Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

ISU KARUN TSUNAMI DENGAN ULTRAMAN : BERITA HARIAN MOHON MAAF


Salam semua…
ISU KARUN TSUNAMI DENGAN ULTRAMAN : BERITA HARIAN MOHON MAAF
KENYATAAN DARIPADA PENGARANG BERITA HARIAN
MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.
Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan. Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun. Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian  bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.
Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.
Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.
PENGARANG
P/S- OK lah tu. Kadang-kadang, bloggerspun buat silap juga. Janji kita berani kehadapan dan memohon maaf. Masalahnya ada yang buat silap tetapi, tidak mahu memohon maaf.


KETUA EDITOR PERLU PEKA PERKARA SENSITIF. KARTUN ULTRAMAN DENGAN TSUNAMI MEMALUKAN MALAYSIA…


Salam semua…
Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.
Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.
Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.
Satu laman petisyen online turut diwujudkan untuk membantah kartun tersebut, dan dalam beberapa jam sahaja, telah mengumpul 571 tandatangan.
Beberapa ahli politik dari kedua belah pihak turut mengecam kartun yang menurut mereka sebagai tidak sensitif.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam Twitter, menulis bahawa BH perlu memohon maaf kerana menyiarkan kartun tersebut yang menurutnya tidak sensitif langsung terhadap apa yang menimpa rakyat Jepun.- Malaysiakini


Friday, February 18, 2011

PELAJAR UM USUNG 'MAYAT' BANTAH CALON DITOLAK…



Salam semua…
Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ke pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calonnya dalam pilihan raya kampus.
Penyokong pro-Mahasiswa (pro-M) mengusung 'mayat' ketika berkumpul di hadapan bangunan pejabat timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana membantah penolakan pencalonan empat calon pro-M dalam pilihan raya kampus universiti tersebut.
Mereka 'membaringkan' empat 'mayat' tersebut di Gazebo yang terletak di hadapan bangunan pejabat TNC HEP kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Seorang daripada calon tersebut ditolak kerana tidak menghadiri sepenuhnya kursus mengenai pilihan raya kampus anjuran HEP sesi taklimat yang diadakan hari Sabtu lalu.
Manakala dua lagi kerana tidak menghadiri kursus tersebut kerana terpaksa menghadiri program wajib jabatan masing-masing.
Seorang lagi calon pro-M ditolak kerana lewat menghantar borang pencalonan atas terpaksa menghadiri urusan keluarga.
Mereka yang ditolak itu meliputi satu kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.
Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan di UM yang merangkumi sembilan kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan dua kerusi siswazah.
Dalam satu sidang media, jurucakap Pro-M Mohd Sabri Jamaluddin menjelaskan dua calon mereka tidak hadir Sabtu lalu kerana terpaksa menghadiri program lain.
"Mereka mendapat surat dari ketua jabatan untuk diserahkan kepada TNC HEP tetapi ditolak sekeras-kerasnya," kata Mohd Sabri.
Beliau juga memberitahu terdapat seorang lagi calon menghadiri dua daripada empat slot kursus tersebut dan terpaksa pulang awal kerana menghadapi masalah alahan.
Surat cuti sakit turut di majukan tetapi ditolak oleh TNC HEP.
Manakala soerang lagi, lewat menghantar borang pencalonan kerana pulang ke kampung untuk menyelesaikan masalah harta pusaka keluarganya.
Calon terbabit menghantar borang pencalonan pada hari berikutnya - Sabtu - semasa taklimat kepada calon-calon yang bertanding.
Sementara pengerusi Pro-M UM Farid Jalpah memberitahu Malaysiakini, terdapat dua calon bebas yang cenderung kepada pro-M, turut ditolak kertas pencalonan mereka.
Setakat ini, Farid tidak dapat memastikan sebab kertas pencalonan mereka ditolak.
Menurut Farid, beliau telah menemui Naib Canselor UM Prof Ghauth Jasmon untuk mendapat penjelasan mengenainya memandangkan calon-calon terbabit telah mengemukakan bukti ketidakhadiran mereka.
Katanya, pertemuan dengan Ghauth di pejabatnya selama 30 minit itu bermula jam 10.45 pagi. Naib canselor itu akan memberikan keputusan mengenai bantahan mereka itu.
Farid juga turut menemui pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr David, yang menyatakan "tidak ada masalah" untuk menerima pencalonan pro-M.
Pagi tadi, kira-kira 120 penyokong kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), termasuk calon, berarak dari padang di hadapan fakulti kejuruteraan menuju ke kompleks perdana siswa untuk penamaan calon.
Mereka akan bertanding untuk merebut 43 kerusi, termasuk dua kerusi siswazah dalam pilihan raya kampus kali ini.
Mereka bergerak kira-kira jam 8.50 pagi, sambil melaungkan 'bangkit mahaiswa', 'hidup mahasiswa' dan 'bantah e voting'.
Pelajar yang menyertai perarakan itu juga membawa dua kain rentang besar yang tertulis "university muted".
Selain UM, empat lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor. –Malaysiakini, 17/02/2011.


