Gambar Hiasan
P/S - Bila pula DS Najib nak bina 'cable car' yang baru di Pulau Pinang? nanti bolehlah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kata dekat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah mengamalkan dasar anak-tiri ke atas kerajaan negeri beliau.
Salam semua…
Penulis merakamkan ucapan tahniah kepada semua kaum India di Malaysia kerana Kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Malaysia, DS Najib telah sudi meluluskan pembinaan ‘cable car’ di Batu Caves ketika lawatan resmi beliau sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves. Berita kelulusan untuk pembinaan ‘cable car’ tersebut telah disiarkan melalui TV3 malam tadi.
Seperti kata DS Najib, perlunya ada asas sifat “ bertoleransi’ dan keduanya "penerimaan secara total", di mana masyarakat tidak lagi ragu-ragu bahawa kepelbagaian itu adalah sesuatu yang baik.
Katanya, untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berjaya, perjuangannya mesti bersandarkan kepada ikatan semua kaum dalam negara ini dengan rakyatnya "perlu memberi kepercayaan yang Malaysia akan menjadi satu negara yang maju dan berjaya kalau kita mempunyai kerajaan yang kuat dan stabil.
"Hanya kerajaan yang kuat dan stabil sahaja yang boleh menentukan masa depan negara kita," katanya.

Penulis bangga dengan sifat mulia yang ditunjukkan oleh DS Najib. Bagi penulis bukan hanya setakat rakyat saja yang perlu ada sifat “ bertoleransi’ dan "penerimaan secara total" malah semua pemimpin di Malaysia tidak kira apa fahaman parti mereka perlu juga mempunyai sifat sebegini. Dan DS Najib adalah ikon Pemimpin I Malaysia yang perlu dicontohi dan dihormati.
1 comment:
salam ..kita org melayu memang terkenal dengan sikap toleransi..tp nampaknya sekarang kepala kita plak dipijak..
Post a Comment