Thursday, January 06, 2011

KENAPA DAP KEJAM?




Salam semua...

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas isu tindakan biadap kerajaan DAP Pulau Pinang ke atas pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar baru-baru ini.

Penulis amat hairan  kenapa kerajaan DAP  Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng terlalu emosional sehingga sanggup membangkitkan isu perkauman di kalangan rakyatnya?

Adalah amat mendukacitakan kita kerana ianya tidak langsung menunjukkan sikap 1 Malaysia yang cuba diterapkan oleh kerajaan persekutuan.

Penulis rasa marah dengan sikap pemimpin mereka yang tidak habis-habis lagi memainkan sentimen perkauman mereka. Terasa benar suasana yang agak berlainan jika dibandingkan dengan suasana semasa pemerintahan BN dulu.

Ternyata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang terdahulu  lebih bijak mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan masalah rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum. Kini hidup orang-orang selain kaum Cina di Pulau Pinang seolah-olah berada di Singapura dan di Hong Kong. Mereka sekarang ini hidup dalam ketakutan kerana boleh digertak pada bila-bila masa. Kejadian terbaru adalah bukti sikap hipokrit kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mana perginya saudara Anuar Ibrahim yang katanya ingin mengubah nasib rakyat negeri Pulau Pinang? Apa yang penulis nampak, sejak Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, suasana hidup rakyatnya makin lama makin tertekan. Kesamarataan rakyatnya dalam memajukan ekonomi mereka telah diganggu-gugat dan dimonopolikan hanya oleh kaum-kaum tertentu yang mendapat sokongan 100 peratus daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, sebelum apa-apa tindakan yang sesuai diambil ke atas mereka, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu dengan segera meminta maaf kepada kaum India Muslim Pulau Pinang kerana telah mengeluarkan kata-kata cemuhan ala rasis baru-baru ini.

Penulis paparkan di sini petikan yang penulis ambil daripada Utusan Malaysia Online bertarikh 06/01/2011 untuk tatapan dan penilaian pembaca. Klik di sini.

PULAU PINANG 5 Jan. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) memandang serius tindakan ala samseng, kasar, biadab serta membangkitkan isu perkauman yang didakwa dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar serta pekerjanya semasa operasi penyitaan di premis itu, Ahad lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, tindakan Setiausaha DAP negeri itu jelas telah mengguris hati kaum India Muslim kerana ia secara tidak langsung mampu menggugat perpaduan antara kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama.

Kata beliau, soal hak, kedudukan agama dan budaya sesuatu kaum di negara ini sememangnya telah termaktub dalam Perlembagaan dan ia perlu dihormati semua pihak dan tidak wajar dipertikaikan.
"Kami sangat kecewa dengan tindakannya itu. Sepatutnya sebagai seorang manusia dan wakil rakyat, dia kena berlembut dan jangan bangkitkan isu sensitif seperti itu. Ia sudah keterlaluan.

"Justeru, Kimma dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Prisma) serta pengusaha kedai sedang berbincang untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya dan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai pengajaran kepada mereka," kata Faruk ketika dihubungi di sini hari ini.

Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.
Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.

Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan.
Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.

Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang lain ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.
Wei Aik juga didakwa telah mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pengusaha restoran berkenaan, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42.

Bagaimanapun, Faruk berkata, pihaknya memberi peluang Wei Aik dan kerajaan DAP Pulau Pinang meminta maaf terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.
"Kalau mereka enggan, kita tidak teragak-agak untuk mogok dan menyaman mereka. Segala bukti yang diperlukan seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian semuanya ada dalam simpanan kami.

"Dengan bukti yang ada, dia (Wei Aik) tidak boleh lagi berbohong dan menafikan tindakan yang telah dilakukannya," kata Faruk.

Sementara itu, Syed Kassali berkata, sejak insiden kekecohan itu, perniagaannya semakin merosot apabila ramai pelanggan enggan datang ke situ lagi kerana takut.

"Mungkin mereka masih trauma dengan apa yang terjadi. Saya tidak sangka jadi kambing hitam dalam perkara ini. Saya tolong orang yang kemalangan, tapi ini balasan yang saya dapat.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana yang paling penting, kami hanya mahu cari makan," katanya.


No comments: