Tuesday, March 08, 2011

MENTERI BESAR YANG TAK PERNAL ‘COOL’, ERA SEBELUM DAN SELEPAS PRU12….MARAH BIARLAH BERTEMPAT.


Salam semua…
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini cuba mengelak untuk menjawab soalan mengenai sejauh mana pelaksanaan manifesto pilihan raya Pas Kedah selepas tiga tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Sebaliknya beliau mendakwa media massa hanya mahu menyiarkan berita negatif berbanding positif berkaitan kerajaan Pas Kedah.
"Manifesto orang perintah lain dah, dia orang buat banyak dah. Tanya manifesto apa lagi," soalnya selepas melawat kumpulan kedua pelajar Kedah seramai 216 orang yang akan berlepas ke Mesir di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita mengenai pelaksanaan manifesto pilihan raya umum Pas Kedah 2008 memandangkan esok adalah genap tiga tahun parti itu memerintah Kedah.
Ditanya berapa peratus daripada keseluruhan manifesto berkenaan yang belum dilaksana, beliau berkata:
"Tanya yang laksana dulu, tanya yang tak laksana pasal apa? Ini yang saya tak berapa seronok itu. Nak tanya hak (yang) negatif, lepas itu hak (yang) negatif baru siar. Hak (yang) positif tak mahu siar, mana boleh macam itu."
Terdahulu, Azizan berkata, beliau gembira dan bangga kerana dapat mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri selama tiga tahun selepas Pilihan
Raya Umum 2008 meskipun sebelum ini ada yang beranggapan hanya mampu bertahan tiga bulan.-Utusan

No comments: