Showing posts with label Hindraf. Show all posts
Showing posts with label Hindraf. Show all posts

Tuesday, March 01, 2011

HINDRAF GAGAL PENGARUHI SENTIMEN PENGUNDI INDIA DI DUN MERLIMAU DAN KERDAU – SIAPAKAH PENAJA UTAMANYA?



Salam semua…
Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya provokasi yang dilakukan pertubuhan haram Hindraf dalam perarakan tanpa permit di ibu negara kelmarin tidak memberi kesan kepada pengundi India di Merlimau dan Kerdau.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, masyarakat India di negara ini diyakini tidak terpengaruh dengan taktik Hindraf tersebut kerana 'tahu apa sebenarnya yang berlaku'.
"MIC pula membuat pendirian yang betul dengan bersama-sama kerajaan.
"Hindraf cuma nak buat situasi seolah-olah negara macam tidak aman dan jelas mereka tidak mendapat sokongan daripada majoriti kaum India," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.
Semalam, tindakan pantas polis bertindak menahan individu yang cuba berhimpun selain penutupan jalan raya berjaya mengagalkan perhimpunan dan perarakan tanpa permit anjuran Hindraf di sekitar ibu negara.
Dalam insiden tu, seramai 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf ditahan mengikut Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dipercayai menganjurkan perhimpunan haram itu.
Bagaimanapun, 101 daripada mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.-Utusan.


                    

Sunday, February 27, 2011

AIIKK…!!!! KENAPA TIBA-TIBA EXCO SELANGOR, DR XAVIER JAYAKUMAR PULA BERSUARA SURUH BEBASKAN UTHAYA DAN LAIN SERTA MERTA?


Salam semua…
Dr Xavier Jayakumar berkata tangkapan polis itu "bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno-BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".
Pemimpin pertubuhan yang diharamkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar dipercayai ditahan mengikut Akta Polis dan Akta Pertubuhan, kata penasihat undang-undang Parti Hak Asasi (HRP) M Mahonaran.
Menurutnya, pemimpin Hindraf itu kini berada di Balai Polis Jinjang, ditahan dan disiasat mengikut seksyen 27(5) Akta Polis mengenai mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan seksyen 45 (1) Akta Pertubuhan yang berkaitan pertubuhan yang tidak berdaftar.
Manoharan yang juga seorang peguam berkata ketua penerangan HRP, S Jayathas dan sembilan lagi pemimpin negeri-negeri parti itu turut ditahan di balai polis tersebut. Turut ditahan sejumlah penyokong HRP dan Hindraf.
Manoharan yang juga ADUN Kota Alam Shah berkata sejumlah penyokong parti dan kumpulan itu kini ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti mereka itu ditahan mengikut peruntukan undang-undang mana.
"Saya tidak tahu di mengapa mereka ditahan. Kita masih belum membuat apa-apa perhimpunan... Kita hanya ingin berhimpun secara aman untuk pergi ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis mengenai novel Interlok.
Tidak ada demonstrasi
"Tidak ada demonstrasi. Kita berhimpun untuk membuat laporan polis," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pejabat HRP petang ini.
Sehubungan itu, beliau mengecam tindakan polis yang menahan pemimpin dan penyokong kumpulan itu tanpa "memberi sebab atau alasan".
Manoharan turut memberitahu Malaysiakini bahawa baju Jayathas - yang memaparkan logo HRP - telah dirampas oleh polis.
Walaupun diberi jaminan akan dibebaskan, Manoharan berkata, Jayathas memberitahunya bahawa dia tidak akan keluar sehingga bajunya sehingga dikembalikan oleh polis.
Sementara itu, exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata rakyat berbilang bangsa di negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan yang dibuat oleh polis menjelang perhimpunan di KLCC.
Dakwanya, tindakan tersebut "bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno / BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".
"Tindakan polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
Bebas tanpa syarat
"Kerajaan Umno/ BN harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel 'Interlok' dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Xavier berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membebaskan Uthayakumar dan penyokong lain “serta merta” tanpa sebarang syarat.
"Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.
"Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan," katanya.-Malaysiakini.



KURANG AJAR, SEBENARNYA KUMPULAN HINDRAF SENGAJA CARI PUBLISITI BURUKKAN MALAYSIA…


Salam semua…
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi di ibu kota hari ini, adalah semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.
Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.
“Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita guna kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar,” katanya  kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 di sini, hari.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai lebih 15 orang individu dipercayai anggota Hindraf yang ditahan polis semasa cuba melakukan demonstrasi bagi membantah novel Interlok di sekitar perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini.

Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa.

“Kalau soal masalah kaum India kita sedang ambil tindakan, banyak masalah kaum India telah kita atasi,” katanya.
Najib berkata kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.


“Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pulak,” kata beliau. — Bernama


TERKINI @ 2.45PM PERHIMPUNAN HARAM HINDRAF: 109 TERMASUK LAPAN PEMIMPIN DITAHAN..


Salam semua…
Polis mengesahkan seramai 109 orang telah ditahan ketika protes Hindraf, yang diadakan berhubung isu novel kontroversial Interlok dan “perkauman Umno”, di ibu negara hari ini.
Daripada jumlah itu lapan adalah pemimpinnya, lapan lagi wanita dan dua orang pemberita.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah memberitahu, mereka ditahan di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.
Lapan pemimpin, dipercayai dua daripada mereka dari Hindraf yang telah diharamkan, disiasat di bawah Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan.
Dua pemberita, kedua-duanya dari media alternatif, kata Zulkifli, ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis daripada menjalankan tugas mereka-The Malaysian Insider.

TERKINI : GAMBAR-GAMBAR PERHIMPUNAN HARAM HINDRAF @ 12:36:49 PM 27-02-2011





Salam semua…
SEBAHAGIAN pengikut pertubuhan haram HINDRAF berkumpul di luar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantah larangan polis daripada menganjurkan perhimpunan haram yang dinamakan Solidariti Membantah Perkauman UMNO di sekitar ibu negara, hari ini. – Sumber daripada The Malaysian Insider dan Berita Harian.












TERKINI: PEMIMPIN HINDRAF DITAHAN POLIS PAGI INI

Penyokong Hindraf mula berhimpun di pekarangan KLCC untuk mengadakan protes hari ini. Kira-kira 300 orang ditahan polis sejak pagi tadi.

Salam semua…
Polis menahan pengasas Hindraf P. Uthayakumar pagi ini menjelang perhimpunan haram yang dirancang untuk diadakan di kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Isterinya S. Indradevi mengesahkan dia ditahan di luar rumah mereka di Pantai Hillpark di sini pada pukul 7.45 pagi tadi, ketika dia hendak bertolak ke kawasan protes.
“Kira-kira tujuh anggota polis mengepung dia ketika dia hendak meninggalkan (rumah).
“Mereka membawa dia ke ibu pejabat kontinjen dekat Pudu,” kata Indradevi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pun begitu katanya, protes yang dirancang untuk diadakan akan diteruskan meskipun polis menahannya.
“Kami beri jaminan ia akan diteruskan. Ia tidak akan dibatalkan,” kata Indradevi.
Hindraf yang diharamkan dua tahun lalu mahu mengadakan protes berhubung novel kontroversial Interlok.
Polis memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang menghadiri perhimpunan hari ini.
Dalam pada itu pihak polis mengenakan sekatan jalan di beberapa tempat di Lembah Klang termasuk mengawal kawasan kompleks KLCC sejak 8 pagi tadi-The Malaysian Insider.

Saturday, February 26, 2011

KENAPA NAIB PRESIDEN MIC BARU NAK ‘SOUND’ ORANG INDIA SUPAYA JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN HINDRAF AHAD INI?...

                                                Gambar hiasan.

Salam semua..
Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perarakan yang dirancang oleh pertubuhan haram, Hindraf di ibu negara, Ahad ini.
Beliau berkata penganjuran perarakan itu tidak mendatangkan sebarang faedah.
Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, menyokong polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan itu memandangkan Hindraf adalah satu badan yang diharamkan oleh kerajaan.
"Perhimpunan seperti itu akan mengganggu ketenteraman orang ramai dan mereka harus menjadikan pelbagai protes yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab pada masa lalu sebagai pengajaran,” katanya.
Saravanan mengulas rancangan kumpulan itu mengadakan perarakan dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Polis turut memberikan amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan haram, yang permit untuk
mengadakan tidak diluluskan atas sebab keselamatan dan boleh menggugat ketenteraman awam serta menyebabkan kesesakan lalu lintas. - Bernama
P/S – Baru nak ‘sound’ ke? Hari ini hari Sabtu, esok Ahad. Kira-kira OK lah tu.. tapi kenapa lambat sangat nak bagi amaran? Ikhlas ke tak ni?

