Saturday, March 05, 2011

BERITA EKSKLUSIF DARI TURKI : ZAHID DAKWA ANWAR BOHONGI TURKI TENTANG KES LIWATNYA….


Salam semua…
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membohongi kepimpinan tertinggi Turki berhubung kes liwat yang membabitkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Kata Ahmad Zahid, Anwar yang merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu kepimpinan kerajaan Turki bahawa kes liwat melibatkan Mohd Saiful adalah kes lama iaitu tahun 1998 yang dibuka semula kertas siasatan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Baru-baru ini saya ada ke Turki dan berjumpa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, dulu ada tokoh pembangkang Anwar Ibrahim kata Turki adalah negara yang memberikan sokongan moral kepada beliau dan pernah terbang ke Turki untuk dapatkan bantuan politik atau sokongan politik, duduk di rumah Kedutaan Turki.
“Saya lakukan siasatan, rupa-rupanya Anwar Ibrahim ini rapat dengan Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu, menteri luar ini bekas pensyarah di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) ketika Anwar Ibrahim jadi presiden UIA,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Pentas Rakyat sempena kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Merlimau Pasir di sini malam tadi.
Kira-kira 150 orang menghadiri ceramah itu yang turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, dalam pertemuan itu beliau diberitahu Ahmet bahawa Anwar meminta supaya diberikan perlindungan daripada ditangkap.
“Menteri Luar ini beritahu Perdana Menteri Turki untuk beri perlindungan kepada Anwar Ibrahim, tapi Allah s.w.t maha adil . . . pada majlis makan malam saya kebetulan duduk di sebelah Menteri Luar ini.
“Saya tanya beliau, adakah Anwar Ibrahim ini kawan beliau? Beliau kata betul, saya tanya selalu Anwar Ibrahim hubungi beliau? Dulu selalu, sekarang dah tak ada. Bila kali terakhir Anwar Ibrahim hubungi beliau? Beliau jawab setahun setengah lalu.
“Tapi Anwar Ibrahim beritahu kita tiap-tiap bulan beliau ada jumpa, malah Anwar Ibrahim jelaskan kepada masyarakat Turki bahawa kes di mahkamah sekarang adalah kes sama yang dihidupkan . . . dibuka fail oleh Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Tambah Naib Presiden Umno itu, pihaknya termasuk menjelaskan perkara sebenar kepada kerajaan Turki mengenai situasi yang berlaku.
“Bila perwakilan Malaysia terangkan, ini kes baru... bukan kes lama dan Datuk Seri Najib Razak tak ada niat untuk menganiayai Anwar Ibrahim.
“Ini kes yang beliau buat sendiri, yang melapor adalah Saiful bukan Saiful yang diarahkan . . . dia jadi imam Anwar Ibrahim jadi makmum,” katanya.
Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008-The Malaysian Insider
P/S - Melakukan kesalahan dan berbohong selalunya tidak boleh dipisahkan. Bahaya pemimpin jenis ini.

3 comments:

nazir said...

Jijah dan Ejjah kenapa tak jumpa saiful sendiri untuk dapatkan citer sebenar... Anak Bini apa mcm ni... jumpa lah dapat kepastian.. jgn dgr 1 pihak ja.. kalau betul apak kau difitnah... aku pasti akan turun padang... ni apak kau terang terangan putar belit dan kau lak dari kaca mata rakyat mcm sorok sesuatu lakk....

Anonymous said...

Sudahlah Zaid dulu kamu yg menjadi anjing Anwar menyalak nepotisme,kronisme utk menjatuh Dr M.
Semua org tahu kau kaya kerana Anwar.
Aku tahu ramai org Melayu tak suka kpd kamu jadi tak usahlah nak sandiwara.
Drp muka kau org dah tahu yg kau memang tak bersih dan seorang yg bersifat saperti lalang.
Mudah2an org Melayu dilindungi Allah SWT dpd manusia saperti kamu dan Anwar.

Anonymous said...

anon2pm
zahid dah tobat yo...
al jub tak tobat pun...