Tuesday, March 08, 2011

ORANG MELAYU ISLAM MENOLAK KERJASAMA PAS DAN DAP: BENARKAH DAP LIABILITI KEPADA PAS?


Salam semua…
Pas digesa mengkaji semula 'hubungan istimewanya' bersama DAP berikutan sokongan orang Melayu terhadap parti itu semakin merosot.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin  berkata, ia diterjemahkan menerusi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang jelas menampakkan undi orang Melayu tidak memihak kepada Pas.
Menurut beliau, kekuatan Pas terletak kepada label perjuangan Islam tetapi ia sudah lari gara-gara bersekongkol dengan DAP.
''Pas kena kaji balik posisinya dalam pembangkang. Perjuangannya terhadap Islam sudah lari. Sebab itu kita tengok peratus pengundian Melayu terhadap Pas sudah jatuh.
''Pada saya, ini tidak berapa bagus. Pas perlu jadi alternatif kepada perjuangan orang Melayu dan Islam. Tetapi, pengamatan daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Merlimau, Tenang dan Galas, nampaknya orang Melayu sudah lari dari Pas.
''Semuanya kerana DAP (kerjasama). Ia cukup merugikan Pas dan menguntungkan DAP. Lebih baiklah Pas kaji balik perkara ini," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Majlis Parlimen Ke-12 2011 di sini hari ini.
Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.
Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38.
Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, Pas seharusnya menjadi sebuah parti yang bergerak secara sendiri kerana perjuangannya berbeza jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.
''Malah, Pas sepatutnya berdiri di atas kakinya sendiri. Senario politik dunia sekarang ini, orang nak kepimpinan begitu. Tetapi kalau pilihan dia (Pas) begitu, nampaknya ia memakan diri. Ia cukup merugikan," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau semalam memang sudah dapat dijangka.
Namun, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, apa yang menarik adalah BN dapat menambah undi yang lebih banyak berbanding sebelum ini.
''Pas sudah alami kemerosotan akibat permainan politiknya dengan DAP yang mengakibatkan orang Melayu semakin tidak senang hati terhadap mereka. Ini sudah tentu atas sikap tolak ansur Pas terhadap DAP yang bertentangan dengan perjuangan Pas sebagai parti Islam.
''Selain itu, penentangan orang Melayu terhadap Pas adalah kerana pengaruh Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dilihat mempergunakan Pas untuk kepentingan politiknya," tegasnya- Utusan


2 comments:

Anonymous said...

Saya berpendapat kepimpinan dan ahli-ahliPAS telah membuat pilihan bijak untuk bekerjasama dengan DAPig dan PKR. Malahan ketiga-tiga parti itu menang bergaya dalam PRU 12. Biarkan mereka meneruskan kerjasama itu. Lagi lama lagi bagus kerana secara tidak langsung rakyat boleh, telah dan akan menilai kerjasama itu. Buat apa kita nak menyebok. Kita bukan penyokong dan bukan Ahli PAS atau DAPig atau PKR. Biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan ! biarkan!

Anonymous said...

sesetengah orang seronok bila melabel orang lain sebagai babi/pig atau anjing dan sebagainya... teruskanlah dengan 'labu-labu' kamu sebab perangai macam itulah membuatkan mereka sendiri tidak jauh bezanya dengan benda yang mereka hina dan perlekehkan... tahniah!!