Sunday, January 08, 2012

TERKINI; DAP- PEMIMPIN PAS TAK LAYAK JADI PM. TAPI, OK UNTUK UNDI PAS SAHAJA…..



Salam semua®…

Sekutu Pas dalam pakatan rakyat, DAP tidak bersetuju sekiranya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik menjadi Perdana Menteri.

Sumber DAP memberitahu, pemimpin parti itu akan menolak cadangan tersebut jika pakatan rakyat berjaya membentuk kerajaan baru pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat keahliannya daripada parti itu hari ini, sebelum ini mencadangkan agar salah seorang daripada kedua-dua pemimpin Pas tersebut dilantik sebagai Perdana Menteri.

Penolakan terhadap pemimpin Pas itu juga dipercayai ada kaitan dengan pengumuman DAP hari ini yang menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat Ketua Pembangkang itu esok.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, DAP tidak memerlukan Perdana Menteri alternatif kerana yakin Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan disabitkan kesalahan.

Isu pelantikan Perdana Menteri kalangan pemimpin pembangkang timbul ekoran keyakinan mereka bakal membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Anwar juga menegaskan, beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri walaupun mahkamah yang akan membuat keputusan kes liwat beliau esok menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya atas dakwaan meliwat pembantu peribadinya.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau yakin akan dibebaskan daripada penjara apabila pakatan rakyat membentuk kerajaan baru kelak dan sementara dibebaskan, seorang Perdana Menteri sementara akan dilantik.

Difahamkan, pemimpin DAP lebih rela tempat tersebut diambil oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. - UTUSAN

P/S – Segala-galanya telah PAS korbankan semata-mata untuk menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP. Sehinggakan musuh utama DAP dalam PR, Dr Hasan pun sudah dipecat oleh AJK Pusat PAS hari ini.
Memang jelaslah PAS telah diperkudakan oleh DAP atau seperti lembu dicucuk hidung kata YB Zulkifli Noordin dalam berita TV3 malam tadi.
Mereka sebenarnya tidak ikhlas dengan semua pimpinan PAS. Bila sudah dalam Pakatan Rakyat, tidak molek mereka (DAP) beritahu dekat publik bahawa mereka  tidak bersetuju sekiranya Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik menjadi Perdana Menteri.
Pada pandangan penulis, sepatutnya mereka (DAP) gunalah saluran yang betul agar kawan baik mereka yang di sebelah sana  tidak berkecil hati.
Kalau anda semua hendak tahu, begitulah kuatnya hubungan politik di antara pemimpin-pemimpin  dalam Pakatan Rakyat. Penuh dengan tipu muslihat dan syak wasangka sesama mereka.
Tapi, yang ruginya….selalunya PAS lah…

No comments: