Showing posts with label Pusat Fidlot Nasional. Show all posts
Showing posts with label Pusat Fidlot Nasional. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

ISU NFC: KAWAN YANG MAKAN KAWAN.



Salam semua®…
Penulis rasa kecewa dengan sikap sesetengah ahli parlimen BN yang berani mengambil kesempatan untuk menjadi populis dengan menjatuhkan maruah kawan padahal siasatan daripada pihak berkuasa belumpun habis dibuat .
Sepatutnya sebagai kawan sekerja yang bernaung dan berjuang dalam barisan yang sama, mereka tidak perlu terburu-buru mencerca dan sampai sanggup menjatuhkan hukuman sendiri tanpa sedikitpun rasa simpati akan musibah fitnah yang menimpa rakan seperjuangan mereka.
Di waktu kawan memerlukan pertolongan dari segi moral untuk bangkit melawan fitnah pembangkang, ada juga kawan seperjuangan yang tidak berhati perut sampai sanggup mengungkap kata-kata seperti berikut:
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"
Betapa celuparnya mulut manusia ini. BN akan hancur jika sikap manusia seperti di atas masih lagi berada di dalam BN. Bersikap tergopoh-gapah dalam menilai yang buruk kepada seseorang tanpa bukti yang kukuh mencerminkan rendahnya nilai pertimbangan diri yang sepatutnya ada pada seseorang yang bergelar pemimpin.
Yang fitnahnya siapa? Yang mengutuknya siapa? Yang ruginya siapa? Orang Melayu sepatutnya banyak belajar daripada orang-orang Cina.
Ikuti luahan rasa, Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkenaan dengan isu NFC seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini:
Pengarah komunikasi syarikat National Feedlot Corporation, Khaidir Jamal berkata operasi syarikat tersebut "amat terjejas" apabila kontroversi berhubung projek National Feedlot Centre timbul.

Katanya, pengarah eksekutif syarikat itu, Wan Shahinur Izmir Salleh terpaksa banyak menghabiskan masa apabila disiasat polis dan juga oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lebih mendatangkan masalah ialah apabila kerajaan bertindak membekukan aset syarikat NFC yang diusahakan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Operasi masih berjalan, jadi apabila pembekal minta bayaran tunai, macam mana nak bayar. Jadi memang terjejas sangat," katanya ketika sesi taklimat bersama kumpulan NGO Melayu di Kampung Baru, hari ini.

Beliau juga sangat berterima kasih kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang atas satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Katanya, kenyataan itu telah menjelaskan kekeliruan bahawa syarikat NFC merupakan syarikat persendirian dan merupakan entiti berbeza daripada projek NFC.

"Tapi yang payahnya nak jawab (dakwaan yang timbul) dalam blog ini.

"Jadi kita kena jumpa semua pemimpin masyarakat untuk beri penjelasan," katanya lagi.

Beliau juga menegaskan, projek NFC itu merupakan satu usaha untuk mewujudkan rangkaian perniagaan orang Melayu.

Katanya perkara itu dapat dilihat dalam perusahaan restoran Meatworks yang juga diusahakan keluarga Shahrizat.

Dalam pada itu, satu badan NGO yang hadir di majlis taklimat hari ini turut bercadang untuk mengadakan program penerangan bagi menjelaskan isu berkenaan.

Naib pengerusi Gerakan Memartabat Pejuang Negara, Mohd Arafat Muhammad berkata, badan berkenaan antara lainnya akan menimbulkan dakwaan kewujudan pihak ketiga untuk menggagalkan projek NFC.

Pihak ketiga itu didakwa sebagai "kartel daging di Malaysia" - kumpulan yang didakwa sering menaikkan harga daging setiap kali musim perayaan.

"NFC akan pecahkan monopoli sesetengah pihak dalam peniagaan daging," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini selepas taklimat itu.

Friday, January 27, 2012

MENTERI PERTANIAN TIDAK FAHAM LAPORAN AUDIT ? GAGAL MENJAWAB BEBERAPA ISU TERPENTING DENGAN BAIK.



