Salam semua…
Seperti yang diduga, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anuar mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.
“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.
“Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas,” katanya.
Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.
Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.
Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.
Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.
Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.
“Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.
“Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain,” katanya.
Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir “berkecai.”
“Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.
“Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.
“Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya,” katanya.
Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.
“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik,” katanya.
Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.
“Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.
Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.
“Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?
“Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab,” katanya-The Malaysian Insider.
Ulasan dan komen daripada pembaca Salam Semua tentang isu terbaru ini (Klik di sini. ):
1.Anak sufi said...
Anak sufi pun terfikir jugak perkara ni. kalau kita layan perkara ni, akhirnya akan nampak kita yang salah sedangkan nuar cuba lari dari masalah menyerahkan dna nya. kita kena hati-hati....March 21, 2011 9:28 PM
2.Anonymous said...
Benar apa yang tuan tulis... ini mungkin tipu muslihat terakhir anwar!
ini adalah persediaan anwar jika beliau disabit bersalah dlm kes liwat dan dipenjara kelak. maka dgn mencipta dan mniggalkan satu isu y boleh mnyebabkn rakyat akan mmberontak apabila didapati lelaki dlm klip itu bukan dia...masa itu rakyat tidak akn berfikir lg atau menerima yg klip itu adalah rekaan beliau sendiri atau agennya krn emosi kmarahan telah mngusai rkyt!
sememangnya anwar sangat2 licik dan sanggup bermain cara yg paling busuk sekali smata nk jd pm. stlh kjaan dgulingkn, mk mudahla bgnya melepaskn diri dari penjara...begitulah liciknya...oleh itu mmg kena berhati2. media pro kjaan kena agresif menyebarkan yg semua ini mungkin tipu daya dan permainan anwar semata-mata!!!!!!!-wau, March 21, 2011 9:40 PM
3.Melayu Pasir Gudang said...
Saya setuju sangat dengan pandangan tuan....inilah satu taktik mengaburi mata rakyat sarawak yang akan menghadapi PRU...mereka akan gunakan isu ini untuk memburukkan kerajaan BN yang kononnya menjadi dalang....tiada siapa pun menuduh Anwar pelakunya...kalau dia rasa di fitnah buat lah laporn polis, bukan buat sidang akhbar....March 21, 2011 9:55 PM
4.Anonymous said...
Masa kes saiful dulu bila dituduh mengapa lari ke Kedutaan Turki..kerana ianya adalah betul-betul belaku..tetapi yang ini tgk belum, tuduh belum, apa-apa pun belum tapi sudah buat PC dengan menafikan dengan penuh berkeyakinan, kalau lah kita terikut-ikut rentak simalaun ni dengan membuat tuduhan yang ianya terbabit sedangkan belum menonton video itu kita akan terperangkap dengan dakwaan memfitnah sekiranya dia bukan dalam video itu ataupun superimpose. Tambahn pulak tuduhan tersebut datang dari musuh-musuh politik simalaun ini. jangan terpedaya dengan tipu muslihat ini. -March 21, 2011 10:13 PM
1 comment:
Betul tu bro.Mereka buat isu dan suruh orang lain selesaikan.Mereka cucu tangan !
Post a Comment