Salam semua…
Penulis ingin beritahu semua orang tentang putar belit Harakah Daily dan kenyataan daripada Nik Aziz kerana dengan sengaja mengubah maksud kata-kata sebenar Tan Sri Isa Samad yang dibuat olehnya pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina di Tenang.
Lihat sini kenyataan sebenar Tan Sri Isa Samad sepertimana yang dilapurkan oleh beberapa laman blog pro pembangkang sendiri. Penulis ingin menunjukkan perbezaan makna dengan meletakkan HURUF BESAR pada perkataan-perkataan tertentu untuk penilaian pembaca.
Sebenarnya Tan Sri Isa Samad berkata begini:
"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. MACAM MANA (PENGERUSI DAP) KARPAL SINGH DAN (PEMIMPIN VETERANNYA) LIM KIT SIANG BOLEH FAHAM ISLAM DENGAN HANYA BERKAWAN DENGAN PAS UNTUK DUA ATAU TIGA TAHUN? SEMUA INI PENIPUAN,”
Tengok pula putar belit Nik Aziz dan Harakah Daily seperti yang disiarkan pada 20/01/2011 ( Klik di sini. ).
KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP SUDAH BOLEH MENERIMA ISLAM SEJAK BERKAWAN DENGAN PAS.
Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya PENERIMAAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP KONSEP ISLAM TELAH BERLAKU DAN MEMBUKTIKAN PAS TELAH BERJAYA MEMBAWA KEBENARAN AGAMA ITU PADA GOLONGAN TERSEBUT.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.
Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.
Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.
Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.
“Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.
Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.
“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.
Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada
Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada
mereka.“Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya.
P/S – Perkataan FAHAM dan MENERIMA Islam adalah dua makna yang berbeza. Nik Aziz cuba mengaburi semua orang dengan kata-katanya yang seolah-olah ahli-ahli DAP serta orang-orang bukan Muslim MENERIMA Islam adalah kerana usaha daripada parti PAS.
Penulis nak tanya satu soalan saja pada Nik Aziz. Penulis minta beliau jawab secara ikhlas kalaulah pemimpin DAP MENERIMA Islam, kenapa exco DAP Selangor, YB Ronnie Liu boleh berkata umat Islam dibenarkan bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras. Malah larangan bekerja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya sebelum itu telah diarahkan ditarik balik katanya.
Kes Ronnie Liu ni, beliau bukan setakat tak mau FAHAM Islam, malah nak kata MENERIMA Islam seperti yang Nik Aizi kata tu jauh sekali…
Inilah yang dimaksudkan oleh Tan Sri Isa Samad macam mana Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin DAP seperti Ronnie Liu boleh FAHAM tentang Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Memang betullah kata Tan Sri Isa Samad bahawa ini semua ini adalah penipuan daripada Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain.
Siapa yang betul, cakap-cakap Nik Aziz ke atau Tan Sri Isa Samad ke yang betul?...jawab jangan tak jawab!!!
1 comment:
Daripada gambar yang disertakan,kita lihatlah betapa kurang ajarnya Karpal Singh.
Nik Aziz hulur tangan kanan, karpal singh sambut dengan tangan kirinya...
Itu pun PAS masih berbangga dengan KARPAL SINGH .....
Memang kena kuda betul2 !
Post a Comment