Salam semua®…
Penulis berpendapat, sepatutnya menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini perlu faham dengan sebaik-baiknya laporan audit ini kerana laporan audit ini bukanlah dibuat ke atas kementerian lain, sebaliknya ianya melibatkan kementeriannya sendiri. Penulis betul-betul tidak faham kenapa jadi begini?
Banyak kecelaruan yang timbul sehinggakan Ketua Audit Negara sendiri terpaksa tampil kehadapan memperjelaskan keadaan yang sebenarnya.
Banyak persoalan yang timbul dalam isu ini. Tidak ada langsungkah perbincangan di antara JAN dengan kementerian terbabit  sebelum dan selepas laporan penuh audit dikeluarkan?
Keadaan ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa wujud masalah komunikasi di antara kementerian yang terlibat denagan Jabatan Audit Negara. Dan pada suatu ketika, penulis masih lagi ingat bilamana menteri berkenaan menyerahkan isu berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri sendiri untuk diperjelaskannya.
Penulis betul-betul tidak faham. Masakan jawapan semudah seperti yang dinyatakan oleh Ketua Audit Negara,  “bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.”
tidak dapat difahami dengan jelas oleh Menteri berkenaan? Apatah lagi untuk menangkis fitnah pembangkang. 
Ataupun mungkin menteri berkenaan terlepas pandang ?
Amat memalukan dan menyedihkan. Kenapa jadi begini?
Itulah realiti yang perlu kita ketahui.
Berat…berat…penulis bersimpati yang teramat sangat kepada DS Najib. Memang berat tanggungjawabnya……
Ikuti komen  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar tentang isu ini seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini.  
Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
  
Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.
  
"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di Kuala Selangor hari ini.
  
Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
  
Ambrin dalam satu kenyataan berkata "perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
  
Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
  
Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
  
Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.
   
Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.
  
"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut," katanya.
  
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
   
"Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian," katanya.

Wednesday, January 25, 2012

JABATAN AUDIT NEGARA TIDAK PEKA ISU SEMASA?



Salam semua®…
Penulis dan mungkin sebilangan besar rakyat Malaysia kecewa dengan tindakan LAMBAT Ketua Audit Negara (KAN) memberi penjelasan sebenar tentang isu penyelewangan projek Pusat Fidlot Nasional.
Membiarkan isu ini berlanjutan selama  3 bulan lamanya sehinggakan melibatkan maruah orang lain terjejas teruk mencerminkan KAN tidak peka dengan isu semasa.
Kalaulah KAN sanggup meluangkan masa beliau menjelaskan semua persoalan yang timbul pada  hari ini, maknanya beliau juga berkemampuan memberi penerangan serta bercakap secara bebas  pada bila-bila masa sahaja sebelum ini.
Persoalannya, kenapa beliau sanggup tunggu sebegitu lama dan membiarkan insan yang dituduh dengan pelbagai tuduhan itu menanggung tekanan sedemikian rupa?  
Walaupun KAN tidak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku kerana mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, "in a mess" ataupun penyelewengan dalam laporan audit  tetapi, atas rasa tanggungjawab memperbetulkan keadaan dan menjaga maruah seseorang, KAN perlu cepat tampil kehadapan dan menerangkan perkara yang sebenarnya.
Sekali lagi nasihat penulis, dalam banyak keadaan yang kadang-kadang memerlukan kebijaksanaan dalam membuat sesuatu tindakan cepat atau lambat, kita tidak perlu berterusan lurus bendul kerana ianya kadang-kadang boleh menyakitkan orang lain.
Ikuti penjelasan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang seperti yang disiarkan oleh Utusan Online hari ini.
Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, "in a mess" ataupun penyelewengan dalam laporan audit terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Beliau berkata, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu, terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya lagi, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan dijalankan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

"Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek," katanya.

Ambrin berkata, pengauditan bagi projek PFN dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali. - BERNAMA



Tuesday, January 24, 2012

ISU NFC-JABATAN AUDIT NEGARA TERSILAP? BIAR BETUL….



Salam semua®…

Pengerusi Fidlot Nasional Corp (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini berkata, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengalami kecelaruan bukanlah NFCorp.

Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan Pusat Fidlot Nasional (NFC), syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Berlaku kekeliruan terhadap dua entiti berkenaan. NFC merupakan syarikat kepunyaan kerajaan, dan NFCorp merupakan entiti perniagaan keluarga kami," katanya kepada The Malaysian Insider dalam perbualan telefon dari Mekah.

"Itu merupakan tindakan yang tidak menguntungkan syarikat, kepada kami, dan isteri saya kerana Ketua Audit melaporkan berkenaan jabatan kerajaan, bukan berkenaan syarikat.

Bila ditanya mengapa beliau tidak mengesahkan berkenaan perkara itu sebelum ini, Salleh menjelaskan pihaknya hanya menyedari timbulnya kekeliruan  itu apabila penyiasatan dilakukan terhadap NFC dan NFCorp.

Tambahnya, adalah tidak adil media memburukkan NFCorp dan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang turut di libatkan ke dalam kontroversi tersebut.
"Kami berusaha untuk meningkatkan sosio-ekonomi sepertimana yang dilakukan kerajaan, dan ianya memang tidak adil untuk menyerang isteri saya kerana beliau tidak terlibat berkenaan projek tersebut," katanya.

Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara  mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan 11 anggota NGO lain, dan beliau turut menjelaskan pejabat ketua audit telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kecelaruan dalam syarikat tersebut.

Tambah Ibrahim, pejabat ketua audit mungkin telah melakukan sedikit kesilapan kerana tidak kesemua kakitangan pejabat terbabit mendapat latihan secukupnya.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

Pembangkang turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Namun demikian, NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.
Syarikat itu turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.

Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.

Timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.-The Malaysian Insider.

P/S- Kan penulis dah kata. Memang Jabatan Audit Negara kalut dan terburu-buru. Dulu pasal isu penggunaan wang zakat. Sekarang ini pula mengenai isu NFC. Apa-apapun ini baru permulannya. Masih banyak lagi jalan cerita yang perlu kita ketahui selepas ini.

Senanglah peguam terkenal,  Syafie Abdullah menjalankan kerja-kerjanya nanti.
Tulah, jangan main-main dengan Kak Zat….

Monday, January 23, 2012

OH…BEKAS EKSEKUTIF NFC YANG BELOT TU, ORANG DAP RUPANYA…

Salam semua®…
Penulis rasa terujalah menulis tentang isu NFC ini. Terasa makin lama, makin menariklah isu ini. Memang handallah blogger Pisau.Net. Selidik punya selidik, rupa-rupanya eksekutif yang bergelar pencuri di NFC tu, sebenarnya ahli DAP, iaitu sahabat setia PKR dan PAS.
Memang terkantoi habislah depa kali ini. Ini baru betul, apa orang kata konspirasi atau agenda politik !
Ikuti artikel daripada Pisau.Net selajutnya baca di sini.   .
“Yang menjual maklumat syarikat kepada PKR adalah penyangak ahli tegar DAP yang bekerja di NFC.

Perniagaan orang melayu diserang sebegitu rupa,apatah lagi dengan pelbagai dakwaan yang jahat. Membunuh perniagaan NFC menguntungkan kartel pengimport daging yang semua orang tahu siapa mereka.

Siasatan pihak polis atas hasil daripada satu laporan yang dibuat 4 bulan yang lepas sebelum isu NFC meletup membuktikan 2 orang pegawai NFC yang bertanggungjawab mencuri wang syarikat tersebut salah seorang daripadanya adalah penyokong tegar DAP bernama Danny.Puaka lembu PKR bersubahat dengan penyangak DAP menyerang entiti perniagaan orang melayu.

Kenapa PKR tidak berminat mendedahkan skandal Husam dengan kambing jampari yang mencecah jutaan ringgit? Sedangkan terbukti berlaku penyelewengan wang rakyat. Isu NFC yang dimainkan hanya berkisar kepada satu pinjaman yang dibuat bukannya mendapat geran kerajaan.Malah pihak audit negara tidak langsung menyatakan projek NFC adalah gagal malah mencadangkan agar dipercepatkan lagi memberi bantuan kepada syarikat ini.

PAC,jawatankuasa kira kira yang terdiri daripada ahli parlimen BN dan Pakatan juga tidak menyatakan berlaku penyelewengan ,sebaliknya mempertikaikan karenah birokrasi pihak kementerian yang lambat membantu NFC.

Soal lembaga pengarah NFC nak belanja banyak mana pun,lantak pi la duit diaorang korang sibuk sangat apahal!

Rafizi dan Zuraida bersekongkol bersama Malaysiakini membuat fitnah,jika mereka berlaku benar kenapa kesemua artikel fitnah NFC dipadam sebaik saja mereka di saman?Bukankah berani kerana benar?Kenapa takut?”

ISU NFC - SIAPAKAH PEMIMPIN PKR YANG MEMBELI MAKLUMAT BOCOR YANG DIJUAL OLEH BEKAS EKSEKUTIF NFC YANG DIBUANG KERJA ATAS DAKWAAN PECAH AMANAH DAN MENCURI WANG NFC SEBANYAK RM2.7?...


Salam semua®…
Kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja atas dakwaan pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Bila dia kena pecat, dah buat laporan polis, dah jadi kes CBT (pecah amanah), dia tak puas hati dia balas dendam. Balasannya, memang dia ada akses kepada pendrive, jadi dia jual maklumat," katanya.

Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai yang didakwa terlibat pecah amanah RM2.7 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan daging kepada pasar raya.

Jumlah itu, menurut Ibrahim lagi, berjaya diperoleh kerana kutipan jualannya sehari mencecah RM150,000 dalam bentuk tunai.

Kebocoran maklumat syarikat itu sebelum ini pernah dimaklumkan dalam taklimat Mohamad Salleh kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negeri Sembilan,

PERKASA bagaimanapun berkata, maklumat dalam pendrive itu tidak terperinci dan hanya memberikan gambaran sehala tentang sesuatu itu.

"Mungkin nyatakan jumlah (bayaran) saja, bayar untuk apa sekian-sekian tetapi tidak cerita apa dan untuk apa," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas taklmat berkenaan, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.

"Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi.

PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan Mohamad Salleh, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.-Malaysiakini
P/S- Jadi, siapakah pemimpin PKR yang membeli maklumat berkaitan dengan penyelewengan dana NFC daripada bekas eksekutif NFC, tidak dinyatakan secara jelas oleh Ibrahim Ali dalam Malaysiakini.
Walaubagaimanapun, penulis tertarik dengan artikel yang ditulis oleh teman seperjuangan, The Flying kick hari ini yang menghentam Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli kerana mendakwa Ibrahim Ali telah memberikan tekanan politik kepada Ketua Audit Negara.
Di antara petikan menarik yang terdapat di dalam artikel beliau:  
Aneh, manusia seperti Rafizi boleh bercakap seperti itu selepas dia sendiri bukan sahaja memutarbelitkan laporan Ketua Audit Negara, sebaliknya melarat-larat kepada sesuatu yang dia sendiri tidak fahami.

Bagaimana Rafizi boleh mengutuk Ibrahim Ali sebagai orang yang tidak faham PERAKAUNAN kalau dia sendiri tidak dapat membezakan antara PINJAMAN MUDAH dengan GERAN KERAJAAN?

Bagaimana Rafizi boleh menggelakkan Ibrahim Ali kalau dia sendiri tidak lebih daripada seekor lembu yang disebat di belakang buntut untuk bersuara?

Sepatutnya Rafizi sendiri menjelaskan, dari mana dia memperolehi data yang mengatakan projek fidlot itu gagal sebagaimana yang diuar-uarkan ke seluruh negara sehinggakan ramai yang tidak pernah mahu mencari-cari dan menyelak laporan Ketua Audit Negara yang boleh diperolehi dengan mudah, termakan dengan dakyah serta hasutannya.

Kenapa tiba-tiba sahaja Rafizi jadi pematuh kepada sistem dan undang-undang sedangkan sebelum ini dialah yang paling kuat melompat, membohong dan melakukan fitnah?
Keseluruhannya baca di sini  .
Komen penulis berikutnya:
Jadi, semuanya sudah terang lagi bersuluh. Patutlah Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mula angkat kain dan tidak teragak-agak memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan turut menamakan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam writ saman tersebut.  
Saman itu dibuat selepas pelbagai tuduhan dilemparkan PKR terhadap Shahrizat bahawa pemimpin Wanita Umno itu menyalahguna dana kerajaan yang bernilai jutaan ringgit untuk menanggung perbelanjaan peribadi.
Kita tunggu apa yang akan terjadi dalam episod berikutnya…..

OH..PEMBOCOR MAKLUMAT ISU SELEWANG NFC KEPADA PKR SEBENARNYA SEORANG PENCURI…




Salam semua®…
Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.

"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.

Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.

Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp.

Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.

Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.
Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.-The Malaysian Insider

P/S – Selalunya maklumat yang diberikan oleh seorang yang bergelar penjenayah masih boleh dipertikaikan akan kebenaran dan kesahihannya. Tambahan pula si pemberi maklumat berkenaan katanya adalah bekas eksekutif NFC yang  telah dipecat oleh pihak pengurusan kerana kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

Integriti dan kredibiliti pemberi maklumat sebenarnya adalah penting agar tidak ada unsur-unsur penipuan dalam merekacipta cerita fitnah yang boleh meruntuhkan sesuatu organisasi.  

Samada parti pembangkang ataupun pihak pemerintah, sebagai penerima maklumat yang melibatkan pihak ketiga, kita sepatutnya perlu berhati-hati agar segala perolehan maklumat yang diterima adalah benar daripada segi fakta dan mestilah bersandarkan kepada bahan bukti yang kukuh.

Sebenarnya, macam-macam boleh berlaku. Sebagai seorang bekas pekerja yang telah dipecat, sifat dendam kesumat dan ingin membalas dendam, tidak dapat tidak akan mempengaruhi tindakan seseorang. Hanya insan yang baik serta taat kepada Allah SWT sahaja  tidak akan melakukan perbuatan jenayah dan memfitnah seburuk ini.   

Jadi, dengan terbongkarnya berita tentang identiti pembocor maklumat dalam isu NFC ini, sedikit sebanyak akan memberikan ruang kepada pihak pengurusan NFC dalam memberi kerjasama mereka kepada pihak berkuasa menyiasat kes ini selain dapat menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada mereka sebelum ini.

Seperti juga saudara Ibrahim Ali, penulis juga bagaimanapun tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

Makin lama makin menarik….