Sunday, January 23, 2011

NIK AZIZ – KUMAN DI SEBERANG BANJARAN DEKAT DUN TENANG NAMPAK, GAJAH BESAR DI DUN CEMPAKA TAK NAMPAK….



Salam semua…

Penulis berasa dukacita bila membaca berita tentang   demonstrasi secara aman yang disertai oleh  50 orang wakil penduduk di lima buah kampung di sini, hari ini mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan mereka. Kata mereka masalah kerosakan jalan ini telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

Ikuti berita selanjutnya yang penulis ambil daripada Utusan Online bertarikh 22/01/2011 (Klik  di sini. ).

KOTA BHARU, 22 Jan. - Penduduk di lima buah kampung di sini, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak. – Bernama

P/S – Penulis hairan kenapalah seorang ADUN juga merangkap sebagai Menteri Besar Kelantan telah gagal menyelesaikan masalah rakyatnya. Masalah yang ditimbulkan bukanlah  besar sangat. Cuma minta jalan rosak diturap balik dan dibaiki apa yang patut. Katanya sudah berlanjutan hampir 7 tahun tapi, masih belum lagi mendapat tindakan yang sewajarnya daripada Nik Aziz sendiri.

Penulis tak mahu komen panjang-panjang sangat pasal kes jalan rosak ini, cuma apa yang penulis harap supaya rintihan dan keluh kesah penduduk tadi mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya. Buat apalah Nik Aziz bertungkus-lumus pergi berceramah dan berkempen nun jauh di tempat orang bagi meraih undi  kemenangan untuk parti PAS. Padahal rakyat sendiri yang sebelum ini bersusah-payah mengundi dan memastikan kemenangan NiK Aziz di dalam PRU 13 dulu seolah-olah sengaja diabaikan permintaan mereka.  

Kasihanilah dan tolonglah mereka secepat mungkin….

2 comments:

Anonymous said...

Supreme Komander PARTI AMANAH SEYTAN Niki Ajis teramat sebok asyik selalu mendoakan oren2 UMNO pecah perut sehinggakan lupa jaga kawasan dia sendiri yg naik kan dia jadi power. . Silap hari Allah kenakan Pok Niki bala ke dia sendiri pecah perut..... dia aniaya pengundi di DUN Cempaka tapi pura pura tak nampak atau tertidur syok dok dlm mersides...keluar masuk kawasan dia ...mungkin nanti minta UMNO yg turap...lepas turap maki UMNO...itulah kejo dia...

zul_neem said...

assalamualaikum

alhamdulliah,selamat semuanya yang membuat demostrasi diKelantan itu.Sebab tak diperambat dan disimbah air pedih mata.Kalau dibuat dinegeri menteri besar nya UMNO(Bn) nahas korang,ada yang kena tangkap,ada yang pedih mata.Jangankan permintaan tak dilayan,ditohmah pulak melawan kerajaan dan menyokong pembangkang.takpa,takpa kita tunggu kebolehan tuan guru nik aziz untuk menyelesaikan,harap-harap sabar ye.Kata nabi sabar itu separuh dari iman.