Wednesday, February 01, 2012

ISU KUIN: DS AZIZAN LEBIH PINTAR DARIPADA PAKAR PERLEMBAGAAN LAIN DALAM PAKATAN RAKYAT. BUKU JINGGA TIDAK MEMBANTU PELAJAR?.

 
Salam semua®…

Walaupun terdapat tekanan daripada sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berhubung kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, namun ia tidak menggugat kedudukan Menteri Besar Kedah itu.

Sebaliknya, Azizan yang kini berhadapan dengan isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menegaskan, kedudukan beliau semakin kukuh dengan sokongan daripada ahli-ahli Pas di peringkat pusat dan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kedah tersebut yang baru-baru ini menjalani rawatan kerana masalah jantung berkata, isu berkenaan tidak akan menggugat kepimpinan beliau.

‘‘Saya bersedia memberi penjelasan terperinci mengenai isu itu pada mesyuarat politik bulanan Pas jika diminta berbuat demikian.

“Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semalam bahawa Pas Pusat akan memanggil Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah untuk memberi penjelasan berhubung tindakan KUIN menggantung lima pelajarnya mengikut AUKU 1971, April lalu.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata, Pas Pusat perlu mendengar penjelasan tersebut sebelum mengambil sebarang keputusan kerana apa yang dilaporkan oleh media berbeza dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana tindakan terhadap pelajar itu bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.

Isu KUIN dikatakan menjadi ‘senjata baru’ kepada kelompok tertentu yang cuba menjatuhkan Azizan daripada kerusi Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Azizan juga dikatakan tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana dilihat melakukan beberapa tindakan yang dianggap akan merugikan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, ketika mengulas isu penggantungan mahasiswa berkenaan, Azizan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin pakatan pembangkang apabila menyatakan Buku Jingga yang mengandungi manifesto pakatan tersebut bukanlah al-Quran yang perlu dipatuhi sepanjang masa.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, beliau tidak ada masalah untuk memberi penjelasan kepada kepimpinan parti berhubung isu KUIN itu.

Beliau menjelaskan, tindakan tatatertib terhadap pelajar KUIN itu tidak diambil mengikut AUKU 1971 tetapi berdasarkan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996.

Menurut Azizan, apa yang dinyatakan oleh Buku Jingga berhubung AUKU ialah memberi kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik dan berpersatuan tetapi pelajar berkenaan digantung pengajian kerana mengganggu pentadbiran KUIN dan menjejaskan imej pusat pengajian itu.

Oleh itu, beliau meminta pihak luar yang tidak memahami isu sebenar tidak mencampuri isu dalaman KUIN bagi mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, reputasi Azizan tidak terjejas walaupun terdapat usaha dari dalam atau luar Pas yang cuba menjadikan isu KUIN itu untuk melemahkan kewibawaan menteri besar itu.

“Sokongan terhadap Datuk Seri Azizan dari hari ke hari bertambah kuat kerana kejayaan beliau dari pelbagai sudut termasuk pembangunan KUIN sendiri menyebabkan ada pihak yang cemburu, tetapi ini perkara biasa dalam politik,” katanya.

Sebagai contoh, jelasnya, isu hiburan di bulan Ramadan baru-baru ini juga berjaya ditangani selepas Azizan memberi penjelasan walaupun sebelum itu ada pihak tertentu cuba mencari kelemahan beliau.-Utusan

P/S - DS Azizan bukanlah calang-calang orang. Walaupun diasak bertubi-tubi oleh Aziz Bari dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap DS Azizan kerana alasan mereka tindakan terhadap pelajar-pelajar bercanggah dengan kandungan Buku Jingga, namun beliau tidak goyah.

Sebaliknya, beliau dilihat lebih tenang dan pintar dalam memberi hujahan bila diterjah oleh pakar perundangan, Aziz Bari.

Dengan sinis DS Azizan berkata, “Siapa yang betul, saya atau depa (mereka), sekarang depa merasa malu sebab dah tersilap”.

Hanya orang yang arif dalam perundangan sahaja boleh berhujah dengan baik.

Fahamlah kita bahawa dasar yang ada dalam Buku Jingga sebenarnya tidak menyeluruh kerana ianya hanya menyentuh tentang AUKU dan tidak kepada akta-akta lain yang bersangkutan dengan pelajar-pelajar swasta misalnya Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996.

Ternyata pakar perundangan, Aziz Bari mungkin terlepas pandang dalam hal ini. Patutlah Pengerusi DAP, Karpal Singh awal-awal lagi tampil kehadapan dan memberi sokongan untuk membantu DS Azizan dalam kes KUIN ini.

Mungkin ada perkara lain yang menarik di sebalik peristiwa ini. Hanya Karpal Singh dan DS Azizan sahaja yang tahu.

Siapakah agaknya yang gubal dasar yang menyentuh AUKU dalam Buku Jingga? Saja penulis hendak tanya?


2 comments:

Anonymous said...

Kalau hendak ikut telunjuk PKT & DAP lebih baik sahaja PAS di bibarkan dan ahli2 nya masuk PKR & DAP

Anonymous said...

Setujuuuuuu!!!!!!