Tuesday, February 15, 2011

SAFEE TERBAYANG NAIK BARRACUDA LAWAN MUSUH DI INDONESIA...


Salam semua…
SEBELUM berlepas ke Jakarta, semalam Safee Sali terbayang kemungkinan berlaku insiden sama buat kali kedua iaitu menaiki kereta perisai Barracuda dan dibaling bom petrol (molotov koktel) ketika dia bersedia menyahut cabaran baru. “Sebenarnya seronok juga menaiki Barracuda,” kata penyerang berbisa skuad Harimau Malaya itu yang bakal mewakili kelab Pelita Jaya dalam Liga Super Indonesia, awal bulan depan. “Saya difahamkan situasi begitu cukup sinonim dengan bola sepak Indonesia, tetapi saya bersedia mengalaminya sekali lagi.”
Kali pertama Safee terpaksa menaiki kereta perisai berkenaan ialah semasa final Piala Suzuki AFF, Disember tahun lalu iaitu dari hotel penginapan ke Gelora Bung Karno. Tambah perit, dalam perjalanan pulang selepas aksi final, ada penyokong tempatan cuba membaling bom petrol ke arah Barracuda terbabit.
“Memang ramai yang bimbangkan keselamatan saya apabila bermain di sana, tetapi bagi saya kehadiran Barracuda membuktikan pihak pengurusan di sana cukup mengambil berat soal keselamatan pemain,” kata Safee, 27.
“Untuk permulaan, memang banyak dugaan untuk saya merealisasikan impian bermain di luar negara, tetapi saya yakin selepas satu atau dua perlawanan, semuanya akan berjalan lancar. Tanggapan negatif mengenai situasi bola sepak di sini juga mungkin akan berubah.
“Impian sebenar saya ialah bermain di Liga Australia, tetapi memandangkan belum ada peluang, saya perlu mulakan di Indonesia terlebih dulu. Mungkin jika prestasi saya memberangsangkan, ada pencari bakat dari Australia yang berminat mendapatkan khidmat saya.”- Berita harian, 15/02/2011.
 P/S - Safee Sali, selamat berjuang serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

KAKI JUDI MELAYU AMAL KHURAFAT BAWA TEBU, PISANG KE WATTHAI PRADIT THARAM – DAKWAH PAS DI MANA?


Salam semua…
Kuala Nerang - Akibat terlalu taksub dengan perkara khurafat, sekumpulan kaki ekor yang ingin cepat kaya sanggup membawa tebu dan pisang untuk menjamu dua ekor gajah hiasan yang terletak di pintu masuk Wat Siam, di Kampung Baru Padang Sanai, dekat sini. Tindakan kaki ekor berkenaan yang membawa tebu dan pisang untuk menjamu gajah hiasan di Watthai Pradit Tharam itu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat keturunan Siam di kampung berkenaan. Gajah diperbuat daripada simen setinggi kira-kira 2.5 meter itu dikatakan menjadi tumpuan kaki judi selepas mendakwa seorang kaki ekor mendapat habuan RM100,000 apabila kononnya mendapat mimpi nombor bertuah selepas mengunjungi gajah itu kira-kira lima tahun lalu.
Berikutan dakwaan itu, ramai kaki ekor berkunjung ke situ membawa tebu dan pisang untuk dihidangkan kepada gajah itu sambil berharap mendapat mimpi nombor ramalan yang dikatakan boleh mengubah nasib seseorang.
Malah, ada yang beranggapan gajah itu keramat yang mampu memberi keuntungan besar dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun perbuatan tidak bermaruah itu menimbulkan keresahan di kalangan penduduk apabila pengunjung terbabit meninggalkan pisang dan tebu sehingga menyebabkan kawasan sekitar pintu itu kotor.
Ahli Jawatankuasa wat berkenaan, Siew Kim, 50, berkata, perbuatan kaki ekor itu menyebabkan ramai yang tidak senang dengan senario berkenaan wat berkenaan adalah rumah ibadat kepada penganut buddha berketurunan Siam di kawasan itu.
"Kami sedih dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap ia segera dihentikan. Perbuatan mereka membawa tebu dan pisang berkenaan menyebabkan kawasan itu kotor dan berbau," katanya yang tinggal kira-kira 100 meter dari wat itu.
Seorang lagi penduduk, Goh Ai Eng, 70, berkata dia ada mendengar cerita mengenai dakwaan ada kaki ekor yang mendapat habuan selepas mengunjungi gajah hiasan itu.
"Saya percaya disebabkan ramai yang datang ke situ tidak mustahil ada yang bernasib baik 'menikam' nombor yang tepat, tetapi bukanlah disebabkan gajah itu keramat tetapi mungkin berlaku secara kebetulan," katanya.
Timbalan Ketua Pelatun RELA Kampung Baru Padang Sanai, Awang Had Saad, 50, berkata, lebih menyedihkan kerana orang Melayu terbabit dalam perbuatan itu.
"Kita percaya mereka bukan penduduk dari daerah ini, tetapi orang luar. Mereka bukan saja datang pada waktu siang, tetapi ada yang sanggup datang pada waktu malam atau awal pagi.
Ketua Masyarakat Siam Malaysia, Senator Bon Som Inong, berkata, beliau ada mendengar mengenai perbuatan kaki nombor ekor di wat berkenaan.
P/S – Cabaran besar untuk kerajaan  PAS berdakwah. Jangan hanya pandai cakap itu dan ini. Orang ramai melihat mereka berdakwah semata-mata untuk tujuan politik saja, tapi rakyat negeri sendiri hanyut dengan perbuatan yang tercela di sisi agama.


Saturday, February 12, 2011

ISU HARI VALENTINE - USTAZAH SITI NOR BAHIYAH DAN PEMUDA MAJLIS GEREJA MALAYSIA DIGESA ADAKAN DAILOG TERTUTUP …


Salam semua…
Penulis menyambut baik saranan beberapa pihak supaya diadakan dialog secara tertutup bagi meredakan suasana panas yang melibatkan di antara Ustazah Nor bahiyah dengan Pemuda Majlis Gereja Malaysia.
Isu ini timbul bila  Pemuda Majlis Gereja Malaysia menuntut supaya  Ustazah Nor Bahiyah meminta maaf di atas dakwaan kononnya beliau mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat semasa mengendalikan rancangan yang disiarkan oleh TV tempatan.
Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.
Meminjam pandangan yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, menerusi Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat katanya perkara itu berlaku kerana kurangnya dialog di antara agama dalam negara ini.
Jadi, dengan adanya dialog tertutup di antara pihak yang terlibat, mereka mampu mengatasi masalah yang dihadapi tanpa perlu menghebahkannya di media-media.

Friday, February 11, 2011

TERKINI- PEMUDA MAJLIS GEREJA-GEREJA MALAYSIA TUNTUT PENCERAMAH TERKENAL, USTAZAH SITI NOR BAHYAH MOHON MAAF.


Salam semua…
Penulis berasa amat terkejut bila terbaca di portal Malaysiakini hari ini bahawa sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut beliau meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat. Penulis tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu ini lagi kerana kekurangan maklumat dan penjelasan di pihak Ustazah Siti Norbahyah sendiri.
Walaubagaimanapun penulis berpendapat perkara sensitif seperti ini tidak sepatutnya diperbedebatkan di media terbuka kerana ianya boleh meningkatkan salah faham di antara orang Islam dengan penganut agama Kristian yang lain. Seeloknya Ustazah atau orang-orang berkempentingan bertemu dan berbincang sesama sendiri bagi merungkaikan salah faham di atas.
Ikuti paparan yang disiarkan oleh portal berita berkenaan (Klik  di sini.   ).
Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.
Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.
Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."
Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.
Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."
Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."
"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.
Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.
Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.
Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.
"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."
"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.
Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.
Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian.

Saturday, January 29, 2011

GARA-GARA AMBIL CUTI SAKIT 21 HARI, AKHIRNYA PELAN SUAMI CIKGU MALA TERKANTOI!!...

                                            Oh berkempen....!!  Beliau sihat rupanya.....
   

Salam semua…

Penulis tidak tahulah apa nak jadi dengan sipolan ini. Katanya beliau seorang guru kerajaan yang sudah lama berkhidmat. Seseorang yang berstatuskan guru ni, selalunya dipandang mulia oleh semua orang. Daripada kanak-kanak kecil sampailah ke orang-orang tua. Tugas guru bukanlah sahaja setakat mendidik , malah tingkah-laku mereka yang positif dalam segala hal, akan sentiasa menjadi pedoman dan ikutan orang ramai.

Tetapi ianya amat berlainan dengan perangai dan tingkah-laku sipolan ini. Beliau didakwa telah menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari beliau bagi membantu isterinya berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. Pelik sungguh perangai beliau. Tidak ada di dalam sejarah perguruan tanah air kita, ada guru yang sanggup melakukan perbuatan yang memalukan ini.

Kalau benarpun nak tolong isteri berkempen, berlaku jujurlah atau mohonlah cuti secara baik-baik, misalnya ambil cuti tanpa gaji ke, atau apa-apapun yang penting ianya tidak akan membelakangkan etika perguruan.

Secara logiknya, orang yang diberi cuti sakit seperti kes beliau sepatutnya, mendapat rawatan susulan atau berihat sahaja di rumah. Tetapi yang peliknya, gambar-gambar beliau tiap-tiap hari terpampang di dada-dada akhbar membantu isterinya,  Normala Sudirman, yang juga merupakan calun PAS yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. Sakit apa lagu tu? buat malu dekat anak-anak murid sahaja.

Perangai atau tingkah-laku sipolan yang tidak jujur itu sedikit sebanyak telah mencalar profession perguruan keseluruhannya. Dalam hal ini kesalahan tidak sepatutnya diletakkan ke atas bahu doktor yang merawat dan memberikannya sijil cuti sakit. Beliaulah yang bersalah, yang pertama kerana bercakap bohong kepada doktor yang merawatnya dan yang ke dua,  beliau berbohong kepada majikannya iaitulah Guru Besar di sekolah barunya dan yang ketiga, beliau telah berbohong kepada Kerajaan Barisan Nasional yang membayar gajinya.

Dan yang terbaru katanya…beliau menyorokkan dirinya bila rasa diri dah terkantoiii ...kerana  apa?  kerana semua orang dah tahu…Alahai, cikgu…cikgu…rupanya cikgu zaman P.Ramlee masih ada lagi rupanya….

