Tuesday, January 11, 2011

KERAJAAN DAP P, PINANG AMAL DASAR MIRIP APARTHEID?


Salam semua…

Penulis sampai hari ini masih lagi tidak faham kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng bertindak berat sebelah dalam melayan peniaga-peniaga Cina dengan kaum-kaum yang lain di Pulau Pinang. Mereka dengan sengaja dan tidak ada perasaan malu menjalankan pemerintahan mirip dasar  Apartheid yang satu ketika dulu pernah diamalkan di negara di Afrika Selatan.

Oleh kerana amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan semua kerajaan di dunia termasuklah Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Yang hairannya, amalan yang buruk itu jugalah cuba disuburkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang. Dan yang terbaru, kejadian tindakan kejam yang tidak berperikemanusiaan oleh pemimpin mereka,  Ng Wei Aik  ke atas pengusaha nasi kandar India Muslim adalah salah satu contoh yang nyata bahawa tindakan mereka adalah serupa dengan amalan dasar Apartheid.

Apa yang menghairankan penulis kenapa tindakan yang sama tidak dikenakan ke atas peniaga-peniaga kaum Cina yang beroperasi tidak mengikut peraturan.

Ikuti paparan menarik yang penulis ambil dari Utusan Online bertarikh 11/01/2011 (atau klik di sini.   ).

PULAU PINANG 10 Jan. - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik mengetuai operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar di Gat Lebuh Maccalum di sini disifatkan 'pilih bulu'.

Ini kerana, wakil rakyat DAP itu tidak mengambil tindakan serupa terhadap banyak lagi premis makanan di negeri ini khususnya di Georgetown yang turut meletakkan kerusi meja di kaki lima jalan.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, lebih dikesalkan, ada juga di kalangan pemilik restoran meletakkannya di atas jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas tetapi tiada tindakan diambil.

Menurutnya, orang ramai dapat melihat sendiri premis-premis makanan di Georgetown yang banyak beroperasi tidak mengikut peraturan secara berleluasa, seolah-olah tidak diganggu langsung oleh pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
"Rakyat mungkin tertanya-tanya kenapa tindakan sama tidak dikenakan terhadap pengusaha kedai makan lain di sekitar Georgetown.

"Kalau peniaga-peniaga sebegini mengganggu lalu lintas dan pengguna kenderaan, ambil tindakan sama tanpa mengira latar belakang kaum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Nor Suhaili menambah, beliau tidak pasti sama ada pemilik restoran berkenaan ada menerima notis amaran daripada MPPP sebelum ini.

"Kalau MPPP sudah keluarkan notis, maka kita akur dengan tindakan tersebut.
"Namun, jika ia tidak dikeluarkan, ia amat bertentangan dengan konsep 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat yang diuar-uarkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini.

"Seakan-akan tidak nampak keadilan sosial diperjuangkan oleh mereka dan ini menafikan hak pemilik restoran untuk menikmati kehidupan aman selaras dengan konsep tersebut," katanya.

P/S – Penulis nak tunggu siapa dikalangan rakyat negeri Pulau Pinang berani bertindak seperti Nelson Mandela.

Calon-calonnya adalah….Dato' M@$@


(Sisipan malam)

No comments: