Thursday, February 02, 2012

“APA YANG BELIAU (ANWAR) CAMPUR TANGAN DALAM PERKARA INI, MENGAPA SAYA YANG PERLU BERUNDING?- KATA DS AZIZAN. MENARIK, BACA SETERUSNYA…




Salam semua®…

Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menegaskan “mahu mempertahankan Kedah dan menentang Umno-Barisan Nasional (BN) bukan parti perikatan itu.”

Beliau juga menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan juga turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

“Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN.

“Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Selain mendapat kecaman dari kumpulan mahasiswa, Azizan turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari pula mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” katanya.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita Pakatan Rakyat, bukan BN...fokus kita untk tumbangkan Umno-BN.
“Saya nak pertahankan kerajaan negeri Kedah, saya mahu kalahkan Umno-BN...sebab itu saya tidak campur tangan urusan KUIN, biar KUIN selesaikan,” katanya.-The Malaysian Insider

Komen penulis.
Bagi merungkaikan kekecohan yang berlaku di KUIN, penulis ingin memetik kembali ulasan penulis  dalam entri yang lepas-lepas di antara lainnya penulis berpendapat bahawa selalunya dalam satu-satu isu yang sama diperdebatkan, perbezaan pendapat adalah lumrah. Objektifnya tidak lain tidak bukan, semata-mata untuk mendapatkan jawapan yang terbaik bagi satu-satu isu kerana ianya akan dinilai supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan bukanlah untuk menyalahkan si polan atau si polan.
Kita ambil contoh dalam isu cadangan pemansuhan AUKU atau lain-lain akta yang berkaitan,  perdebatan di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik atau ahli-ahli akademik yang terdiri daripada pelbagai bidang tentunya akan menjanjikan penyelesaian terbaik untuk kebaikan semua pelajar.

Cadangan pindaan ataupun pemansuhan AUKU dan lain-lain akta yang berkaitan, dibuat bukanlah untuk memberi faedah kepada satu-satu pihak sahaja, akan tetapi ianya nanti mestilah mengambil kira manfaat dan kekuatan kepada kedua-kedua belah pihak di antara pelajar-pelajar dan pihak pengurusan universiti itu sendiri.

Semua orang tahu bahawa hubungan  di antara pihak pengurusan universiti dan pelajar-pelajar secara lumrahnya adalah saling berkaitan kerana mereka sama-sama mempunyai peranan masing-masing. Maknanya pihak pengurusan universiti tidak boleh berterusan membuli pelajar-pelajar mereka dengan mengenakan hukuman-hukuman yang tidak setimpal dan pelajar-pelajar pula perlu mematuhi peraturan dan menghormati tugas pihak pengurusan universiti.

Zaman pelajar universiti yang mudah dibentuk seperti robot dan tidak peka kepada permasalahan semasa tidak sesuai lagi zaman  siber ini.

Suasana sekarang sudah banyak berbeza. Pelajar sekarang tidak seperti pelajar-pelajar 20 tahun dahulu yang hanya terdedah kepada menghafal nota-nota pelajaran dan terhad kepada semua aktiviti dalam kampus.

Pelajar-pelajar sekarang ini lebih terdedah kepada pelbagai maklumat dan pengetahuan melangkaui pemikiran pelajar-pelajar zaman dahulu. Zaman siber yang penuh mencabar ini menuntut kepada perubahan gaya pemikiran dan tindakan pelajar-pelajar daripada pasif kepada yang lebih kritis dan inovatif.

Mana mungkin kita boleh berterusan menyekat semua ini. Bertepatan seperti kata DS Najib, zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah tidak sesuai lagi. Maknanya pelajar-pelajar yang berpengetahuan tinggi dan mempunyai idea yang kritis adalah perlu bersama-sama dengan kerajaan bagi membangunkan negara.

Jesteru itu, penulis berpendapat kita tidak perlu berterusan memandang rendah serta menyekat aktivis pelajar universiti dalam menyatakan pandangan dan bantahan mereka secara lebih bijaksana dan di dalam suasana yang lebih matang sesuai dengan status mereka sebagai pelajar universiti  yang berani bersuara bagi menyatakan pandangan mereka.

Pendekatan memberi ruang untuk mereka bersuara dan berusaha mendekati (mendidik) pelajar-pelajar ini adalah lebih baik daripada berterusan memusuhi dan ada yang sampai menghukum mereka seperti yang berlaku di KUIN dan UPSI.

Sebagai ahli akademik dan pemimpin kepada parti PR, mereka nampaknya gagal menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua orang, lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar universiti tentang perlunya seseorang atau pemimpin itu berbincang dan berdebat secara bijaksana dan  di medium yang sesuai.
Pelajar-pelajar kita sebenarnya sedang memerhati semua ini, jadi, jangan salahkan mereka jika tindakan dan perlakuan kasar kita yang suka mencela dengan kata-kata mengaibkan semata-mata ingin mempertahankan pendapat, menjadi ikutan pula kepada pelajar-pelajar kita.

Soal politik adalah soal kedua. Kalaulah semua pemimpin politik bersikap sebegini maka, masa depan pelajar-pelajar Malaysia tidak akan menjanjikan yang terbaik untuk mereka.

Bersederhanalah. Pilihlah cara kerajaan BN kerana itulah petunjuk yang sebaiknya.


1 comment:

Anonymous said...

Org yang macam Ustaz Azizan lah yg sepatutnya jadi Mursyidul Am PAS. Ini duk main anguk2 . Apa yang Anwarkan semuanya نعم يا سيدي saja.