Salam semua…
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu memujuk timbalannya, Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin supaya membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.
Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, perkara itu perlu dilakukan sekiranya Wan Azizah dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail masih mempunyai maruah.
Katanya, Wan Azizah tidak perlu berpura-pura kerana apa yang diketahui beliau adalah sama dengan apa yang diketahui oleh peguam Anwar, Karpal Singh.
''Kita tahu betapa pedihnya hati Wan Azizah untuk mengunjungi dan memujuk Shamsidar, tetapi demi politik beliau perlu berbuat demikian.
''Inilah angkara apabila nafsu politik mengatasi maruah dan prinsip," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Awar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.
Menurut Anuar, Wan Azizah dan Saifuddin juga perlu memberi penjelasan mengapa Azmin dan Shamsidar masih mendesak supaya Anwar tidak menyerahkan DNA kepada mahkamah.
Tindakan Azmin dan Shamsidar itu kata beliau, seolah-olah cuba menyembunyikan rahsia besar antara mereka dan Anwar.
''Kita juga tertanya-tanya berapa tahunkah usia rahsia besar ini," ujarnya.-Utusan
3 comments:
Salam.Kita dapat melihat adanya penipuan untuk tidak membenarkan DNA di kaji.Bagaimana kita ingin memberikan tanggungjawab kepada pemimpin tersebut untuk memerintah negara ini?
tindakan azmin dan samsidar supaya anwar tidak menyerahkan dna kepada mahkamah, menguatkanlagi keyakinan saya tentang kebenaran kata-kata umi hafilda mengenai hubungan sulit anwar dan samsidar. AZMIN DAYUS!
Apa susah sangat fasal DNA. Anwar dah bagi pada china doll tu pergi korek dalam mankok dia
Post a Comment