Ikuti perangai kurang molek beliau seperti yang disiarkan oleh Utusan Online bertarikh 29/01/2011 
(Klik  di sini.  ).

LABIS 28 Jan. - Menyedari dirinya menjadi "buruan ramai" khususnya media massa untuk mendapat komen mengenai isu sijil cuti sakit (MC), suami calon Pas, Maarof Abd. Mutalib hari ini memilih untuk 'menyembunyikan' diri.

Jika sebelum ini beliau sentiasa menemani isterinya, Normala Sudirman berkempen dari pagi hingga malam, tetapi kelibatnya tidak kelihatan hari ini dan dipercayai 'kehilangan' Maarof ada kaitan dengan pendedahan mengenai MC selama 21 hari yang diambilnya.

Normala atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala memberitahu, suaminya tidak dapat menemaninya berkempen hari ini kerana mempunyai urusan lain.

"Dia (suami) ada tugas lain dan tidak dapat bersama saya hari ini. Dia ada komitmen yang harus diselesaikan," katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan status kesihatan suami calon Pas tersebut berikutan beliau didapati mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini seperti yang dilaporkan di dalam sebuah blog, http://marahku.blogspot.com.

Blog tersebut mendakwa Maarof cuti sakit, tetapi pada masa yang sama dilihat bersama isterinya pada majlis-majlis dan kempen yang dijalankan oleh calon Pas itu.

Ditanya sama ada isu MC suaminya akan memberi kesan kepadanya, Cikgu Mala berkata: "Bagi saya isu ini tidak akan memberi kesan kepada baki perjalanan kempen yang tinggal dua hari lagi."

Normala yang pada mulanya enggan menjawab isu itu meminta pihak media sendiri mendapatkan kesahihan dan kenapa MC itu dikeluarkan oleh doktor tersebut.

Beliau mendakwa MC itu kemungkinan ada kaitan dengan pertukaran suaminya dari Sekolah Menengah (SM) Tenang Station ke SM Pasir Gudang sehingga menyebabkan beliau tertekan.

Katanya, pertukaran sekolah dalam tempoh 24 jam itu memberi kesan kepada suaminya memandangkan pada masa sama beliau telah berhenti menjadi guru.

"Suami saya jarang mengambil cuti (sakit) dan seorang yang komited terhadap kerja. Saya harap agar isu ini tidak dijadikan spekulasi dan disensasikan oleh media.

"Bagaimanapun, setakat ini keadaan dia (suami) baik dan emosinya sudah semakin stabil," katanya.
Normala turut mendakwa suaminya terpaksa mengambil cuti sakit di hospital besar di Segamat kerana tiada hospital besar di Labis.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada Maarof gagal kerana panggilan telefon tidak berjawab.

Friday, January 07, 2011

GEMPAR: RUMAH ROCKY’S BRU DIPECAH MASUK, KERETA DI CURI…



Salam semua…

Penulis mendapat berita terbaru mengenai kecurian di rumah Rocky’s Bru seperti yang dilapurkan oleh Harakah Daily, 7/1/2011. Klik di sini.

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Rumah blogger proUmno Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini, di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya yang dipetik Bernama.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.
"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Nama Ahirudin kembali diperkatakan di blog-blog sejak bulan lalu ekoran satu laporan di blognya yang menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri Malaysia telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Laporan itu menggemparkan negera apabila mendakwa kejadian tersebut berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan diketahui Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Sebelum ini juga, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011


Salam semua...

Penulis ingin melabuhkan entri untuk tahun 2010 ini dengan membuat ucapan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 kepada semua pembaca serta rakan-rakan bloggers yang lain.

Moga-moga tahun 2011 akan memberikan sinar baru dalam membina suasana politik semasa yang lebih matang dan realistik ke arah membangunkan negara serta rakyat yang cemerlang. Sebaliknya menolak politik bersifat populis yang bersandarkan isu remeh-temeh lagi tidak produktif.

Sekian.