Saturday, January 14, 2012

Siapakah Pemimpin Yang “Cakap Serupa Bikin” Dan Siapa Pula “Selamba Bendul” Kali Ini?


Salam semua®…

Penulis sanjung tinggi di atas sifat ikhlas dan bertanggunjawab DS Najib dalam memimpin negara. Bertepatan dengan kata-kata keramat  yang diucapnya ketika mula-mula mengambil alih tampuk pemerintahan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, ternyata DS Najib yang kita kenali adalah seorang pemimpin yang konsisten dalam kata-kata dan  beliau bolehlah dikatakan sebagai seorang pemimpin dan ketua negara yang “Cakap serupa bikin”.

Beliau buat apa yang beliau cakap malah, dalam banyak keadaan beliau bukanlah seorang yang suka “Omong-omong kosong” kerana kebanyakan janji-janjinya dahulu kepada rakyat, kebanyakannya boleh dilihat dengan mata kasar dan ianya sedang rancak dilaksanakannya.

Contohnya dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang giat dilaksanakan oleh kerajaan sekarang ini. Janji-janji itu jelas dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, pemberian subsidi dalam pelbagai sektor seperti subsidi petrol,  diesel dan yang terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

Berita minggu ini juga  hangat memperkatakan mengenai kejayaan Kerajaan BN dalam NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) menurunkan statistik indeks jenayah di Malaysia.

Walaupun beliau (DS Najib) amat popular jika dibandingkan dengan pemimpin tertinggi pembangkang yang lain, sikap merendah diri dan sedar akan rasa tanggungjawabnya kepada rakyat jelas terbukti bila beliau berkata, “Saya berharap masa yang sesuai (untuk memanggil pilihan raya) tidak lama lagi, tetapi kita masih perlu menunaikan janji-janji kita dan ia penting bagi rakyat dapat merasakan yang pembaharuan yang kita janjikan itu akan benar-benar memberi manfaat kepada mereka,".

Beliau juga menambah dengan berkata bahawa beliau tidak akan memanggil pilihan raya umum sehingga menunaikan janjinya untuk melaksanakan pembaharuan demokrasi.

Tidak seperti ketua pemimpin pembangkang yang lain, kata-kata beliau di atas ternyata DS Najib bukanlah seorang pemimpin besar kepala yang gilakan kuasa.

Ianya sama sekali berlainan dengan sikap kebanyakan pemimpin parti pembangkang yang rata-rata telah hilang tumpuan untuk memajukan  pengikut mereka sendiri malah, jauh sekali untuk menyakinkan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sebabnya, tidak lain tidak bukan kerana mereka teramatlah sibuk dengan agenda utama politik mereka untuk menawan Putrajaya. Sehinggakan mereka terlupa untuk memberi sumbangan yang terbaik selain menyakinkan orang ramai bahawa merekalah pemimpin yang terbaik serta boleh membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia.

Kalaulah kita perhatikan, perkara terpenting  yang menjadi tumpuan mereka (parti pembangkang) sekarang ini ialah bagaimana hendak memburuk-burukkan pelbagai dasar baik yang dilakukan oleh kerajaan kepada rakyat.

Berbagai-bagai cara yang  telah dan sedang mereka lakukan semata-mata untuk mengalih tumpuan orang ramai bahawa kerajaan sekarang ini tidak melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Sebagai contohnya tindakan sabotaj parti pembangkang ke atas  bantuan dan sokongan kerajaan dalam menjayakan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dan Menu 1 Malaysia.

Kalau kita lihat, ada saja yang tidak kena pada pandangan mereka malah, mereka sanggup menipu dan menghasut rakyat bahawa produk yang dijual di KR1M adalah tidak berkualiti dan memudaratkan kepada kesihatan. Tapi, sebagai alternatifnya apa yang telah mereka  lakukan untuk rakyat?

Sebagai contohnya, semua orang ingat akan tuduhan melulu ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya kandungan susu formula bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985. Akhirnya tuduhan berupa sekap jarang  beliau ternyata silap dan telah memakan dirinya sendiri bila selang beberapa hari selepas itu, Kementerian Kesihatan telah memberi penjelasan memperakui akan keselamatan penggunaan dan penjualan susu keluaran KR1M tersebut.

Lebih menjengkelkan penulis bilamana dalam satu soalan balas kepada beliau (Tony Pua)  berkenaan tahap bahaya penggunaan susu formula bayi KR1M ini, beliau dengan ‘SELAMBA BENDUL’ dilaporkan sebagai  berkata,  “Nampak macam itu, tetapi saya bukan doktor. Awak boleh semak dengan seorang pengamal perubatan."

Di antara contoh lain  yang penulis masih ingat ialah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng suatu ketika dahulu pernah mengakui bahawa kadar jenayah di Pulau Pinang telah menurun 17.3 peratus dan dia juga mengucapkan tahniah kepada polis”. Sebaliknya  bapanya, Lim Kit Siang yang juga orang kuat DAP dengan angkuh telah mengkritik pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diumumkan oleh DS Najib merupakan gimik politik serta retorik semata-mata.
Semua orang tahu bahawa adalah lebih senang untuk mengkritik daripada berusaha mencari jalan bagi menyelesaikan masalah rakyat. Inilah pendekatan salah dan sikap negatif yang dibawa oleh pemimpin parti pembangkang dari dahulu sehinggalah ke sekarang ini.

Mereka ini juga dilihat lebih selesa terbang jauh keluar negara bagi memburuk-buruk negara sendiri selain hanya mampu duduk dikerusi memikirkan masalah dalaman parti dan masalah kes liwat kendalian mereka  daripada berusaha dan sanggup berjalan jauh ke desa-desa bagi memikirkan masalah rakyat.

Rakyat sebenarnya sedang memerhati dengan penuh geram semua ini. Tunggulah di PRU13 nanti, tahulah mereka apa yang sepatutnya mereka lakukan…..




No comments: