Penulis rasa terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang kata-kata penuh semangat Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bahawa sudah tiba masanya rakyat negeri ini dijelaskan dengan terperinci tentang usaha yang dilakukan BN sehingga menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang maju.
Penulis paparkan di bawah ini petikan yang penulis ambil dari Utusan Online bertarikh 9/1/2011. Klik di sini.
GEORGETOWN, 9 Jan. - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menjelaskan kepada rakyat negeri ini mengenai kejayaan dan pembangunan yang dilakukan perikatan itu sebelum ini, setelah berdiam diri selama kira-kira tiga tahun terhadap kritikan pakatan pembangkang.
Pengerusi BN negeri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, telah tiba masanya rakyat negeri ini dijelaskan dengan terperinci tentang usaha yang dilakukan BN sehingga menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang maju.
"Saya tunggu dan bagi peluang kepada mereka (pakatan pembangkang) selama tiga tahun. Selepas Mac ini kita akan lebih aktif dan agresif dalam meyakinkan rakyat Pulau Pinang tentang apa yang telah BN lakukan untuk mereka (sebelum ini),” kata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu kepada pemberita selepas merasmikan Khemah Kerja Pemuda/ Wanita BN Pulau Pinang di sini, hari ini. - Bernama
Ulasan penulis berikutnya:
Memang patutpun beliau berkata begitu. Penulis rasa selama ini hanya blogger-blogger nyamuk seperti penulis dan rakan-rakan seperjuangan yang lain acapkali menekankan perkara ini bila membuat perbandingan betapa teruknya cara pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang ini dengan pimpinan BN yang terdahulu. Klik di sini.
Langkah yang baik daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon itu perlu disegerakan agar kerajaan DAP tidak berterusan menipu seluruh rakyat negeri Pulau Pinang. Gerak kerja dalam bentuk ceramah atau ‘roadshow’ yang lebih aggresif perlu digerakkan oleh pemimpin-pemimpin Gerakan kerana mereka lebih dekat dan berpengalaman dalam memahami kehendak dan aspirasi rakyat negeri Pulau Pinang.
Pengalaman mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat berbilang kaum dengan lebih diplomasi dan bijaksana lebih-lebih lagi di tempat sendiri akan memberikan kelebihan kepada mereka. Sikap defensif serta berterusan bersedih di atas kekalahan lalu perlu dibuang jauh-jauh kerana ianya akan merugikan keseluruhan jentera politik BN di Pulau Pinang.
Penulis perlu tekankan di sini bahawa penyebab utama kenapa beberapa kekecohan yang berlaku di dalam kerajaan DAP Pulau Pinang sejak kebelakangan ini adalah kerana pemimpin tertinggi mereka, Lim Kit Siang tidak mengenali secara dekat rakyat negerinya sendiri.
Kalaulah hendak dibezakan dengan negeri-negeri lain, sekitar Pulau Pinang itu sendiri, bukanlah besar sangat. Beliau adalah orang luar, maka tidak hairanlah kenapa beliau dan kuncu-kuncunya berani bertindak mengasari peniaga serta menyita gerai peniaga nasi kandar kepunyaan Syed Kassali Mohamad Aliyar di Gat Lebuh MacCalum baru-baru ini.
Penulis rasa kalaulah Ketua Menteri itu adalah rakyat jati negeri Pulau Pinang, nescaya perkara semalang tadi tidak sama-sekali akan terjadi. Malang sungguh rakyat negeri Pulau Pinang!.
Oleh yang demikian di ruangan yang terhad ini, penulis menyeru kepada pemimpin-pemimpin negeri terutamanya dari parti Gerakan supaya mengambil peluang yang terbaik ini bagi memulih balik keadaan serta dapat menyakinkan rakyat negeri Pulau Pinang bahawa hanya pemerintahan di bawah BN saja yang boleh mengharmonikan rakyat negerinya.
P/S – Mesej berapi untuk Lim Guan Eng – Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang hanya layak untuk anak negeri Pulau Pinang!
No comments:
Post a Comment