Salam semua…
Penulis sakit hati bila terbaca celaan terbaru daripada Nik Aziz kepada pengundi-pengundi di sekitar kawasan DUN Tenang yang memilih untuk tidak mengundi PAS dalam PRK DUN Tenang sebagai orang Jahiliah atau dalam bahasa Arabnya sebagai orang bodoh dan sesat!
Wow...dahsyat dan hebat betul Nik Aziz ni. Marah sangat ke dia ni sampai sanggup gelar penyokong lawan sebagai orang bodoh dan sesat. Maknanya selama ini puak-puak PAS yang sokong Nik Aziz dan PAS semuanya cerdik-cerdik belaka ke?
Adakah Negeri Kelantan yang miskin segala-galanya di bawah pemerintahan PAS disebabkan semua pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong mereka terlampau cerdik?
Cakap baik-baik sikit Nik Aziz. Jangan selalu menghina dan mencemuh orang sesuka hati. Hak mengundi adalah hak peribadi seseorang. Mana boleh mencemuh orang yang tak mahu mengundi parti kita. Gentlement lah sikit. Dia ingat senang ke nak paksa penduduk di Tenang supaya mengundi PAS.
Cerminlah muka sikit. Kalau parti dia tu bagus tak apalah juga. Kawan baik mereka, parti DAP yang kerap menghina Islam tu pun mereka PAS selalu kecut perut? Siapa yang bodoh dan sesat sebenarnya?
Ikuti paparan yang penulis ambil daripada Berita Harian Online tentang cemuhan terbaru Nik Aziz ke atas penduduk-penduduk Tenang yang memilih untuk mahu mengundi PAS
(Kilik di sini ).
LABIS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.
Beliau merujuk demikian ketika ditanya mengenai peluang PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan berkata: “Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam.
“Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua.... ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan pada sidang media di Kampung Redong, di sini semalam.
Nik Aziz berkata, peluang calon PAS, Normala Sudirman ini terletak kepada pengundi di kawasan berkenaan.
“Macam mana Allah Taala buat Islam, kemudian kita tolak sedangkan kita orang bijak... kita pun berkawan dengan orang bijak,” katanya.
Dari segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan ‘jahala’ atau kata terbitan ‘jahlun’ bermaksud bodoh dan sesat atau jahil yang merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dulu ketika mereka masih mundur dari segi akhlak dan moral.
Terdahulu, Nik Aziz sempat memberikan ceramah ringkas kepada kira-kira 100 penduduk Kampung Redong dalam majlis meraikan Normala yang hadir bersama suaminya, Maarof Abd Mutalib.
Mengenai isu calon PAS enggan bersalaman dengan orang ramai seperti dibangkitkan pada awal kempen, beliau berkata, yang menjadi masalah adalah pihak yang menimbulkan isu itu tidak memahami Islam.

1 comment:
Tanya Nik Aziz kalu org islam undi DAP dalam PRU nanti yang JELAS dan TERANG mereka menolak islam,apa hukumnya pulak kalu UMNO undi jadi jahiliah?jangan main ikot mulut jer pok nik...ntah2 PAS tu pun Taliban merosakan nilai islam itu sendiri
Post a Comment