Salam semua…
Tidak seperti kenyataan di dalam twitter di atas, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih terus menafikan khabar angin yang mengatakan beliau ada meminta untuk menonton video seks yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali.
“Saya tiada keinginan untuk menonton video itu. Saya menafikan bersungguh-sungguh. Saya tidak mahu menonton video ini.
“Saya tahu ia adalah palsu, jadi kenapa harus saya?” kata Presiden PKR itu kepada wartawan hari ini.
Dr Wan Azizah juga menafikan ada menghantar “wakil” atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta mahu menonton video itu.
Semalam Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengaku ahli perniagaan Datuk Shazry Eskay Abdullah, Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan dirinya adalah individu yang digelar “Datuk T” yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Anwar.
Bekas menteri besar Melaka itu juga mengakui beliau dan Shazryl adalah individu di belakang video itu.
Semalam beliau memberitahu wartawan bersama Shazryl bahawa mereka bertiga berbuat demikian kerana mahu menunjukkan bahawa “pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak”.
Abdul Rahim dan Shazryl juga menafika video itu telah diubah.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pengakuan Eskay dengan sendirinya mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah ahli perniagaan itu sendiri.
Beliau merujuk kepada kenyataan dibuat semalam Shazryl, salah seorang daripada tiga “Datuk T” herhubung pembabitan mereka dalam skandal seks video yang memfitnah Anwar.
“Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.
“Pengakuan Datuk Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan berasingan.
Nik Nazmi menambah adalah jelas bahawa itu pembohongan kerana Eskay sendiri mengaku bahawa beliau adalah lelaki terbabit, yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut.
“Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal,” kata beliau lagi.
Sehubungan Nik Nazmi berkata pihaknya mahu Perdana Menteri sendiri memberi maklum balas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengannya di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen.
“PKR telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.
“Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas,” katanya.
Kata beliau, keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.
“Demi membersihkan namanya dan Umno, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini,” katanya lagi-The Malaysian Insider
P/S – Kesian dekat DS Wan Azizah. Cukup-cukuplah bang Anuar. Baliklah kepangkal jalan….
No comments:
Post a Comment