Sunday, March 20, 2011

TERKINI, PLURALISME: JAKIM SIASAT KETUA PEMBANGKANG, DS ANUAR -TAMPARAN HEBAT BUAT PAS…


Salam semua…
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini menjalankan siasatan terhadap dakwaan isu pluralisme yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, siasatan termasuk meneliti terperinci teks ucapan yang pernah dibuat Anwar sebelum ini.
"Perkara ini perlu kita siasat secara terperinci sebelum membuat apa-apa tindakan seperti yang disyorkan oleh pihak tertentu, kita (Jakim) akan meneliti teks-teks ucapan beliau (Anwar) sebelum ini.
"Kita akan siasat dan lihat adakah keyakinan beliau terhadap pluralisme ini boleh membawa kepada kesesatan atau sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia di Sungai Limau di sini hari ini.
Ia sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Bebas kawasan Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin baru-baru ini yang menggesa Jakim menyiasat salah satu siri ucapan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac tahun lepas.
Zulkifli mendakwa, ucapan Anwar bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World itu mempunyai kecenderungan kepada fahaman tersebut.
Dalam pada itu, Jamil Khir menambah, Jakim memandang serius isu fahaman pluralisme dan giat melakukan usaha pencegahan agar tidak menyesatkan umat Islam.
"Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan bahawa fahaman pluralisme atau liberalisme ini salah daripada sudut pandangan Islam dan merupakan kefahaman yang terkeluar daripada Islam.
"Bahkah ini menyentuh soal akidah umat Islam kalau keyakinan terhadap pluralisme ini boleh membawa kepada kesesatan dalam kalangan yang berpegang kepada fahaman ini ia perlu dicegah," katanya lagi.-Utusan


1 comment:

nazir said...

Kalau JAKIM benar2 serious fatwa2 sesat PAs juga hari di siasat dan perlu didakwa.Kini rakyat Malaysia ramai terpengaruh dgn tajaan syurga oleh PAS dan kita semua tau ini amat bertentangan dgn ajaran ISlam. Kenapa ngo ISlam, JAKIM dan majlis fatwa mendiam diri.