Salam semua...
Penulis rasa ada yang tak kena dengan pengisytiharan tergesa-gesa kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang DUN dalam tempoh enam bulan (walaupun dinafikan oleh beliau).
Penulis kata tergesa-gesa sebab tarikh persidangan DUN yang semakin hampir telahpun ditetapkan pada 24/01/2011. Mengikut perlembagaan dan undang-undang, kuasa mengisytihar samada sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa mutlak SPR. Jadi, tindakan Speaker DUN Selangor yang terburu-buru itu, seolah-olah beliau lebih kuah dari sudu yang terang-terang membelakangkan keputusan daripada SPR?
Speaker DUN Selangor tak faham prosuder ke?..atau sengaja buat-buat tak faham? Sebenarnya, bukanlah mudah untuk tendang keluar seseorang ahli DUN yang dapat mandat undi daripada orang ramai? Besar sangat ke kuasa Speaker DUN Selangor? Atau dia sendiri yang gelojoh tak tentu hala (kata orang Pulau Pinang)?
Inilah satu contoh budaya buruk pakatan rakyat yang tidak demokratik! Kuasa undi rakyat senang-senang mereka nak tolak begitu saja. Pasal tamakkan kuasa di DUN, kata-kata keramat keadilan rakyat yang selalu dilaungkan oleh mereka dah bertukar menjadi Parti Penipu Rakyat!
Seperti fakta yang dihuraikan oleh YB Zulkifli Noordin, kuasa Speaker hanyalah memaklumkan kepada SPR mengenai dakwaan ketidakhadiran seseorang ADUN (dan keputusan Dewan selepas berbahas tetapi tiada dalam kes YB Badrul ini). Dan menjadi tanggungjawab SPR untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut. Jika benar, maka SPR akan mengisytiharkan sesuatu kerusi itu kosong dan mengadakan Pilihanraya Kecil. Jika tidak, SPR akan menolak makluman Speaker tersebut.
Masalahnya sekarang tindakan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim seolah-olah berniat buruk serta berkomplot dengan kerajaan pakatan rakyat Selangor.
Orang ramai melihat tindakan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim semacam tindakan ala mafia yang telah dirancang supaya mumudahkan langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Tetapi bagaimana mereka nak pinda? Bukankah mereka tidak boleh mendapat undi 2/3 DUN?
Persoalan ini dijawab dengan baik oleh YB Zulkifli Noordin di dalam laman blognya bertarikh 20/01/2011 dan di antara yang menarik beliau berkata;
“Apabila berdepan dengan realiti lakunan dan sandiwara mereka untuk mengadakan sidang khas itu akan terbongkar kerana sidang akan dijalankan dan rakyat akan tahu mereka akan tewas tanpa majoriti 2/3, maka akal pootar-pooSingh mereka berputar-putar untuk mencari majoriti 2/3 tersebut.
Jumlah ADUN keseluruhannya dalam DUN Selangor ialah 56 orang. Dengan ADUN sebanyak 35 orang, berbanding BN 20 orang dan Bebas seorang, Pakatan pembangkang memerlukan 2 lagi ADUN untuk mendapat majoriti 2/3 yang diperlukan, atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang. Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan dari ADUN BN. Maka strateginya ialah mengurangkan kerusi lawan.
Sebab itu teman tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Kelang menjadi mangsa pemecatan. Ini bermakna majoriti 2/3 yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi itu. Samada mereka beli mana-mana ADUN BN, atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan.
Berdasarkan itu, teman menjangka mereka akan buat kekecohan pada hari persidangan. Mungkin semasa wakil BN berucap dan berbahas mereka akan ganggu, ataupun mereka akan buat kecoh terhadap Khir Toyo yang sedang menghadapi pertuduhan Mahkamah supaya digantung dan macam-macam temberang lagi. Pokok pangkalnya, teman tidak akan hairan jika manipulasi dibuat sebegitu rupa supaya ADUN BN yang hadir pada hari itu akan dipecat, digantung atau diperintah keluar Dewan. Dengan cara itu, jumlah mereka akan jauh mengatasi ADUN BN dan mereka akan dapat 2/3 itu. Itulah bacaan teman dengan konspirasi iblis yang sedang dilaksanakan.” Paparan sepenuhnya klik di sini.

P/S- Teruknya pakatan rakyat ni. Tak malukah mereka pada Sultan dan orang ramai? Mereka ingat undang-undang boleh diperkotak-katikkan oleh mereka dengan sesuka hati. Penulis tunggu reaksi SPR dan Istana Selangor dalam isu ini selanjutnya….
1 comment:
salam..speaker dun mana ada pengalaman..dia ni x baca perlembagaan..hati perut kotor dan busuk..melalak x tentu pasal..dan cuba nak mengatasi SPR..mana boleh...
Post a Comment