihkan kepada golongan kedua dan sedikit kepada golongan pertama yang bertindak sebagai tukang karut.
Golongan yang keempat pula adalah golongan yang mendapat kepuasan sekiranya dapat memaki hamun dan mencari kesalahan orang lain. Golongan ini adalah kaki kritik UMNO yang merasakan apa sahaja yang dibuat oleh UMNO tidak betul dan menyalahi ajaran agama. Golongan ini boleh kembung perut atau kena demam kura sekiranya tidak boleh mamaki UMNO di dalam ceramah-ceramah mereka. Sebagai contoh; apa sahaja yang dilakukakan oleh kerajaan pimpinan Umno seperti Felda, Islam Hadhari, Putrajaya dan sebagainya dianggap membazir tetapi terbukti pada akhirnya membawa rahmat kepada masyarakat
Golongan kelima pula ialah golongan yang memang bodoh, tidak mahu berfikir, tidak boleh berfikir hanya apa yang ada pada mereka ialah fahaman masuk Pas ertinya masuk syurga.
2 comments:
Nik aziz tu dah nyanyuk serta hilang ingatan elok pi hantar hospital tau rumah orang tua jer,mana dia nak ingat apa dia cakap sebelum ni serta memang dah jadi tradisi PAS dah keluar kenyataan lepas tu nafi...mufti Perak tak perlu la layan kerenah orang tua ni nanti mufti pun jadi tak keruan lak...biar nik aziz menyalak ala DAP jer.Tak pun penulis kasi jer kenyataan penulis kepada nik aziz tengok dia nafi tau apa nak diperkatakan
knp masih lagi si tua ni dibiarkan bercakap & berleter... dahh nanyuk teruk tu....
Post a Comment