Showing posts with label Agenda Penyatuan. Show all posts
Showing posts with label Agenda Penyatuan. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

KATA DUA NIK AZIZ KEPADA KARPAL BUAT DAP TAK SENANG DUDUK…


Salam semua ®…
DAP telah meminta Pakatan Rakyat supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian Pas untuk melaksanakan hukum Hudud dan penubuhan negara Islam.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti Pas itu.

Katanya, sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.

"Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Khamis lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum Hudud biarpun tidak mendapat sokongan daripada sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP.

Bagaimanapun, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, sebuah negara Islam tidak boleh ditubuhkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana tidak dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. – Bernama

P/S – Alangkah baiknya  PAS mengambil pendekatan bekerjasama dengan UMNO. Gabungan  ulamak dan umarak yang adil lagi bijaksana akan memberikan kekuatan  baru kepada pemimpin Islam tanpa mengabaikan tanggungjawab  mereka kepada kaum bukan Islam yang lain. UMNO sudah lama bersedia…Pas bila lagi?   



Monday, January 03, 2011

Terbaru: Agenda Penyatuan UMNO Dan PAS Disambung Semula?



Salam semua…

Penulis memetik lapuran terbaru dari Harakah Daily tentang isu di bawah ini.

KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu  turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.
“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup,” ujarnya.

Ulasan Penulis;

Walaupun tidak ada berita hasil daripada pertemuan tersebut, perjumpaan kedua-dua pemimpin berkenaan secara empat mata sudah cukup sebagai permulaan ke arah perbincangan dan pertemuan seterusnya.

Patutlah dalam entri Merah Tinta MSO bertarikh 23/12/2010 beliau berkias dalam isu ini. Klik di sini.
InsyaAllah semoga apa yang kita doakan sebelum ini tetap menjadi kenyataan.

Sama-samalah kita tunggu.

P/S – Lagi cepat lagi baik – nak tunggu otai-otai istihar gejatan senjata…