Sunday, March 20, 2011

GEMPAR, ZAID IBRAHIM : “KARPAL BUAT UGUTAN TERHADAP SAYA. SAYA BUAT KENYATAAN MINGGU LEPAS BAHAWA ANWAR SEPATUTNYA MENYERAHKAN SAMPEL ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA)..”


Salam semua…
Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) tidak pernah memberi sokongan terhadap isu liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun ketika beliau masih berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Malah tegasnya, ketika bersama UMNO dan menjadi Menteri Kabinet pada 1998, beliau mengetahui bahawa semua bukti yang ada pada pihak polis berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap Anwar pada tahun itu adalah benar dan tidak ada sebarang konspirasi yang berlaku seperti didakwa oleh pemimpin berkenaan.
Sehubungan itu katanya, segala komen yang pernah dikeluarkannya berhubung Anwar ketika masih di dalam PKR hanya mengenai beberapa kelemahan pihak pendakwaan pada tahun 1998 dan hukuman yang dikenakan, bukannya sokongan terhadap pemimpin itu.
"Masa saya dalam PKR setahun lebih memang saya ada buat komen dalam kes 1998 kerana ada aspek yang tidak memuaskan, misalnya laporan perubatan pengadu ketika itu tidak dikemukakan.
"Saya juga ada memberi ucapan di Ampang, Kuala Lumpur, kalau tidak silap bahawa hukuman penjara Anwar terlalu berat mengenai salah guna kuasa, tetapi tidak sekali pun saya pernah kata Anwar ini dikonspirasikan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Terdahulu, kira-kira pukul 9.30 pagi ini, Zaid yang diiringi oleh beberapa penyokongnya hadir ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Jelas beliau, laporan itu dibuat untuk menggesa polis menyiasat Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya.
"Tiga hari dulu Karpal buat ugutan terhadap saya. Saya buat kenyataan minggu lepas bahawa Anwar sepatutnya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yang menolongnya kalau tidak buat kerja itu.
"Lanjutan cadangan itu, Karpal kata saya lakukan kesalahan besar, cuba mempengaruhi mahkamah. Dia ugut saya, dia kata jangan main-main dalam air yang bergolak kerana akibatnya parah," jelas Zaid.- Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Celaka punya Zaid. Dah tahu yang Anwar tipu pasal liwat 1 dengan mengatakan tuduhan tersebut adalah berkonspirasi....mahu juagak dia masuk PKR.

Kemunafikkan enkau telah tuhan dedahkan!

Anonymous said...

Zaid memang berdendam dengan Anwar disebabkan temberang Anwar lah dia keluar dari UMNO.Zaid nak tengok kehebatan Karpal membela Anwar itulah sebab Zaid membuat repot supaya Karpal naik angin dan hilang fokus .Apabila Anwar didapati bersalah nanti ,Zaid lah orang pertama yang akan melompat gembira sambil berkata dalam hati "puas hati aku"