Saturday, January 22, 2011

SOLAT HAJAT FITNAH PAS – TERKENA BATANG HIDUNG PAS & NIK AZIZ

                                                    Gambar Hiasan



Salam semua…

Dalam artikel penulis pada 19/01/2011 yang lepas  di bawah tajuk “ALAHAI PAS...PAS.. ORANG MATIPUN NAK BUAT ISU POLITIK?” (Klik  di sini   ) penulis ada membuat komen tentang sikap pemimpin PAS yang di Ketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh yang seolah-olah cuba menangguk di air keruh dengan menfitnah Imam Masjid di Tenang,  pemimpin-pemimpin UMNO di sekitar Tenang termasuk jugalah ke atas DS Najib yang kebetulan mengadakan lawatan resmi ke tanah rancangan Felda di sekitar kawasan berkenaan.

Ianya bermula bila berita online PAS, Harakah Daily bertarikh 19/01/2011 telah mensensasikan berita berunsur fitnah kononnya  jenazah  Setiausaha Umno di kawasan Dun Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din dikatakan terbiar kerana ramai orang tempatan termasuklah  imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda (Klik di sini      ).

Mungkin disebabkan oleh solat hajat yang diketuai oleh Nik Aziz baru-baru ini, Allah maha kuasa, akhirnya ditunjukkan olehnya  bahawa berita yang tentang berita jenazah terbiar  yang tersebar meluas tadi sebenarnya FITNAH TERBESAR DARIPADA PAS.

Mereka sembahyang hajat kepada Allah katanya untuk para-para bloggers pro BN yang menfitnah PAS, sebaliknya Allah lebih mengetahui keikhlasan mereka dengan menurunkan keaiban pula kepada mereka.

Seruan penulis ke atas jiran tetangga Allahyarham Abdul Latif Subhi akhirnya terjawab bila sabahat pro BN, Pisau.net pada 21/01/2011 telah menyiarkan berita tentang fitnah jenazah terbiar melalui tajuknya Tenang:Calon PAS Di Sundalkan Harakah,Rakyat Tenang Di Bangsatkan”.

Di anatara petikan menarik dalam artikelnya adalah  seperti berikut:

“Artikel Haprak Daily disanggah oleh Saudara Aminoor Syahfizan ,jiran yang tinggal berhadapan rumah arwah Abdul Latif.

Menurut Aminoor beliau dan jiran jiran arwah berserta qariah masjid yang menguruskan dan menyembahyangkan di hospital .Kesemuanya adalah Ahli UMNO.

Arwah Abdul Latif tidak tinggal di Felda Tenang,sebaliknya tinggal di Bandar Segamat.Felda Tenang hanyalah kampungnya .Rumah peninggalan ayah arwah pun tiada siapa yang duduk dan sudah lama kosong.

Arwah juga bukan Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang sebaliknya beliau adalah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air.

Menurut saudara Aminoor ,Arwah pernah menyebut semasa hayatnya yang dia mahu disemadikan dikampungnya di Felda Tenang.

Dakwaan kononnya jenazah dibiarkan di masjid adalah tidak benar sama sekali, Aminoor ,rakan rakan dan qariah yang menguruskan jenazah dibilik mayat hospital Segamat terus menghantar mayat ke Felda Tenang.

Menurut Aminor ,Oleh kerana rumah pusaka arwah sudah lama kosong dan tidak digunakan, jenazah terpaksa ditempatkan di masjid Felda Tenang.”

Keseluruhan artikel Pisau.net boleh baca di  sini.

P/S- Penulis amat berharap agar pemimpin-pemimpin PAS terutamanya Murshidul Am mereka, Nik Aziz lebih mengambil berat tentang isu berita fitnah ini. Malulah kalau PAS yang selalu menyelar orang lain dengan tuduhan melakukan fitnah kepada mereka  sebaliknya apa yang nyata pihak PAS sendiri melalui lidah resmi mereka, Harakah lebih dahsyat dan tidak beretika dalam penyampaian beritanya.

Dalam hal ini penulis angkat topi kepada berita Utusan Malaysia dan Berita Harian yang nampaknya lebih berhati-hati selain berhemah dalam penyampaian beritanya kepada orang ramai. Sebab itulah kebanyakan artikel atau entri penulis selalunya bersumberkan  dari kedua-duanya kerana penulis lebih yakin akan integriti dan kesahihan apa saja berita yang disiarkan oleh mereka.  

4 comments:

Salam semua (R)... said...

Penulis memohon maaf oleh kerana masalah teknikal, entri penulis bertajuk "ALAHAI PAS…PAS.. ORANG MATIPUN NAK BUAT ISU POLITIK ? " bertarikh 19/01/2011 tidak boleh dilinkkan dalam entri hari ini.

Pembaca boleh membaca entri berkenaan di Blog Archive penulis bulan Januari.

Segala kesulitan amatlah dikesalkan.

Sekian.

Anonymous said...

Nik Ajis kata orang blog tak tahu dosa pahala..tapi mereka sendiri buat dosa dengan menyebarkan berita fitnah. PAS kata BN suka buat fitnah tapi heran mereka sendiri hari-hari buat fitnah. Cerita orang PAS betul biarpun fitnah tapi bagi PAS cerita orang BN biarpun betul tetap fitnah..tak heranlah kerana mereka sudah dijamnin masuk syurga hari-hari buat fitnahpun tetap masuk syurga..

Anonymous said...

Orang Pas cakap nak boikot Utusan, tapi tetap refer isu semasa kat Utusan. Boikot apa camtu??

Anonymous said...

NIK AJIS BERSAMA SELURUH PENGANUT PAS TIDAK DIANGKAT KE LANGIT....AYO,YO,YOOOO KASIHAN MEREKA.DOA MEREKA SEBENARNYA TERSANGKUT DI LANGIT PERTAMA LAGI SELEPAS DICHECK OLEH PARA MALAIKAT...MALAIKAT TELAH TAHAN DOA-DOA TERSEBUT DARI NAIK MENGADAP ALLAH KERANA DOA BERKENAAN TERAMAT BUSOK DAN KOTOR DAN IA TAK LAYAK DIPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH....OLEH KERANA TERLALU MARAH MALAIKAT TELAH MENCAMPAK SEMULA DOA TERSEBUT KE BUMI DAN TERSANGKUTLAH IA DI AWAN BETUL-BETUL ATAS BUMBUNG RUMAH NIK AJIS...DAN KALAU DOA TU DAPAT DILIHAT DENGAN MATA IANYA MUNGKIN TERAMAT JIJIK DAN HITAM DAN KALAU ANAK ADAM TERHIDU BAUNYA PASTI MATI DEK KEBUSUKANNYA....DOA ITU BELUM JATUH LAGI TAPI SIPI-SIPI DAH ...DAN MUNGKIN DOA BUSOK TERSEBUT AKAN JATUH ATAS BUMBUNG RUMAH POK NIK PADA PRU KE 13 NANTI.MAKA HURU HARA DAN HARU BIRU LAH MAKHLUK PAS NANTI....KALU RAKYAT DAPAT TENGOK RUPA DOA TERSEBUT..TENTU SEMUANYA DALAM KETAKUTAN HODOHNYA,BUSOKNYA.....KEPADA RAKYAT KELATE YANG BELUM BELI TOPENG HIDUNG BELI LAH SEKARANG SEBAB DOA BUSOK ITU AKAN JATUH TAK LAMA LAGI.........



ABE ZUL KELATE