Thursday, February 24, 2011

TPM ARAH POLIS BERTEGAS DENGAN PERARAKAN HINDRAF AHAD INI.

         Mula-mula perarakan, kemudiannya bertukar menjadi rusuhan.....Gambar hiasan.


Salam semua…
Menurut Muhyiddin Yassin, Hindraf adalah satu badan yang telah diharamkkan oleh kerajaan dan kerana itu nama Hindraf tidak wajar diperjuangkan oleh mana-mana pihak.
Polis diminta mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang mendakwa sebagai Hindu Rights Action Force (Hindraf), yang merancang perarakan raksasa di ibu negara, Ahad ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya Hindraf adalah satu badan yang telah diharamkkan oleh kerajaan dan kerana itu nama Hindraf tidak wajar diperjuangkan oleh mana-mana pihak.
"Mereka (pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan itu) tahu mereka perlu mendapatkan kelulusan dan permit daripada pihak berkuasa seperti polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat peringkat kebangsaan di Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan kumpulan Hindraf, sebuah pertubuhan yang telah diharamkan kerajaan, untuk mengadakan perarakan raksasa dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi di Kuala Lumpur, Ahad ini.
Muhyiddin berkata terserahlah kepada polis mengenai bentuk tindakan yang akan diambil tetapi sebarang aktiviti seperti perhimpunan oleh kumpulan yang diharamkan perlu dikenakan tindakan tegas.
"Kalau mereka bertindak di luar batas undang-undang dan tidak ikut peraturan, seperti mengadakan perhimpunan, itu juga satu kesalahan. Sesiapa menggepalai tindakan haram ini perlu diambil tindakan tegas," katanya.
Katanya jika ada usaha-usaha untuk menghidupkan semula badan-badan yang telah diharamkan, perkara itu perlu dipandang serius.- Bernama
P/S – KDN dan Menteri - Apo kono ye jang? Tak kan nak termonung sajo?

Tuesday, February 15, 2011

DEMO INTERLOK (27/2/2011): HINDRAF BERI KATA DUA KEPADA KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR ?


Salam semua…
Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mahu bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk membincangkan rancangan mereka mengadakan perarakan pada 27 Februari nanti untuk bantahan penggunaan novel Interlok di sekolah-sekolah.
Dalam suratnya kepada Ismail hari ini, pengerusinya yang dalam pelarian P Waythamoorthy (gambar) berkata, mereka bimbang terdapat agen provokasi yang mungkin dihantar oleh Umno untuk menggangu acara itu.
Katanya, oleh kerana rancangan perarakan pada Mac ini berniat baik dan aman, polis patut melaksanakan tugas mereka memastikan tiada kejadian yang tidak baik berlaku.
"Jika kamu enggan buat apa yang patut, kami letakkan tanggungjawab untuk segala insiden buruk yang mungkin berlaku dan kamu dianggap cuai dalam menjamin keselamatan orang ramai yang tidak bersalah, yang membantah secara aman," tulisnya dalam sepucuk surat.
Acara itu, digelar Solidarity March Against Umno Racisme (Perarakan Solidariti Menentang Perkauman Umno) dijadual diadakan di KLCC di ibu negara. Tujuan utamanya bagi membantah tindakan Kementerian Pelajaran yang mengekalkan penggunaan novel kontroversi Interlok.
Pengkiritik - terutama daripada pemimpin dan aktivis kaum India - menolak teks sastera itu dengan anggapan ia sensitif dan memberikan gambaran buruk terhadap masyarakat itu. –Berita selanjutnya rujuk kepada Malaysiakini, 15/02/2011.
P/S - Buat apalah nak berdemo sampai boleh menyusahkan orang ramai dan memberi gambaran yang burok kepada pelabur-pelabur luar. Kerajaan tidak pernah menindas kaum Indiapun. Perkara sekecil inipun, kenapalah buat kecoh-kecoh? berbincang dan bermuafakatlah secara rasional.
Kerajaanpun satu, buat apalah nak bertegang leher mahu terus menggunakan novel tersebut.  Carilah penyelesaian terbaik, masih banyak lagi novel-novel rakyat yang bagus-bagus di pasaran, ambil sajalah....habis cerita....ingat,  PRU13 dah dekat. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.