Tuesday, February 15, 2011

PEMUDA PAS SOKONG SEKAT KONSERT MOHSEN – SYABAS USTAZ NASRUDIN..


Salam semua…
Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong penuh kerajaan membatalkan permit penganjuran dan menghalang kemasukan Mohsen Namjoo untuk membuat persembahan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata ini kerana Mohsen sememangnya mendapat sambutan hangat di barat, namun sebagaimana yang dilaporkan oleh media bahawa beliau adalah seorang penyanyi yang gemar menghina Islam dalam persembahannya.
Sebelum ini, negara digemparkan dengan langkah pihak tertentu yang mahu membawa penyanyi itu ke KLCC pada 18 Februari ini.
Penyanyi itu diberi jolokan sebagai "Iran Bob Dylan" oleh New York Time satu ketika dahulu.
Mohsen Namjoo merupakan seorang penyanyi kelahiran Iran dilaporkan kini beliau tidak lagi menetap di Iran.
“Apa yang menjadi persoalan ialah latar belakang artis ini mencetus kontraversi apabila beliau dikatakan telah menghina Islam menerusi lagu-lagu yang dinyanyikannya,” ujar Nasrudin kepada Harakahdaily.
Mohsen juga, katanya dilaporkan pernah dipenjara oleh kerajaan Iran atas kesalahan itu dan kemudiannya dibebaskan setelah beliau memohon maaf, namun masih mengulangi perbuatan yang sama.
Tambahnya, terakhir beliau membuat persembahan di Berlin dan masih mengekalkan sikap mengejek, menghina dan sinis terhadap agama Islam.
“Saya bimbang kehadhirannya ke negara ini dengan sifat beliau sebagai figure yang suka menghina Islam akan menyinggung dan mencetus kemarahan ummat Islam.
“Justeru itu, di masa akan datang kerajaan melalui kementerian terbabit mestilah terlebih dahulu teliti dan mengkaji latar belakang penyanyi ini sebelum memberi tempat kepada beliau untuk membuat persembahan di negara ini,” katanya.
Beliau berkata, selayaknya artis yang mempunyai rekod serta masih menghina Islam, mencetus ketegangan antara agama dan kaum, menyinggung perasaan masyarakat dengan persembahan keterlaluan seperti berunsur lucah tidak diberi laluan atau kebenaran oleh pihak berkuasa untuk tampil membuat persembahan dan membiarkan ia menjadi ikon kepada masyarakat.
“Kami percaya masih ramai artis dalam atau luar negara yang baik dan positif penampilan serta persembahannya yang boleh diundang untuk membuat persembahan,” ujarnya.
Soalnya, kenapa mesti mengundang atau membiarkan artis yang mencetus kontroversi sebegini diberi laluan.
“Apakah kerajaan terlepas pandang atau sengaja tidak memandangnya?” soalnya – Harakahdaily , 15/02/2011.
P/S – Syabas Ustaz Nasrudin..inilah yang dikatakan bangun bersama Islam…Kerajaan perlukan ilmuan agama seperti anda dalam memperbetulkan yang mana hak dan yang mana satu bathil. Semoga Allah merahmati perjuangan ikhlas anda….

2 comments:

Anonymous said...

macam ni lah real punya pembangkang. Bila sebut Islam n Melayu kita perlu bersatu...walaupun dari Kerajaan pemerintah or UMNO.

Anonymous said...

Lembu punya susu babi dapat nama. Yang membentangkan issue ini adalah Zulkifli Noordin bukan Pemuda PAS. Pemuda PAS tumpang sekaki seperti apa yang berlaku apabila pemindahan pelajar 2 dari Mesir balik ke Malaysia.
Tapi tak pe -tumpang sekaki boleh, jangan bagi peha naik atas sikit - tak boleh!